-40-

1.2K 205 45
                                    

Yurin menekup mulutnya. Seluruh badan dirasakan menggeletar hebat.

"Heh berdasarkan reaksi kau, aku yakin kau dah ingat kan? Macam mana? Kau masih rasa layak ke untuk Jimin?" ucap Jungkook sinis. Dia langsung tidak kisah andai mukanya makan penampar Yoongi lagi sekali asalkan dia dapat hentam Yurin habis-habisan.

Yurin menatap mata Jungkook dengan penuh kesal. Airmata jernih itu menitis untuk kesekian kalinya dari bebola mata hazel itu. Yurin melarikan diri. Dia tak sanggup untuk terus mengingati berapa banyak salah dia pada Jimin.

"Yurin!" panggil Soojin namun diendahkan. Baru saja Soojin mahu mengejar Yurin, pintu wad yang menempatkan Jimin itu terbuka oleh seorang doktor.

Langkah Soojin terhenti lalu dia segera berpaling ke arah doktor itu.

"Keluarga Park Jimin?" soal doktor itu. Dr. Kwang, itulah nama yang tertera pada tanda namanya.

"Ya doktor." ibu Jimin yang dari tadi tidak bercakap mula bangun. Berharap agar ada berita gembira dari doktor lelaki itu.

"Jimin sudah sedar. Awak semua boleh melawatnya cuma jangan terlalu bising. Pesakit baru sedarkan diri." tutur Dr. Kwang sambil tersenyum manis.

Ibu Jimin terus menuturkan kata-kata syukur. Sudah tiga hari suntuk anaknya tidak sedarkan diri setelah pembedahan dijalankan untuk menjahit lukanya.

Mereka semua masuk melawat Jimin. Kelihatan lelaki tersebut merenung jauh ke luar tingkap.

"Jimin sayang." panggil ibu Jimin. Mendengarkan panggilan ibunya, Jimin segera menoleh.

"Ibu." Jimin menyahut panggilan ibunya.

Puan Park tersenyum lega. Dia laju mendapatkan Jimin. Tubuh anak terunanya itu ditarik ke dalam pelukan. Tak henti-henti mereka mengucapkan syukur kepada Tuhan.

"Aunty, Crystal dan yang lain pergi cari Yurin sekejap." pamit Crystal. Dia mengajak rakannya yang lain pergi mencari Yurin.

"Hyung.." dalam sendu Jungkook memanggil nama Jimin. Mendengarkan panggilan Jungkook laju Jimin mendepakan kedua tangannya.

"Meh sini." Jimin menguntum senyuman indah. Jungkook berkira-kira, dia mengetap bibir. Tanpa berfikir panjang, dia berlari lantas memeluk Jimin.

Jungkook bersungguh-sungguh menangis dalam pelukan Jimin. Tangisannya cukup untuk buatkan Hoseok, Yoongi dan Jimin sedar yang Jungkook masih kecil. Masih belum dewasa.

Jimin melepaskan pelukan seraya memandang wajah Jungkook yang sudah lencun dek tangisannya.

"Hey, sudahlah jangan menangis lagi. Rosak muka kacak tu nanti." Jimin memujuk.

"Muka kau kacak macam apa yang orang selalu cakap. Kalah aku." Jimin menyentuh muka Jungkook, ibu jarinya mengelap airmata yang masih bersisa di tubir mata Jungkook.

Jungkook tersentak.

"Hy-hyung.. k-kau nampak aku?" soal Jungkook dengan wajah berkerut.

Jimin mengangguk. Semua orang di dalam wad itu terkejut. Jimin sudah boleh melihat semula?

"Tapi.. macam mana?" soal Jungkook, takjub dengan apa yang terjadi.

"Jungkook, kau percaya dengan kuasa Tuhan? Aku pun tak sangka benda ni boleh berlaku. Bila aku buka mata, aku dah boleh nampak warna putih syiling wad ni. A-aku dah boleh lihat semua orang." balas Jimin sambil menitiskan cecair jernih dari tubir matanya.

Dia langsung tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi. Setelah belasan tahun hidup dengan keadaan buta akhirnya dia dapat melihat semula. Dia dapat melihat semula semua ciptaan Tuhan.

Semua orang menangis terharu. Kuasa Tuhan, siapa yang boleh jangka?

"Jungkook, mana Yurin?" soal Jimin tiba-tiba. Serasa dia, dia tidak melihat gadis itu di wadnya sekarang.

Jungkook terkaku sendiri. Adakah dia perlu beritahu yang Yurin melarikan diri disebabkan dia?

"Jungkook ni hah pergi halau dia." seloroh Yoongi sengaja. Jungkook terus menundukkan muka. Bimbang kalau Jimin akan memarahinya.

"Jungkook kenapa buat Yurin macam tu?" Jimin memandang Jungkook yang sedang menatap lantai itu.

Jungkook tidak menjawab. Jimin mengeluh kecil.

"Carikan Yurin untuk hyung. Hyung nak jumpa dia. Please?" pinta Jimin dengan lembut.

Jungkook berkira-kira pada mulanya namun tetap bangun untuk mencari gadis yang dia benci sepenuh hati itu. Semuanya demi Jimin. Kalau tidak kerana Jimin, mimpilah!

❈❈❈❈❈❈❈

"Bukan senang nak tengok kau nangis macam ni, puteri ais." ujar seseorang dari jauh.

Yurin cepat-cepat mengangkat muka tatkala telinganya menangkap suara itu. Macam kenal saja.

"Apa kau nak, Zhen Yu?" dengan rimas Yurin menyoal. Segera airmatanya dihapus.

Dia tidak mahu Zhen Yu melihat dia menangis. Dia tidak mahu Zhen Yu lihat sisinya yang lemah sekarang.

"Jimin dah sedar. Tak nak melawat dia ke?" kata Zhen Yu seraya mengambil tempat di buaian sebelah Yurin.

"Layak ke aku berjumpa Jimin? Aku hanya akan sakiti dia lagi." luah Yurin dengan sayu.

Timbul rasa kesian dalam diri Zhen Yu terhadap Yurin.

"Kau jangan risau. Aku yakin Jimin tak pernah simpan dendam terhadap kau. Tak pernah walaupun sedetik untuk dia bencikan kau." sahut Zhen Yu bersungguh-sungguh.

Dahi Yurin berkerut. Macam mana Zhen Yu begitu yakin yang Jimin tidak membenci dirinya?

"Mana kau tahu yang dia tak bencikan aku?" Yurin bertanya dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Sebab kau.. orang yang dia cintai sepenuh hati." tutur Zhen Yu perlahan namun cukup untuk didengari oleh Yurin.

Flashback chapter 14

"Siapa pula Yurin pada awak? Siapa Yurin dalam hidup awak?" Zhen Yu menyoal dengan penuh rasa gugup di hati.

Tetapi dia tetap mahu tahu! Siapa Yurin pada Park Jimin.

"Hmm Yurin.." Jimin berjeda. Wajah diangkat seakan dia sedang memandang ke arah langit biru.

"Orang yang saya cintai. Dan kalau boleh orang yang saya nak jadikan isteri." kata Jimin sambil tersenyum manis.

Zhen Yu terpana. Senyuman Jimin tampak begitu manis. Dia ikhlas. Dia ikhlas mencintai Yurin sepenuh hati. Zhen Yu kecewa tetapi tetap membalas senyuman Jimin walaupun Jimin tidak melihatnya.

Dia rela hati undur diri kalau itu pilihan Jimin. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu isi hati jejaka itu.

Sejak itu, Zhen Yu sudah kuburkan perasaannya terhadap Jimin kerana dia tahu sudah tiada ruang istimewa untuknya di hati Jimin.

A/n; Panjang chapter ni 😅. Terpaksa hiatus lagi sebab sambung trial 😞. Have a good day guys🙆

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now