-39-

1.2K 191 29
                                    

Flashback

"Macam seronok je." ujar Yaomin yang memerhati gelagat adik kembarnya Yurin dan Jimin.

Kedua-dua mereka asyik berlari-larian. Tetapi Yaomin hanya duduk di atas tikar, sekadar memerhati mereka dari jauh. Dia mahu bermain bersama mereka. Namun keadaan kesihatannya menghalang. Ini pun sudah cukup baik dia dapat keluar berkelah bersama keluarga. Kalau tidak dia hanya akan duduk di rumah bersama pembantu rumah yang lain sementara keluarganya keluar.

"Yao okay? Kalau Yao rasa sakit, kita boleh balik sekarang sayang." Soojin meletakkan tangan kanannya ke atas dahi Yaomin untuk memeriksa suhu anaknya itu.

Tidak panas. Syukurlah, senang hati Soojin.

"Yao okay mummy. Yao nak duduk lama lagi di sini. Nak tengok permandangan atas bukit ni. Boleh ya mummy?" sungguh-sungguh Yaomin menyakinkan Soojin.

Melihatkan kelakuan Yaomin itu, Soojin tertawa kecil. Comel betul anak lelakinya nan satu itu. Soojin mengangguk. Dia tahu Yaomin sudah lama mahu keluar bersiar-siar. Kebanyakkan masanya terbuang di rumah, tak pun di katil wad.

Soojin menatap wajah Yaomin lama.

"Anak mummy sayang." tubuh Yaomin yang masih kecil itu ditarik ke dalam pelukannya. Pipi Yaomin dikucup berkali-kali.

"Kenapa mummy?" soal Yaomin kerisauan. Hairan dengan tindakan drastik ibunya.

"Tak ada apa. Yao comel sangat, geram." Soojin tersengih, menampakkan lesung pipit miliknya.

Melihat Yaomin di hadapannya sekarang masih membuatkan Soojin takut. Dia takut andai dia membuka mata esok, Yaomin sudah tiada. Dia tidak sanggup kehilangan Yaomin. Mengapa anaknya perlu bertarung nyawa dengan kesakitan yang tak tertanggung oleh tubuh kecil itu? Mengapa Ya Tuhan?

Seandainya dia boleh bertukar tempat dengan Yaomin, pastinya dia rela.

Lamunan Soojin terbantut tatkala jeritan Yurin menyapa pendengarannya.

"Yao!" Yurin berlari laju ke arah Yaomin dan Soojin yang berada di bawah pohon yang rendang.

Sekalung flower crown diletakkan ke atas kepala si abang. Yurin tersenyum bangga dengan hasil gubahan sendiri.

"Yao nampak lagi kacak lah!" puji Yurin. Yaomin ketawa geli hati.

Ada-ada saja adiknya itu.

"Aduh daddy dah penat. Hah." Namjoon yang baru sampai terus merebahkan diri di atas tikar lalu kepalanya diletakkan pada riba Soojin.

Habis tenaga dia sewaktu bermain bersama Yurin dan Jimin.

"Nampak gaya daddy dah makin tua kan Yuu, Yao? Lari sikit pun dah semput." sindir Soojin sengaja. Yurin dan Yaomin ketawa mengekek membenarkan seraya mengangguk, membenarkan kata-kata ibu mereka.

"Ceh. Daddy dulu atlet sekolah tau. Sekarang je dah kurang sikit sebab kerjaya." nafi Namjoon sambil mengenang memori silam.

"Itu pun kalah dengan saya kan? Hahaha berlagak lagi." Soojin menjentik dahi Namjoon sekuat hati.

Sengaja menambah geram suaminya itu. Benar dahulu mereka berjumpa sebagai musuh kerana masing-masing mewakili sekolah sendiri. Namun Namjoon tewas dek terjatuh di pertengahan lariannya dan merupakan punca kekalahannya dulu.

"Mummy, daddy, Yurin dengan Jimin nak pergi main di sana. Boleh kan?" Yurin menunding jari ke arah hamparan padang bunga yang terletak tidak terlalu jauh dari tempat mereka berada.

"Boleh tapi hati-hati. Jangan main dekat gaung tu. Bahaya." pesan Namjoon lalu disahut dengan anggukan anaknya.

Yurin menarik lengan Jimin bersamanya. Mereka seronok memetik bunga-bungaan untuk dikarang menjadi mahkota. Sedang asyik memetik bunga, rantai yang berada di dalam poket seluar Jimin terjatuh namun Yurin cepat-cepat mengambilnya.

"Wah cantiknya rantai ni!" Yurin bersorak riang.

"Itu rantai yang nenek bagi. Pulangkan balik?" Jimin tersenyum sambil menghulurkan tangannya ke hadapan. Berharap agar Yurin memulangkan benda yang berharga baginya itu.

"Ala Yuu pun nak rantai ni. Jimin kan lelaki. Mana elok pakai rantai. Bagi Yurin pakai lah!" pujuk Yurin. Dia menggelengkan kepala apabila Jimin meminta rantai itu dipulangkan.

"Tak boleh Yuu. Rantai tu satu-satunya hadiah pemberian nenek. Pulangkan!" nada Jimin naik seoktaf. Sejujurnya dia tidak suka meninggikan suara kepada orang lain.

Yurin menjelirkan lidah lantas berlari meninggalkan Jimin.

"Yuu!" melihatkan perlakuan Yurin, Jimin terus mengejar langkahnya.

Jimin menyaingi langkah Yurin dan akhirnya dia berjaya mencapai rantai itu.

"Jimin lepaskan!" Yurin tidak mengalah. Rantai itu sekarang menjadi rebutan mereka.

"Yuu yang patut lepaskan! Pulangkan balik rantai ni!" suara Jimin semakin meninggi. Dia sudah hilang sabar.

Mereka berebut antara satu sama lain tanpa sedar yang mereka sedang menghampiri jurang di atas bukit.

"Ah sakit lah!" Yurin melepaskan tarikannya akibat jari-jemari kecilnya terasa sakit disebabkan tarikan rantai itu.

Saat Yurin melepaskan tarikannya, tubuh Jimin terasa bagaikan di awangan. Ya dia terjatuh dari atas bukit. Yurin yang baru sedar akan hal itu segera menghulurkan tangannya, berharap agar dia sempat memegang tangan Jimin namun ianya sudah terlambat.

"Jimin!!!"

A/n; Selamat hari raya aidiladha semua💕

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu