-21-

1.3K 229 16
                                    

Soojin menyanyi riang. Sesekali stereng kereta diketuk mengikut rentak lagu yang sayup-sayup kedengaran. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sekolah Yurin. Alang-alang dia boleh pulang lebih awal hari ini, awal-awal lagi dia sudah meminta ayah Jimin yang merupakan driver keluarga mereka itu menjemput Jimin.

Dia mahu berduaan dengan anak gadisnya itu.

Tidak lama kemudian, pelajar mula berpusu-pusu keluar dari perkarangan sekolah. Apabila matanya tertancap kelibat Yurin, terus Soojin melambaikan tangan.

Yurin mengeluh. Kenapa pula mummy yang menjemputnya pulang? Mahu tak mahu Yurin memaksa juga kakinya untuk menuju ke arah kereta yang dipandu Soojin. Nafas berat dihembus sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.

"Selamat pulang." sapa Soonjin lembut seraya mengunci pintu. Matanya kini terkunci pada jalan raya.

Sepatah pun Yurin tidak membalas. Soojin hanya tersenyum tawar. Kebiasaan dia diabaikan oleh anak sendiri.

"Jom kita pergi jalan-jalan nak? Mummy free hari ni." tanya Soojin lalu dibalas anggukan kecil dari Yurin. Hati keibuannya melonjak gembira.

Walaupun Yurin tidak mengeluarkan sebarang kata namun dia tetap gembira. Dia tidak terasa hati asalkan Yurin tidak menolaknya seperti dulu.

Dulu selepas kejadian itu, Yurin berubah. Terus hilang puteri manjanya itu. Dua kejadian yang buatkan buah hatinya itu berubah secara drastik. Bertahun dia dan Namjoon cuba memulihkan Yurin. Akhirnya berjaya walaupun Yurin tidak sepenuhnya kembali seperti dulu tetapi ia sudah cukup untuk mereka.

"Cikgu ajar apa tadi?" soalan diajukan tanpa jawapan. Soojin tidak mengalah. Dia mahu Yurin berbicara dengannya. Dia rindukan suara anaknya itu. Terlalu rindu.

"Yurin nak makan dekat mana? Dekat planet Zuhal pun mummy sanggup bawa." Soojin cuba melawak namun tetap tiada respon.

Soojin mendiamkan diri. Nampaknya Yurin betul-betul tidak memperdulikan dia.

"Dekat kafe biasa." Yurin membalas.

Soojin mengangguk sambil tersenyum. Dapat juga dia mendengar suara Yurin yang dari tadi berdiam diri.



❁❁❁❁❁❁❁




"Sedapkan masakan dia? Mummy suka aroma kafe tu. Menenangkan." kata Soojin yang fokus dengan pemanduannya.

"Hmm." sepatah Yurin menyahut. Malas untuk berborak panjang walaupun dengan ibu sendiri.

"Esok kita keluar nak? Dengan daddy, Yoojin, Jimin—"

"Tak nak. Kalau mummy nak, bawa mereka saja." laju Yurin mencelah percakapan Soojin. Soojin menunduk sedikit. Agak kecewa bila rancangannya untuk keluar bersama keluarga menemui kegagalan.

"Kalau macam tu kita keluar bertiga. Hanya mummy, daddy dan Yurin. Boleh sayang?" pancing Soojin sekali lagi. Mana tahu menjadi kan?

"Ok." sepatah Yurin menjawab cukup untuk buatkan Soojin sungguh teruja.

Akhirnya dapat juga mereka luangkan masa seperti dulu!

❈❈❈❈❈❈❈

Yoojin melemparkan pandangannya ke arah hamparan jutaan bintang di angkasa. Jiwanya tenang setiap kali dia melihat langit malam. Sunyi namun sangat indah.

Dia menoleh sebaik telinganya menangkap bunyi pintu balkoni ditarik. Yurin yang baru ingin melangkah ke balkoni itu terhenti sejenak. Tak sangka pula Yoojin ada di situ.

"Kakak." panggil Yoojin mesra. Yurin hanya membalas dengan pandangan mata redup.

Senyuman Yoojin mulai kendur.

Sebenarnya hubungan mereka tidak seperti mana hubungan adik-beradik yang lain. Mesra tidak, bergaduh pun tidak, bercakap apatah lagi. Hubungan mereka dingin tak ubah seperti watak Elsa dan Anna dalam cerita Frozen.

Sebanyak mana Yurin membenci Jimin, mungkin sebanyak itulah rasa benci Yurin padanya. Tidak pernah walau sekali Yurin menegurnya. Tak pernah.

Sedih bukan?

Benci sangatkah Yurin padanya?

"Yoojin masuk dulu. Kakak jangan lama sangat di luar. Sejuk tu. Tak elok untuk kesihatan." sempat Yoojin memesan sebelum dia masuk semula ke dalam rumah.

Tanpa sedar airmata Yoojin menitis. Sampai bila hubungan mereka harus begini? Sampai mati? Dia cemburu dengan kawan-kawannya yang lain setiap kali mereka bercerita tentang kakak atau abang masing-masing. Tapi dia?

Ada apa untuk diceritakan? Tiada. Satu pun tiada.





A/n : Peristiwa apa yang pernah berlaku dulu? Nak tahu? Nantikan ✨

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now