-25-

1.3K 231 78
                                    

Cahaya yang menembusi ruang bilik itu menganggu tidur Yurin sekaligus membuatkan dia terjaga. Mata yang memberat dipaksa buka dengan susah payah.

Yurin menggosokkan mata supaya penglihatannya kembali jelas. Dia menoleh ke tepi dan ternampak sekujur tubuh manusia sedang tertidur di sebelah katilnya. Muka dan siku diletakkan pada katil manakala bahagian yang lain elok bersandar pada kerusi. Tentu dia penat.

Yurin tersenyum kecil. Perlahan tangan Yurin menyentuh kepala Jimin yang sedang tidur itu.

"Kenapa kau selalu buat macam ni? Selalu buat aku serba salah." kepala Jimin diusap lembut.

Airmatanya mula bertakung. Jujur dia terharu. Yurin teresak-esak menangis menyebabkan Jimin terus terjaga.

"Y-yurin? Awak kenapa?" soal Jimin dengan cemas.

Yurin tersentak lalu airmata yang jatuh dihapus segera.

"Tak ada apa. Maaf buatkan kau terjaga." dalam suara yang serak, dia menjawab. Jimin tahu Yurin baru saja menangis namun Jimin tidak mahu bertanya.

"Jimin.." panggil Yurin.

"Ya?" sahut Jimin dengan senyuman manisnya.

"Macam mana kau tahu aku dekat bangunan tu? Sekolah kita tu bukannya satu bangunan dia. Aku yakin kau pun tak sempat nak tanya kawan-kawan yang lain kan? Macam mana kau boleh ke sana?" soal Yurin. Hairan juga dia.

Jimin tersenyum. Yurin memandang ke arah Jimin yang tersenyum itu. Orang tanya dia senyum pula.

"Bukan ke saya pernah cakap dulu?" Jimin mengangkat kening.

"Cakap apa?" Yurin kehairanan. Jimin ni pun satu. Tak payah lah nak main teka-teki.

"Saya pernah cakap. Awak sesat ke, awak berada di mana sekalipun, saya tetap akan jumpa awak. Itu pasti." Jimin mengukir senyuman sementara Yurin pula terasa lain macam.

Betul. Jimin pernah cakap macam tu dulu. Setiap kali Yurin lambat pulang ke rumah sewaktu kecil dulu, Jimin yang akan mencari dia. Tak kisahlah dalam hutan, lautan sekali pun Jimin pasti dapat menjumpainya.

"Walapun kadang-kadang lambat." Yurin tergelak kecil begitu juga Jimin.

Yurin memegang selimut yang membaluti tubuhnya dengan erat. Dia rasa cukup berdebar. Jantungnya laju mengepam darah.

"Jimin.." panggilnya. Dia menatap redup wajah Jimin yang kelihatan putih bersih itu.

Jimin cuma mengangkat kepala. Menunggu bicara dari Yurin.

"K-kalau aku mahukan cinta, mampu ke kau beri tanpa berdusta?" soalnya gagap. Yurin kau dah gila ke? Gila ke tanya soalan bodoh macam tu.

Jimin tersentak hebat. Jantungnya seolah mahu tercabut keluar. Dia mengigit bawah bibir. Dia mahu beritahu Yurin apa yang dia rasa namun sebaliknya Jimin memilih untuk mendiamkan diri. Dia berfikir ini bukannya masa yang tepat. Belum lagi. Bukan sekarang.

Suasana sepi di antara mereka. Yurin memejamkan matanya. Bodoh. Kau fikir Jimin sukakan kau ke Yurin? Perasan betul.

"M-maaf! Tak payah lah fikir pasal tu. Anggap je tiada apa-apa yang berlaku— aduh!" belum sempat Yurin menghabiskan ayatnya, sakit kepala tiba-tiba menyerang. Mungkin sebab dia terlalu lama terdedah dengan air hujan.

"Yurin awak kenapa?" soal Jimin seraya bergerak ke arah Yurin.

"Tak ada apa. Sakit kepala sikit." kata Yurin, cuba tersenyum dalam menahan sakit. Mujur tidak begitu teruk.

Yurin membaringkan dirinya kembali. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Hey, boleh tak kau buat jampi macam dulu? Jampi yang mampu hilangkan kesakitan tu." pinta Yurin.

Jimin lantas mengangguk. Tentulah dia ingat jampi yang sering dia guna semasa merawat Yurin. Perlahan-lahan Yurin menarik tangan Jimin supaya Jimin bisa menyentuh dahinya.

Dengan lembut Jimin menyelak helaian rambut yang menutupi dahi Yurin ke atas. Berkali-kali dia berbuat begitu.

"Pain, pain fly away!" mentera dibaca lalu dia meniup dahi Yurin.

Menakjubkan. Sakit kepala tadi terus hilang begitu saja. Jimin memang ada magik ke? Tak semena-mena Yurin tertidur usai Jimin meniup dahinya.

Sekali lagi rambut yang menutupi dahi Yurin diselak ke atas dan chu! Satu ciuman hangat singgah di dahi Yurin.

Itulah kemuncak jampi tadi. Satu ciuman yang mampu mengubati sakit. Dari dulu jampi ini yang dia gunakan setiap kali Yurin terluka. Romantik bukan?

Tanpa Jimin ketahui sebabnya, airmata lelakinya jatuh menitis. Mungkin terkena sedikit pada muka Yurin memandangkan Jimin masih belum melepaskan ciumannya.

Dia kecewa. Kecewa kerana dia  tidak memberitahu Yurin tentang perasaannya yang sebenar. Mahu saja Jimin meluahkan perasaan yang cinta yang sudah lama menghuni hati. Yurin yang pertama dan terakhir baginya. Tiada dua jauh sekali tiga.

Sayang Jimin masih belum mampu. Jimin masih tiada kekuatan untuk itu. Dia bimbang dia akan lebih melukakan hati gadis yang dia cintai.

Maaf Yurin.


A/n: Done update for mkt🙆 Hehe ingat nak update semalam tapi memandangkan hari ni special sikit, jadi kita update hari ni😂 Kenapa special? Em because it's my birthday😂✨

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now