-34-

1.2K 188 12
                                    

Yurin yang berada di taman bunga di belakang banglo mewah milik Seungcheol itu mengeluh sendirian. Sumpah dia rimas diperhatikan serta diekori kemana sahaja dia pergi. Masuk tandas pun nak ikut!

Macam mana dia mahu melarikan diri jika dirinya terkurung begini? Helah apa yang dia harus gunakan? Sungguh dia tidak suka tinggal bersama Seungcheol.

Yurin juga sudah merindui keluarganya.

Ah! Akalnya mula memberikan idea yang bernas.

"Makcik Hyun!" Yurin memanggil mesra. Makcik Hyun turut melemparkan senyuman manis pada gadis muda itu.

"Ya cik muda? Ada apa-apa yang Makcik boleh bantu?" sahut Makcik Hyun dengan pandangan mesra.

Yurin membengkokkan jari-jemarinya, menyuruh Makcik Hyun supaya lebih dekat dengannya. Patuh akan arahan Yurin, Makcik Hyun lebih mendekati gadis itu.

"Makcik ada telefon bimbit?" soal Yurin separa berbisik. Takut kalau-kalau Seungcheol tiba-tiba muncul pula.

Sebenarnya Yurin keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan Seungcheol. Itu pun perlu ditemankan oleh Makcik Hyun dan beberapa orang pengawal. Yurin sudah cukup bersyukur dia boleh keluar berjalan di taman ini walaupun masih dikira dalam kawasan rumah.

"Ada cik. Kenapa Cik Yurin tanya?" soal Makcik Hyun kembali walhal dia tahu kehendak Yurin.

"Boleh Yurin pinjam? Sekejap saja. Boleh ya Makcik? Sekali ini saja, tolong Yurin." rayu Yurin sambil memegang kedua tangan wanita tua itu. Pandangan matanya cukup sayu.

Makcik Hyun serba salah. Dia tahu Yurin pasti merindui keluarganya. Siapa saja yang suka tinggal bersama lelaki psycho. Diculik pula tu. Makcik Hyun berkira-kira. Sejujurnya dia mahu Yurin tinggal bersama Seungcheol dengan lebih lama namun dia tidak patut pentingkan diri. Yurin masih anak gadis orang. Pasti kedua ibu bapanya risau akan gadis itu.

Poket kecil pada pakaian maid yang tersarung pada tubuhnya diseluk. Telefon bimbit kuno miliknya dihulurkan pada Yurin. Makcik Hyun melihat ke kiri dan kanan. Mujur para pengawal berada agak jauh dari mereka.

"Cepat sikit ya Cik Yurin. Takut kantoi nanti." Makcik Hyun menguntum senyum namun sempat juga dia berpesan.

Yurin mengangguk laju. Nombor Jimin didailnya pantas. Nama Jimin saja yang terlintas di ingatannya sekarang.

"Hello? Jimin?" sapa Yurin di corong telefon.

"Ya? Yurin?!" suara Jimin kedengaran terperanjat.

Ya Tuhan, rindunya dia pada pemilik suara itu. Tanpa sedar, airmata Yurin menitis. Dia rindu, dia takut, dia mahu pulang.

"Yu.. awak dekat mana? Awak baik-baik saja kan? Seungcheol berkasar dengan awak tak?"

Yurin terdiam. Jimin tahu yang Yurin sekarang berada bersama Seungcheol? Jimin sudah tahu?

"Jimin.. saya—"

"Yurin!"

Hampir sahaja telefon bimbit milik Makcik Hyun itu terlepas daripada genggaman tangannya akibat panggilan Seungcheol. Adakah Seungcheol sudah terdengar semuanya? Nahas lah!

Cepat-cepat Yurin menamatkan panggilan. Telefon bimbit itu segera disimpan dalam poket skirt labuh yang dipakainya. Yurin laju menoleh ke arah Seungcheol. Rupanya jejaka itu masih berjalan ke arahnya.

Seungcheol menarik lengan Yurin dengan kasar. Nafasnya turun naik.

"Kenapa kau di sini?! Aku dah kata jangan keluar dari rumah! Degil punya perempuan!" tangan Yurin diheret masuk semula ke dalam rumah sehinggalah ke biliknya.

Tubuh Yurin ditolak ke atas katil.
Yurin mengaduh kesakitan.

"Kenapa kau keluar tanpa beritahu aku?! Penat aku cari! Kau ni!" tangannya diangkat tinggi, sedia untuk menampar pipi mulus Yurin.

Yurin memejamkan matanya. Dia ketakutan. Melihatkan Yurin yang menggigil itu, Seungcheol menurunkan tangannya. Gadis itu.. Yurin..takut akan dirinya.

"Sayang, maafkan aku. Maaf aku angkat tangan, aku dah takutkan kau." ujar Seungcheol dengan nada mendatar.

Yurin kembali membuka mata. Seungcheol masih lagi kelihatan marah.

"Maaf Seungcheol s-sebab keluar sesuka hati. T-tapi saya bosan duduk dalam rumah saja." tutur Yurin, gagap.

Seungcheol menggigit bibir. Anginnya tadi sudah kembali turun.

"Hmm. Jangan buat lagi. Kalau tidak kau tahulah nasib kau." tangan Yurin yang dipegangnya tadi diraih semula.

Ahh, tangannya memerah. Gara-gara Seungcheol berkasar dengannya sebentar tadi. Seungcheol mendiamkan diri.

"Ahh! Jangan risau! Nanti baiklah. Tak lama pun." kata Yurin dengan yakin. Dia cuba menarik semula tangannya namun tidak berjaya. Seungcheol sudah mengenggam kemas pergelangannya.

"Kau.. takut kan? Kau takutkan aku." Seungcheol tersenyum tawar.

Dalam dunia ini, tiada siapa pun yang menyayangi Seungcheol setulus hati. Semuanya melarikan diri kerana takut. Semuanya.

"Semua orang. Bencikan aku. Aku tahu." sambungnya lagi.

"Tidak! Tak semuanya." bantah Yurin keras.

"Hurm? Apa kau mengarut ni sayang? Tiada siapa pun—"

"Semua orang yang bekerja untuk awak, maid, pengawal, Makcik Hyun, semuanya sayang awak. Awak kena tahu tu!" kata Yurin sambil menatap anak mata hitam Seungcheol.

Seungcheol tertawa kecil.

"Hurm kau sayang aku tak?" Seungcheol menggangkat keningnya.

Yurin terdiam tidak berkutik. Kalau dia tersalah cakap, mungkin nyawanya akan melayang. Sudahlah Seungcheol mudah berubah angin.

"Ermm.. s-sayang." balasnya.

Walaupun kedengaran seolah menipu, tetapi itulah kenyataannya. Dia sayang Seungcheol sebagai seorang kawan dan dia mahu Seungcheol cepat sembuh serta kembali hidup seperti orang normal yang lain.

"Kalau macam tu, jujur dengan aku. Cincin apa yang selalu tergantung pada leher kau tu?"



A/n; Maaf lambat update, makin busy dah sekarang :'(  Agak-agak cincin apa tu ya?

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now