-30-

1.2K 221 74
                                    

Bunyi unggas berdenang riang di samping cahaya suria terang menerangi seisi bumi. Bebola mata Yurin bergerak-gerak menandakan gadis itu bakal terjaga dari lenanya.

Seketika dia terasa kosong dek terlalu lama tertidur. Wajah yang terasa basah dilap pantas. Sedarlah yang dia menangis sewaktu tidur. Mungkin angkara mimpi itu.

"Yurin, Yurin! Awak okay?" Jimin menyoal kerisauan tatkala telinganya menangkap bunyi sendu yang datangnya dari gadis itu.

"Aku okay." Yurin menguntum senyuman semanis mungkin.

Senyuman pada wajah Jimin makin melebar.

"Awak dah sedar! Syukurlah." tangan Yurin yang dipegangnya itu dipereratkan lagi pegangannya.

Yurin menyentuh wajah Jimin yang sedia kacak itu. Dia rindukan Jimin.

"Apa yang berlaku?" soal Yurin apabila dia sedar akan kehadiran jarum iv drip pada tangannya bermakna dia masih berada di hospital.

"Awak pengsan waktu melawat Yaomin. Risau saya tahu!" Jimin membentak kecil. Tergelak Yurin dibuatnya. Macam taknya muka cemberut Jimin tu comel sangat.

Gigit kang.

"Haih. Aku tertanya juga. Kenapa muka kau juga yang aku hadap setiap kali aku buka mata? Mummy dengan daddy tinggalkan aku ke?" soal Yurin seraya merenung lembut raut wajah tampan milik jejaka itu.

"Mana ada! Mereka bergilir untuk jaga awak. Saya cuma temankan awak di sini sementara mereka pergi makan di cafeteria dulu." balas Jimin senada.

Yurin mengangguk faham. Seketika hatinya terdetik sesuatu. Dia terasa dirinya terlalu merindui Jimin walhal lelaki tersebut sedang berada di hadapannya. Gila bukan?

"Jimin.." ibu jari kanan Jimin ditarik lalu diletakkan betul-betul di atas urat nadi tangan kanannya.

"Rasa tak? Denyutan nadi aku."

Jimin mengangguk.

"Laju kan? Aku rasa kau penyebabnya." terang Yurin dengan selamba. Terus muka Jimin terasa membahang seolah dibakar.

Yurin tertawa sekali lagi. Kali ini dia sudah bertekad. Park Jimin perlu tahu apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Yurin sudah malas hendak melayan bayangan masa lampau. Hidup perlu diteruskan, itu janjinya pada Yao.

"Jimin, dengar sini baik-baik. Aku cakap sekali je dan aku takkan ulang. Faham?" nada suara Yurin bertukar. Kedengaran cukup serius pada pendengaran Jimin.

Jimin memilih untuk mendiamkan diri. Memberi laluan kepada Yurin yang seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan.

"Aku cintakan kau Park Jimin. Aku tak boleh nak membenci kau." luah Yurin senafas.

"Sekuat mana pun aku cuba, aku tetap tak boleh. Dan aku tak minta kau balas perasaan aku. Cuma sekarang aku cuba untuk berubah. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Aku nak hidup semula untuk kali yang kedua." terang Yurin lagi. Dia mahu Jimin tahu tentang perasaannya itu. Dia tidak peduli andai Jimin menolak atau tidak menerimanya.

Yang Jimin kena tahu ialah hati Yurin milik Jimin seorang.

Jimin tercegang. Yurin baru sahaja luahkan perasaannya yang sebenar padanya. Bukan membenci tetapi mencintai dia? Fikiranya selama ini Yurin terlalu bencikan dia. Lidah Jimin tiba-tiba menjadi kelu. Apa yang harus dia lakukan? Adakah dia akan beritahu perasaannya yang sebenar juga? Atau dia akan memilih untuk berdiam diri saja?

"Y-Yurin—"

Sebelum sempat Jimin berkata kedua tangannya sudah digenggam erat. Eratnya genggaman itu seolah mengharapkan sesuatu. Apa yang Yurin mahukan?

"Jimin, mulai sekarang aku akan layan kau macam dulu okay? Aku cuba untuk tak sakiti kau lagi. Aku cuba untuk hapuskan segala kesedihan aku. Aku dah tak sakit lagi. Aku dah bebas dari bayangan masa silam."

"Jadi Jimin.. bantu aku ya? Bantu aku untuk berubah." sambung Yurin lagi. Kali ini kedengaran lebih lembut.

Jimin yang mulanya mahu meluahkan rasa perlahan-lahan tersenyum. Mungkin belum masanya lagi untuk dia luahkan. Yurin baru saja sedar dari pengsan malah baru sembuh dari sakitnya. Jimin tidak mahu membebankan gadis itu.

Luahan Yurin sebentar tadi cukup untuk buatkan masa seolah terhenti. Cukup untuk buatkan jantung Jimin berdentak luar biasa. Dia sangat gembira. Tak sangka pula Yurin memendam rasa yang sama.

Cuma untuk sekarang, biarlah Yurin betul-betul sembuh dahulu. Biarlah dia mencari dirinya yang hilang dulu. Soal perasaannya itu, Jimin letak ke tepi. Akan tiba masanya nanti untuk Jimin beritahu Yurin tentang semuanya dan jadikan dia sebagai permaisuri di hati.

Perlahan Jimin bangun dari kerusi dan melabuhkan duduk di katil Yurin. Badan Yurin ditarik ke dalam dakapannya. Dagunya dia rehatkan di atas bahu Yurin. Yurin terkesima seketika apabila Jimin berbisik sesuatu di tepi telinganya.

"Mari mulakan semula cerita kita. Welcome back Yuu."





A/n: Thank you guys💓 Mkt sekarang dah surpass Mama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/n: Thank you guys💓 Mkt sekarang dah surpass Mama. Fuhh😍 Maaf sebab lama tak update, busy raya. Lepastu demam pulak😭 Ni baru je baik. Btw guys, kita dah hampir ke kemuncak mkt 🙆

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now