-16-

1.3K 237 16
                                    

Yurin mengheret langkah malas menuju ke kelas. Satu hari lagi sebelum cuti hujung minggu membuatkan dia langsung tidak bersemangat. Sebaik masuk ke dalam kelas, dia dapati semua pelajar perempuan terhendap-hendap di tingkap, memandang ke arah koridor.

Baru saja Yurin melabuhkan duduk, mereka yang lain sudah menjerit histeria. Berkerut dahinya dengan perlakuan mereka.

"Yurin!" Crystal menyapa Yurin dengan muka yang memerah.

"Kau kenapa? Mereka tu kenapa pula?" soal Yurin. Dari mula dia memasuki perkarangan sekolah sehinggalah ke kelas, boleh kata seluruh pelajar perempuan sekolah itu terjerit-jerit.

Sampaikan ada cikgu perempuan yang turut serta.

"Kapten bola sepak dari sekolah tinggi Jepun datang ke sekolah kita. Kacak sangat, itu yang histeria habis—"

"Yurin tengok tu!! Dia lalu sini!" Crystal sudah menekup mulut tanda tidak percaya. Dari tadi mereka cuma memerhati si kapten itu berbual mesra bersama beberapa pelajar lelaki.

Tetapi sekarang dia berjalan di luar kelas mereka.

Yurin turut memandang gerangan yang hangat diperkatakan itu. Betul ke kacak?

Sekilas pandang, terus Yurin mengambil buku teks fizik lalu menutup mukanya. Kalau si kapten nampak, boleh viral satu sekolah nanti!

"Eh Jimin!" lelaki yang melalui kelas mereka tiba-tiba terpandang Jimin yang ralit membaca buku.

Jimin mengangkat muka apabila dipanggil. Terus lelaki tadi menerjah masuk ke bilik darjah mereka. Pelajar perempuan yang berada dalam kelas itu seolah tidak cukup oksigen. Adakah ini mimpi? Indahnya dapat tengok si putera kacak itu dengan lebih dekat!

"Suara ni.. Yoshio?" Jimin meneka. Lelaki tadi tersenyum seraya menepuk tangannya.

"Ingatkan dah lupa. Hah yang ni mesti—"

Buku yang menutup muka Yurin itu dirampasnya sekelip mata. Yurin terpingga-pingga. Aduh kantoi.

"Buah hati abang." rambut Yurin dikusutkan sesuka hati. Yurin menayang muka menyampah.

"Yoshio tolong jangan ganggu Yurin. Sudahlah masuk kelas orang lain sesuka hati." Yurin membentak kecil. Seluruh kelas memerhatikan mereka. Macam mana pula Yurin dan Jimin boleh kenal dengan kapten bola sepak itu?

Lagi satu, kenapa Yurin nampak rapat semacam dengan dia? Sedangkan dengan pelajar lelaki yang lain, pandang pun tak mahu.

"Abang takkan pergi selagi Yurin tak panggil abang dengan gelaran biasa." Yoshio juga menayang muka kerek.

Aduh masa macam ni la dia nak buat hal. Sengaja nak bagi masalah pada Yurin.

"Tak nak la—"

Yoshio mengukir senyuman sinis. Siapa bos sekarang? Yurin dipandang tajam. Ish menyampahnya dengan dia ni!

"Haih! Abang, tolong pergi dari sini sebelum cikgu masuk dan sebelum muka Yurin ni masuk news sekolah." pinta Yurin menahan malu. Kalau ikutkan hati, nak je dia hempas kerusi pada muka kacak Yoshio tu.

Sumpah tak selesa apabila semua orang dari tadi memerhati mereka macam mahu ditelan hidup-hidup.

"Baik. Tapi nanti kita rehat sekali. Jimin pun ingat tau!" sempat Yoshio memesan sebelum dia beredar.

Tak sampai satu saat, meja Yurin diserbu kawan-kawannya.

"Macam kau boleh kenal dia?" Crystal laju menanya.

"Haah! Setahu aku, kau mana rapat dengan lelaki. Lagi-lagi yang famous macam dia." Liz pun turut serta mencelah. Tidak puas hati selagi Yurin tidak menjawab.

"Apa hubungan korang? Kenapa kau panggil dia abang?"

"Bawa bertenang. Nanti aku cerita lah. Baik korang pergi duduk sebelum cikgu masuk." kata Yurin. Mujur mereka menurut.

Dalam hati sudah berbakul Yurin memaki Takumi Yoshio tu. Ni semua salah dia! Bencinya!



✾✾✾✾✾✾✾





"Sudah-sudahlah buat muncung itik tu. Abang terkam kang jangan tanya kenapa." sakat Yoshio nakal. Dari tadi matanya tidak jemu menatap Yurin dan Jimin.

Rindu betul dia pada mereka berdua. Sebab itu dia mengajak mereka untuk pulang bersama.

Yurin masih ingat bagaimana gelaran abang boleh melekat pada Yoshio walhal mereka sebaya. Semuanya salah Yoshio yang acah lebih tua daripada Yurin dan Jimin. Mereka bertiga merupakan kawan baik sejak kecil. Semua benda dikongsi bersama. Namun beberapa tahun lepas Yoshio terpaksa mengikut ibu bapanya berpindah ke Jepun. Sejak itu mereka sudah jarang berjumpa.

"Abang sengaja nak buat Yurin dilanda masalah. Tak pasal kena interview tadi." Yurin merengus. Masih teringat hal di sekolah tadi. Habis hilang seluruh tenaganya.

"Sekali-sekala kan? Lagipun memang abang nak mereka cemburu. Takde lah abang diganggu sepanjang abang di sini." selamba Yoshio membalas.

"Memang tak ganggu abang, tapi ganggu Yurin! Tengok la tadi. Kena soal macam-macam mengalahkan Sajidah tu." Yurin mencubit geram lengan sasa Yoshio. Boleh pula dia lepas tangan.

"Sejat tu ke?" Yoshio menyoal. Yurin segera menekup mulut Yoshio. Cakap main lepas je.

"Diam lah. Isu sensitif. Sini bukan Malaysia." kepala Yoshio diluku perlahan tanda amaran.

"Beberapa hari kau berada di sini?" soal Jimin yang dari tadi hanya menjadi pendengar tidak berbayar.

"Seminggu. Boleh la kita tidur sama-sama kan?" Yoshio bersorak riang. Idea yang bernas!

"Banyaklah. Kita bukannya kecil lagi macam dulu." bantah Yurin. Gila ke apa nak tidur bersama? Masa kecil bolehlah.

"Ala bukannya abang nak buat apa pun. Paling teruk pun peluk cium—"

Pakk!

Kepala Yoshio ditampar lagi. Gatal!

Yurin laju berjalan meninggalkan Jimin dan Yoshio di belakang. Lebih lama dia di situ, boleh gila jadinya.

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now