-38-

1.2K 193 31
                                    

Dahi Yurin berkerut-kerut menandakan dia sudah terjaga dari lenanya. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Apa yang menjadi santapan matanya adalah syiling putih. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Kosong. Tiada sesiapa di sisinya sekarang.

Jarum iv drip yang terletak pada tangan kanannya dibuang. Titisan darah mula keluar akibat perbuatannya itu. Namun Yurin tidak kisah. Sekarang dia perlu mencari Jimin. Dia mahu berjumpa dengan Jimin. Dia terlalu merindui lelaki itu.

Dia tahu Jimin turut berada di situ. Di hospital bersamanya. Yurin lantas bangun. Dengan kekuatan yang ada, dia gunakan sepenuhnya untuk membolehkannya berjalan.

Sempat juga dia ditahan oleh beberapa orang juru rawat namun semuanya mengalah apabila Yurin mula menangis.

"Nurse tolong bawa saya jumpa Jimin. Saya merayu." lengan seorang juru rawat wanita digoncangkan dengan lemah.

Juru rawat yang bernama Rehee itu terdiam. Dia menggigit bibir sendiri. Setelah dia berfikir beberapa kali, akhirnya dia bersetuju untuk membawa Yurin ke tempat di mana Jimin berada.

"Mummy..daddy." panggilnya saat dia terlihat seluruh keluarga serta rakan-rakannya dan Jimin yang lain berada di kerusi menunggu di luar wad icu.

"Yurin!" Soojin terus bangun dan berlari mendapatkan puterinya yang baru sedarkan diri.

Dia memeluk Yurin erat. Sudah hampir dua minggu dia merindui susuk tubuh anaknya itu. Lagi-lagi setelah dia mendapat berita bahawa Yurin diculik sewaktu dia baru saja pulang dari UK.

"Mummy, mana Jimin?" pelukan ibunya dilepaskan. Anak matanya menikam pandangan mata Soojin.

Soojin tidak menjawab dan mendiamkan diri. Yurin sudah naik berang.

"Jimin mana mummy? Mana dia?!" bentak Yurin.

Jungkook yang memerhati dari jauh melepaskan tawanya.

"Hahaha! Kau yang tikam dia, boleh pula buat-buat lupa." seloroh Jungkook tidak bertapis.

Jungkook betul-betul bencikan gadis itu. Dialah punca Jimin bertarung nyawa sekarang

"A-apa kau mengarut ni Jungkook? Aku? Tikam dia?" Yurin menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jungkook bergurau. Jungkook pasti sedang bercanda dengannya! Jungkook menipu!

Jungkook merenung wajah pucat gadis itu dengan tajam seakan-akan hendak membunuhnya.

"Kau yang tikam dia! Berapa kali Jimin hyung perlu korbankan nyawa dia untuk orang macam kau ni?! Sia-sia!!" jerkah Jungkook sekuat hati membuatkan semua orang di sekelilingnya terdiam.

Yurin menggeleng lagi.

"Tidak.. aku.." dia memegang kepala sendiri.

"Tak.. tak mungkin." Yurin menekup mulutnya seraya jatuh terduduk di lantai.

Memori berkenaan perkara itu seakan diputarkan kembali di dalam kotak fikirannya. Dia sudah ingat. Jimin, pedang, dan darah. Ya, dia pembunuh. Dia yang menusuk pedang itu pada tubuh Jimin.

"Aku pembunuh.. aku— Jimin mana Jungkook? Aku perlu berjumpa dengan dia!" pinta Yurin yang tersedu-sedan menangis. Jungkook menarik senyuman sinis.

"Huh? Kau fikir aku benarkan ke kau berjumpa dengan Jimin? Dan kau fikir kau layak ke berjumpa dengan dia?!" sekali lagi suara Jungkook menjerkah Yurin habis-habisan.

"Jeon Jungkook! Sudahlah!" Yoongi yang dari tadi memerhati kini menaikkan suaranya. Dia tidak suka melihat sisi Jungkook yang begini. Cukup berbeza di matanya.

"Hyung bela perempuan ni? Dia penyebab Jimin hyung bertarung nyawa di dalam icu! Dia yang tikam Jimin hyung! Dia yang buat Jimin hyung buta!"

"Jungkook!!"

Ppang!

Belum sempat Hoseok menghalang, tangan Yoongi terlebih dahulu mendarat pada pipi kanan milik Jungkook. Jungkook terdiam. Pedih, perit, sakit. Dia menyentuh pipi yang  terpiat-piat kesakitan.

"Hyung.." Jungkook seolah tidak percaya. Yoongi tampar dia? Kerana perempuan tak guna macam Yurin?

Sampainya hati kau hyung.

"K-kejap, kau kata aku penyebab Jimin buta? A-apa kau merepek ni Jungkook?" dahi Yurin berkerut-kerut.

Tak mungkin. Tak mungkin dia penyebab Jimin buta. Tak mungkin!

"Jimin.. Jimin yang rampas teddy bear kesayangan aku. Kami berebut dan tanpa sengaja dia terjatuh dari gaung. Bukan salah aku Jimin jadi buta!" kata Yurin bersungguh-sungguh membela dirinya.

Jungkook yang sedang menahan kesakitan di pipi itu ketawa sekali lagi. Kali ini Yoongi dan Hoseok mendiamkan diri.

"Jimin rampas teddy bear kau? Atau kau yang rampas rantai peninggalan nenek dia?" Jungkook menunduk ke bawah. Dia sedang menahan sebak di dada. Jiwa terlalu bercelaru sekarang.

"Aku? Aku yang rampas?" Yurin tersentak hebat. Memori silamnya kini mula bermain di ingatannya bagaikan pita rakaman.

"Ingat semula apa yang kau lupa Kim Yurin. Ingat semula memori silam kau." ujar Jungkook yang lalu menggoncangkan kedua-dua bahu Yurin.

Hoseok meluru ke arah mereka untuk mendapatkan Jungkook. Bimbang jika Jungkook bertindak menyakiti gadis yang baru sedar itu. Dia menarik Jungkook untuk duduk di bangku yang disediakan.

Yurin memandang wajah kedua orang tuanya. Masing-masing senyap tanpa sepatah kata.

"Apa yang Yurin lupa?" dia menyoal diri sendiri.

A/n; Good luck kepada sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan. Trial next week guys😲😖 Wish me luck!

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now