-12-

1.4K 248 36
                                    

A/n : Otak suka muncul idea gila. Jaga-jaga dengan chapter ini (•̀‿•́)

 Jaga-jaga dengan chapter ini (•̀‿•́)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana sunyi seperti biasa. Kebiasaan untuk pelajar tiap kali memasuki perpustakaan sekolah. Yurin mengambil buku di rak sambil menyanyi kecil. Semangatnya membara disebabkan banyak buku baru yang masih tersusun cantik.

Mulanya dia tidak berniat langsung untuk ke sana. Namun sebaik dia melihat lori yang sering membawa buku ke sekolah itu berhenti di hadapan perpustakaan, jiwa melonjak gembira.

"Rajinnya kesayangan aku ni baca buku. Bagus-bagus. Nanti aku buatkan satu perpustakaan mini khas untuk kau." ujar Seungcheol sambil menyandarkan tubuhnya pada rak buku. Matanya terkunci. Dari tadi asyik merenung gadis pujaan hati.

"Please Seungcheol. Jangan rosakkan ketenteraman aku." Yurin membuat muka menyampah. Tidak senang pula rasanya bila orang asyik memerhati gerak-gerinya.

"Aku tak ganggu pun. Aku cuma berdiri dan pandang kau dari jauh. Atau.."

Seungcheol mula merapati Yurin yang sedang mencapai buku. Dekat dan dekat sehingga dia berjaya mengunci gadis itu. Kedua tangan diletakkan di kanan dan kiri, Yurin pula sudah di tengah. Terperangkap!

"Atau kau lebih suka aku pandang kau macam ni? Lebih rapat. Senang aku nak teliti raut wajah kau yang cantik ni." Seungcheol mengangkat kening kirinya seraya tersenyum sinis. Suka betul dia lagi-lagi bila terlihat muka Yurin yang sudah berona merah.

"Seungcheol lepaskan!" bentak Yurin. Kalau dia tidak berada di perpustakaan, sudah lama dia belasah Seungcheol.

"Baik." Seungcheol menurut lalu tangannya dialihkan.

Yurin menarik nafas lega. Dari tadi terasa macam tidak cukup oksigen saja.

"Maaf buatkan kau tak selesa." Seungcheol menunduk sedikit sebelum dia menapak pergi.

Yurin terkesima. Adakah Seungcheol marah dengannya? Adakah dia terasa?

Yurin mendiamkan diri lalu menyambung pekerjaannya yang tergendala tadi.

Tidak jauh dari Yurin, tiga orang gadis sibuk bersembang sesama mereka. Namun salah seorang telah tertolak tangga besi yang digunakan untuk meletakkan buku di tempat yang lebih tinggi.

Yurin menoleh ke belakang apabila dia terdengar jeritan mereka. Jatuh berselerakan buku yang sedang dipegangnya. Tangga itu pasti akan menimpanya! Namun kenapa kaki seolah digam pada saat genting sebegini?!

Yurin hanya mampu memejamkan mata. Air mata sudah mengalir turun. Takut.

Siapa nak selamatkan dia sekarang?

Ddang!

Yurin menoleh sekali lagi akibat bunyi kuat yang terhasil di belakangnya.

"M-mujur sempat." Seungcheol tercunggap-cunggap.

Yurin tersentak. Baru dia sedar dia membelakangi tubuh Seungcheol. Tangan Seungcheol merangkul pinggangnya erat.

"Seungcheol awak tak apa-apa?!" salah seorang daripada gadis tadi bertanya. Mereka sudah mahu menangis. Angkara mereka, hampir saja tangga itu menghempap orang.

"Saya okay." Seungcheol tersengih. Yurin pula masih terkejut dek kejadian tadi.

"K-kau luka." mata Yurin membulat tatkala dia terpandang luka pada belakang tangan Seungcheol. Mungkin hasil bunyi kuat yang terjadi tadi. Seungcheol menggunakan tangan kanannya serta belakang badannya untuk menghadang tangga itu dan tangan kiri pula merangkul tubuh Yurin.

"Maaf—" Yurin sudah jatuh terduduk namun Seungcheol cepat menyambut tubuh gadis itu.

✿✿✿✿✿✿✿

Park Jimin mengetuk pintu bilik rawatan yang didiami oleh Yurin. Terus dia memasuki bilik itu. Perasaannya membuak, ingin berjumpa gadis itu. Adakah dia baik-baik saja?

Perlahan-lahan dia menghampiri Yurin yang sedang duduk di atas katil.

"Yurin?" Jimin memanggil. Mana tahu kalau-kalau tersalah orang.

"Baru datang?" Yurin menyoal sinis namun wajahnya tetap menunduk memandang lantai.

"M-maaf Jimin—

"Kelmarin kau janji untuk tolong aku bila aku perlukan kau."

"Dulu kau kata kau akan melindungi aku."

"Tapi tadi.." Yurin mengenggam cadar katil. Teresak dia menahan tangis.

"Mana janji kau?!" jerkah Yurin, terus mengangkat wajahnya yang sudah dibasahi lautan airmata.

Dia memandang Jimin dengan pandangan penuh pengharapan. Walaupun dia tahu lelaki itu tidak boleh menjadi heronya setiap masa, tapi kenapa dia rasa marah sangat pada Jimin? Walhal dia sudah tahu. Kenapa?

"Yurin." Jimin menerpa ke arahnya.

Dagu Yurin didongakkan ke atas. Jantung Yurin bagaikan terus berhenti berdegup apabila bibir Jimin mendarat di dahinya.

Hilang esakan yang tadi. Hilang rasa marahnya. Dia tidak menolak bahkan langsung tidak mampu berbuat apa-apa. Masa di sekeliling terasa terhenti dengan sendirinya.

Jimin memeluk tubuh Yurin. Bibirnya masih belum berubah arah.

Jangan menangis lagi. Saya minta maaf.

Yurin seolah mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Jimin walaupun lelaki itu tidak bersuara. Dia langsung tidak peduli dengan tingkah Jimin sekarang. Untuk sekejap saja, biarlah mereka kekal dalam keadaan sebegitu.

Patutkah aku beri peluang untuk Jimin semula buat kali kedua?

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now