-3-

1.7K 296 75
                                    

Sayup-sayup kedengaran suara gelak tawa beberapa orang gadis di pondok kayu kecil yang berada bertentangan pejabat sekolah.

"Kau ni Liz, tak boleh move on lagi ke? Haih." dalam keadaan senak itu Crystal menggelengkan kepala. Simpati juga atas nasib si Liz yang baru saja patah hati akibat crushnya sudah berpunya.

"Tah dia. Menyampah aku." sambung Yurin yang selesai menghabiskan sisa tawanya. Lucu betul!

"Eleh kau tu pun lebih kurang. Dengan Jimin kemain dia." mulut puaka Chaemin sudah bersuara. Suka dia menyindir teman baiknya itu.

"Ish Chae! Aku benci la dia tu! Berapa kali nak cakap?" Yurin merengus kasar. Pantang betul bila nama Jimin meniti dibibir kawan-kawannya.

"Yelah. Tapi jaga-jaga dengan ayat kau Yurin. Takut kau jatuh tersungkur nanti." bidas Liz penuh dengan makna tersirat.

Yurin mendiamkan diri. Tak guna dia bertekak dengan mereka. Takkan menang punya.

Namun tiba-tiba Yurin tersedar akan sesuatu.

"Wey mana rantai aku?!" Yurin terjerit kecil. Membulat matanya apabila menyentuh leher yang kosong tiada apa.

"Aik bukan kau selalu pakai ke?" Chae turut kaget dengan situasi itu.

"Ya tapi masalahnya tiada! Mana pergi ni?" Yurin sudah kalut. Sudahlah rantai itu salah satu daripada barang kesayangannya.

"Terjatuh la tu. Okay sekarang kita berpecah. Kita cuba cari sekitar kawasan yang kau lalu dulu." Crystal memberi arahan. Mereka mengangguk setuju lalu berpecah memulakan misi pencarian itu.

✿✿✿✿✿✿✿


"Mana ni?!" Yurin melepaskan keluhan berat. Habis satu sekolah dijelajah. Apa yang dicari tidak juga ditemui.

Dia meramas kasar rambut. Ah buntu! Mana pula benda tu hilang. Dia menapak tanpa arah tuju sehinggakan terlanggar seseorang.

Namun tiada perkataan 'maaf' keluar dari mulutnya. Sudahlah dia yang langgar orang, nak ucap maaf pun susah.

Jejaka yang dilanggarnya itu tersenyum apabila Yurin berlalu pergi tanpa menghiraukannya.

"Cantik." pujinya dalam hati sambil tersenyum manis bak gula.

Yurin segera mengheret langkah ke atap bangunan sekolah. Dari situ, jelas kelihatan suasana bandar yang dihiasi bukit-bukau. Tidak hairan kalau tempat ini menjadikan spot pelajar yang ponteng kelas sekaligus tempat kegemaran Yurin.

Dia memerhati sekeliling. Tiada sebarang petunjuk disana. Hatinya diruntun hiba.

"Eh kebetulan pula terjumpa musuh ketat kat sini." tegur seseorang yang cukup dia kenali. Laju Yurin memusing badan ke belakang.

"Apa kau nak hah arnab?" Yurin memandang tajam Jungkook dan Jimin yang sedang berdiri dihadapannya.

"Aku temankan Jimin sebab dia cari kau dari tadi. Kau fikir aku hadap ke muka sombong kau ni?" Jungkook mula mengukir senyuman sinis.

"Dan aku pun takde masa nak bercakap dengan arnab." kata Yurin, tidak mahu mengalah.

"Yurin, saya rasa rantai ni milik awak kan?" kalut-kalut Jimin menyeluk kocet seluar. Seutas rantai kemudiannya dikeluarkan.

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now