-36-

1.1K 179 12
                                    

Pintu bilik Yurin diketuk berkali-kali sebelum wanita tua berusia 50-an itu melangkah masuk. Muka muram, mata yang sembam dan bibir yang pucat tanpa senyuman menjentik hatinya.

Pasti Yurin terseksa di sini. Seungcheol tidak menderanya secara fizikal namun mental. Ya Makcik Hyun yakin gadis itu terseksa. Keluhan berat mula meniti di bibir yang merekah miliknya.

"Cik Yurin jemput makan. Makcik buatkan hidangan istimewa." pujuk Makcik Hyun sambil meletakkan dulang makanan yang dibawa bersamanya.

Yurin mengangkat muka. Titisan demi titisan airmatanya turun bak hujan. Hati Makcik Hyun cukup sayu melihat Yurin sebegitu.

"Makcik.. Yurin nak balik. Nak balik hiks.." tangisannya makin menjadi-jadi.

Makcik Hyun yang memahami perasaan gadis muda itu bertindak memeluk tubuh kerdilnya. Yurin membalas pelukan Makcik Hyun. Sungguh dia sudah tidak tahan tinggal di situ. Cukup menyakitkan jiwa dan raganya.

"Jangan macam ni Cik Yurin. Makcik Hyun sedih tengok Cik Yurin begini. Kalau Cik Yurin makan, Makcik janji akan benarkan kamu guna telefon Makcik untuk hubungi keluarga kamu. Boleh?" pancing Makcik Hyun.

Sekali lagi Yurin mengangkat mukanya. Matanya kembali bersinar-sinar tatkala mendengar pelawaan Makcik Hyun itu.

"Betul ke?" soal Yurin meminta kepastian walaupun dia tahu Makcik Hyun tidak mungkin menipu dirinya.

"Betul." kepala Yurin diusap lembut.

Mendengar kata-kata Makcik Hyun itu, Yurin pantas mengambil pinggan yang terletak di atas dulang tadi. Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut tanpa banyak bicara. Usai makan, dia meneguk air dengan rakus.

"Dah siap." ujarnya pada Makcik Hyun. Makcik Hyun mengukir senyuman gembira.

Lega hatinya tatkala pancingannya mengena.

"Bagus. Nanti Makcik ambil telefon dulu. Rasanya Makcik tertinggal di bilik. Yurin tunggu di sini sekejap." kata Makcik Hyun sambil tangannya lincah menyusun perkakas tadi di atas dulang.

Wanita tua itu bingkas bangun dari duduknya lalu menapak keluar. Mata Yurin hanya menghantar pemergiannya.

Tidak lama kemudian mata Yurin terasa kabur. Dunianya seolah berpusing-pusing. Yurin memegang kepala yang terasa sakit. Dia cuba bangun namun tidak mampu. Langkahnya huyung-hayang menyebabkan dia terjatuh.

Tiba-tiba pintu bilik Yurin dibuka dan satu jasad mula memasuki isi bilik tersebut.

"Sayang kenapa kau duduk di lantai?" Seungcheol menanya sebaik matanya terlihat Yurin yang sudah berada di lantai bilik.

"Jimin~ hikk." panggil Yurin dengan senyuman yang meleret.

Kelopak mata Seungcheol membesar. Terkejut dengan perubahan drastik Yurin. Namun kemudian dia menarik turut senyuman.

"Sayang kau mabuk ya? Nampaknya ubat yang aku beri sudah bertindak." Seungcheol menarik lembut Yurin untuk bangun.

Seungcheol yang meletakkan ubat ke dalam air minuman Yurin tadi. Taktik yang sama dia gunakan sewaktu menculik gadis itu.

Kenapa dia mahu memabukkan Yurin? Sebabnya hanyalah satu. Seungcheol gila, dia bertindak sesuka hati. Namun melihatkan Yurin yang begini, idea bernas muncul di akalnya.

Sekarang di mata Yurin dia ialah Jimin. Betapa seronoknya persembahan yang akan dia lihat nanti.

"Jimin, bawa aku keluar dari sini. Seungcheol jahat! Aku benci dia." wajah Seungcheol ditatap penuh simpati.

Seungcheol tersenyum sinis.

"Baik. Sekarang mari ikut aku. Aku bawa kau keluar ya sayang? Tiada siapa yang akan menganggu kita lagi nanti." tangan kanan Yurin bercantum dengan tangan kirinya.

Yurin mengangguk. Dalam keadaan terhuyung-hayang, Seungcheol tetap setia memegangnya agar dia tidak terjatuh lagi.

"Mari mulakan game ini, Jimin." ujar Seungcheol lalu ketawa sendirian.


A/n; Lama tak update huhu. Sihat ka semua?

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now