-END-

1.7K 209 108
                                    

Mata Yurin memandang kosong ke arah piano yang terletak di hujung sudut rumah agam itu. Betul-betul bersebelahan dengan tingkap rumah yang membolehkannya melihat suasana luar dan kebetulan menghadap pantai.

Hampir beberapa bulan juga dia tidak menyentuh papan kekunci itu. Kerjayanya sebagai pianist terus terhenti sesudah pemergian Yaomin. Jika dulu dia bermain piano bersama Yaomin, kini tidak lagi.

"Cubalah main." kata Jimin seraya menunding jarinya ke arah piano tadi.

Jimin tahu kenapa Yurin berhenti bermain piano. Jimin juga tahu yang kedua orang kembar itu sangat menyukai piano. Jimin masih ingat sewaktu Yaomin dan Yurin kedua-duanya memenangi pertandingan piano semasa kecil cuma masalah kesihatan Yaomin yang menghalangnya untuk kerap menyertai pertandingan. Yurin sertai semua pertandingan dek pujukan Yaomin.

"S-saya takut." Yurin menggeleng-gelengkan kepalanya. Dapat dia rasakan seluruh badannya menggeletar hebat.

"Saya ada untuk temankan awak. Mainkan untuk saya? Saya rindu nak dengar alunan piano awak yang merdu." Jimin memujuk perlahan. Dia menarik lembut tangan Yurin menuju ke arah piano.

Kini Yurin melabuhkan duduk pada kerusi bertentangan dengan piano manakala Jimin masih kekal di sisinya.

Tangan Yurin tergetar-getar tatkala menyentuh papan kekunci pada piano. Dia teringatkan Yaomin. Melihatkan tangan Yurin yang menggeletar itu, laju Jimin meletakkan tangannya ke atas bahu Yurin.

"Yao pun mesti nak dengar awak main. It's alright. Everything will be just fine." kata-kata semangat terus-menerus meniti di bibir Jimin.

Dia tahu bukan mudah untuk mulakan semula dari awal. Yurin mengangguk perlahan. Jari-jemarinya kini mula menyentuh papan kekunci piano. Satu,dua not-not yang bermain di benak fikirannya kini dizahirkan pada alunan bunyi piano.

Yurin tersenyum lega. Dia masih bisa bermain seperti dulu. Dia masih ingat setiap not. Mendengarkan alunan piano Yurin bertambah tenang, Jimin kini mampu menarik nafas lega.

"Teruskan main. Saya nak lelapkan mata sekejap." ujar Jimin sambil membaringkan badannya di atas sofa yang berada berhampiran piano itu.

Yurin sekadar mengangguk. Dia asyik bermain papan kekunci piano. Jimin yang melihat dari jauh mengukir senyuman.

"Awak tahu tak? Tiada orang yang mencintai awak lebih daripada Yao." Jimin berkata sambil matanya tertutup.

"Tahu. Tapi tiada siapa yang boleh lindungi saya seperti mana yang awak lakukan." Yurin tersengih seraya menatap muka Jimin.

"Yu.. saya sayang awak selamanya. Jadi.. walau apapun yang terjadi, jangan sesekali hilangkan senyuman dari wajah awak. Senyuman awak berharga. Jaga diri baik-baik." tutur Jimin dengan lembut. Dia langsung tidak memandang ke arah Yurin.

"Kalau awak nak tengok saya bahagia, awak perlu setia di sisi saya. Saat paling bahagia untuk saya ialah bila awak ada bersama." luah Yurin lagi.

Jimin yang mendengar kata-kata Yurin itu tersenyum lemah.

"Kalaulah saya boleh buat macam tu.." gumam Jimin perlahan sebelum dia tersenyum lagi.

Yurin meneruskan alunan pianonya. Bunyi merdu yang terhasil kini bergema di segenap ruang rumah agam tersebut. Terasa seolah-olah Yaomin turut bermain di sebelahnya sekarang.

"Yurin!!" laung satu suara dari luar rumah.

Jari Yurin berhenti bermain. Dia menjenguk ke luar jendela. Ternyata ibunya sedang melambai-lambaikan tangan. Pasti mereka terdengar bunyi piano yang dimainkan oleh Yurin tadi. Mereka mula menuju ke arah rumah agam itu.

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now