-28-

1.3K 213 66
                                    

Prangg!

Dulang yang berada di atas meja ditolak kasar sehingga jatuh bersepah di lantai.

"Cik Yurin, jangan begini." salah seorang pembantu rumah yang lebih dikenali sebagai Makcik Ran itu bersuara lembut.

Yurin memandang beberapa pembantu rumah dan pengawal yang menjaga dia sekarang dengan tajam. Rimas betul tatkala dia terasa dirinya dilayan persis orang gila yang perlukan kawalan rapi sebegitu.

"Aku dah cakap yang aku nak jumpa Yao! Tu pun kau tak faham ke?" langkah dibawa ke arah muka pintu namun segera ditahan oleh dua orang pengawal.

"Cik Yurin, kami tak boleh benarkan awak keluar sekarang. Tunggu mummy dan daddy datang dulu ya?" Sam, salah seorang pengawal itu cuba memujuk.

Yurin sudah menangis. Kenapa semua orang mesti halang dia? Dia cuma mahu berjumpa dengan Yaomin. Itu saja. Tak lebih.

"Abang Sam, Yao sakit lagi ke? Kenapa Yao tak datang jenguk Yurin di sini? Yao dah tak sayangkan Yurin ke?" lengan sasa Sam dipegang erat. Dia menangis di dada bidang Sam.

Sejujurnya retak hati Sam melihat Yurin yang sekarang. Tak sangka pula dia boleh jadi macam dulu. Ini yang mereka semua takutkan. Yurin yang menderita, yang seolah sudah tiada harapan untuk hidup, yang cuba membunuh diri sendiri kini di hadapannya. Luluh sungguh hati lelaki itu. Dia sudah menjaga Yurin dari dulu membuatkan dia sangat menyayangi Yurin.

Pintu dibuka lalu wajah Namjoon dan Soojin muncul di hadapan bilik Yurin. Alangkah terkejutnya mereka melihat makanan tadi sudah 'disantap' oleh lantai. Soojin mengeluh kecil.

"Yurin jadi budak baik tak hari ni?" soal Namjoon dengan senyuman. Lengan Yurin ditarik perlahan ke arahnya.

Yurin tidak membalas persoalan mahupun menepis tangan Namjoon yang kini berada pada wajahnya.

"Daddy, mana Yao? Yao tak datang?" dia melihat ke belakang. Kosong. Kelibat Yaomin tetap tiada di situ. Dia hampa.

Yurin tertunduk mengalah. Mungkin betul abang kembarnya itu tidak sihat. Yaomin memang mudah untuk jatuh sakit dari dahulu lagi.

"Yurin nak jumpa Yao?" soal Namjoon. Soojin sudah mencerlung Namjoon dengan tajam.

"Awak!" bentak Soojin. Mahu saja dia hentam Namjoon pada dinding sekarang. Sengaja nak bagi Yurin bertambah sakit!

"Nak nak!" tangan Namjoon dipegang dengan penuh pengharapan.

Namjoon tersenyum kecil.

"Kalau nak, Yurin kena habiskan makanan dulu dan makan ubat. Nanti daddy bawa Yurin jumpa Yao. Okay princess?" tawar Namjoon. Yurin mengangguk laju.

Soojin sudah memegang kepalanya yang terasa sakit. Pantas Soojin menarik tangan Namjoon untuk keluar dari wad Yurin.

"Awak dah gila? Awak nak anak kita lagi sakit ke?!" Soojin meninggikan suara. Namjoon menggeleng lalu tubuh Soojin ditarik ke dalam pelukannya.

"Sayang, kita tak boleh biar Yurin terus hidup dalam kenangan. Mungkin dengan bawa dia ke sana, Yurin dapat belajar terima kenyataan." pujuk Namjoon dengan suara yang lembut. Berharap agar Soojin mengerti.

"Kalau dia makin sakit macam mana? Saya tak nak anak kita terluka lagi. Joon, saya takut." dada bidang Namjoon dijadikan tempat Soojin menghamburkan airmata. Melihatkan Yurin yang sekarang, Soojin merasa cukup terseksa.

Namjoon mencium kepala Soojin sekilas.

"Doakan yang baik-baik. Anak kita kan kuat." pelukan dirungkai, wajah Soojin diangkat menggunakan jarinya.

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now