-26-

1.3K 210 38
                                    

Pintu bilik Yurin diketuk berkali-kali oleh Yoonji. Hairan kemana pula pergi kakaknya yang seorang itu.

Tanpa berlengah daun pintu dibuka sedikit.

"Kakak?" panggil Yoonji. Namun tiada sahutan. Sesekali ruang bilik Yurin diintai sedikit. Gelap saja.

Ah! Dia baru teringat yang Yurin berada di pondok kecil di belakang rumah mereka yang berdekatan dengan kolam ikan perliharaan Soojin. Rumah keluarga Kim bukan calang-calang. Yoonji ingat lagi rumah itu pernah dipaparkan di kaca televisyen sebagai beberapa kediaman yang termewah di Korea Selatan. Nampak tak betapa kayanya keluarga Kim?

Berbalik pada Yoonji. Sebenarnya dia nak memanggil Yurin untuk makan bersama. Namun tiada pula. Tetapi kaki Yoonji seperti ditarik masuk ke dalam bilik itu. Yoonji tercari-cari suis lampu. Tatkala lampu sudah dinyalakan, Yoonji merasa kagum melihat bilik Yurin. Persis bilik seorang puteri. Cuma meja belajarnya bersepah dengan buku. Yoonji tertawa kecil pabila dia teringat yang ini merupakan kali ke tujuh dia menjejakkan kaki ke dalam bilik ini. Memang daripada kecil, bilik Yurin seolah bilik larangan baginya dan sesiapa saja.

Yoonji mula menuju ke sudut meja belajar Yurin yang terdapat beberapa keping gambar padanya. Dibelek-belek gambar-gambar tersebut. Namun mata Yoonji terpandang suatu bingkai gambar yang sudah berhabuk di atas meja itu. Yoonji mengambilnya lalu bingkai gambar tadi dilapkan dengan tisu yang kebetulan berada di atas meja.

Yoonji terpana. Siapa ni? Seumur hidup Yoonji belum pernah melihat dia. Kalau diperhatikan wajahnya seiras betul dengan Yurin. Belakang bingkai diterbalikkan dan Yoonji menjumpai satu tulisan yang cukup cantik tertera di belakang bingkai gambar tersebut.

 Belakang bingkai diterbalikkan dan Yoonji menjumpai satu tulisan yang cukup cantik tertera di belakang bingkai gambar tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yaomin dan Yurin ♡

Bibir Yoonji membaca bait-bait perkataan itu. Berkerut habis dahinya ketika itu.

"Eh bukan Yurin anak kedua dan terakhir?"

Kata-kata Makcik Ahn tempoh hari semasa identitinya diketahui mula bermain di pendengarannya seolah-olah pita rakaman. Mata Yoonji membulat, hampir saja bingkai gambar yang dipegangnya itu terjatuh ke lantai.

Sekejap— kata-kata Makcik Ahn itu bermain lagi di telinganya Yurin—?

Mungkinkah?!



A/n: Kehkehkeh😎

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now