-4-

1.7K 262 77
                                    

Suasana kelas yang riuh-rendah dengan suara para pelajar menjadi senyap sepi tatkala guru kelas merangkap guru disiplin sekolah itu mula memasuki ruang kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana kelas yang riuh-rendah dengan suara para pelajar menjadi senyap sepi tatkala guru kelas merangkap guru disiplin sekolah itu mula memasuki ruang kelas.

Senyuman dilemparkan kepada semua pelajar semanis mungkin. Mereka menarik nafas lega. Mood cikgu baik. Disebelahnya pula, seorang pelajar baru yang berkulit putih kemerahan. Mereka mula berbisik sesama sendiri. Pantang nampak lelaki kacak gamaknya.

Cikgu Ahn mengetuk meja. Rimas dengan bunyi bisikan mereka.

"Baik kelas ini Choi Seungcheol. Pelajar baru dalam kelas ni. Dia baru berpindah dari Daegu." cikgu mula memperkenalkan Seungcheol. Pelajar perempuan sudah tersenyum-senyum simpul. Ada yang sudah tersengih macam kerang busuk. Gatal betul.

"Hai! Saya Seungcheol, mohon beri tunjuk ajar." katanya lancar lantas menunduk hormat. Cikgu Ahn mengangguk kemudian menyuruh dia untuk duduk.

Sebaik Seungcheol mendongakkan kepala, dia terlihat sesuatu yang sungguh menarik perhatiannya.

Mempunyai wajah yang cukup pakej sepertinya menjadikan dia popular tidak kira dimana berada. Lihat saja berapa orang yang sudah meroyan tadi. Cuma seorang saja. Gadis yang membuang pandangannya jauh menembusi jendela kelas.

Buat kali pertama Seungcheol berasa teruja. Susah nak jumpa jenis limited edition ni. Dari tadi lagi gadis itu tidak memberi sebarang reaksi. Entah apa yang dia tengok di luar tu. Mengelamun saja.

Seungcheol berjalan menghampiri meja gadis tersebut. Mata pelajar yang lain turut mengiringi langkah lelaki itu.

"Hai awak. Boleh saya—"

"Tak boleh. Kau dah nampak kan tepi aku dah ada orang." dia pantas memotong. Terkedu juga Seungcheol. Gadis itu seolah-olah tahu apa yang difikirkannya.

Seungcheol tersengih. Wah boleh tahan juga. Lalu dia mengheret kaki kearah tempat duduk yang kosong iaitu disebelah seorang gadis berkaca mata.

Senang cerita nerd.

"Selamat berkenalan. Tolong bantu saya apa yang patut nanti ya?" Seungcheol menegur mesra.

Gadis tersebut mengangguk laju.

"Nama awak?" soal Seungcheol yang ingin tahu sambil-sambil matanya melirik kearah gadis itu.

"Saya Jirin." balas Jirin sambil membetulkan kaca matanya. Segan pula rasanya bila ditegur oleh jejaka kacak.

Sepanjang dia bersekolah di sana belum ada sesiapa yang mahu duduk disebelahnya. Sedikit pun Jirin tidak berkecil hati. Dia faham, siapa je nak bersama gadis sepertinya?

"Nama secantik tuan dia hehehe. Oh ya, Jirin saya nak tanya sesuatu boleh?" Seungcheol memuji ikhlas.

Jirin berdehem kecil. Pandai betul Seungcheol bermain dengan kata-kata. Si sweet talker.

"Awak nak tanya apa?" dia mengangkat sebelah kening. Seungcheol segera menunding jari ke sudut ruang kelas tepat dimana beradanya si gadis yang berjaya mencuri perhatian dia.

"Budak perempuan yang tengah termenung tu siapa?" laju soalan itu meluncur keluar daripada bibirnya.

Jirin menghela nafas lembut.

"Itu Yurin, si puteri ais. Kenapa awak tanya?" Jirin menyoal balik. Sungguh membuak rasa ingin tahunya.

"Puteri ais? Saya tahu puteri lilin je. Dia Elsa ke?" Seungcheol sudah mengerutkan dahi. Teringat pula cerita Frozen yang pernah menjadi kegemaran dia suatu masa dulu.

"Nanti awak tahu la. Emm Seungcheol, lepas rehat kita kena pergi ke perpustakaan. Kalau tak keberatan, saya boleh tolong tunjukkan jalan." pintas Jirin, malas menceritakan prihal Yurin dengan lebih lanjut.

Lama-kelamaan Seungcheol akan kenal juga siapa Kim Yurin.

✿✿✿✿✿✿✿

Hampir 15 minit Yurin menjinjatkan kaki untuk mengambil buku yang berada diatas rak. Bukannya tiada orang yang ingin menolong tetapi awal-awal lagi dia menolak keras.

Maklumlah ego sudah sebati dalam kamus kehidupan dia.

Namun suatu tangan tiba-tiba mencapai buku itu. Yurin terdecit lalu segera menoleh kearah gerangan yang mengambil buku yang dia mahu.

"Nah. Dari tadi aku tengok kau cuba ambil tak dapat-dapat. Oleh sebab aku ni seorang yang baik lagikan handsome aku tolong kau ambilkan." buku itu dihulurkan kepada Yurin.

Sedikit pun Yurin tidak melayan.

"Kalau kau tak tolong pun, aku boleh ambil sendiri." kata Yurin dengan yakin. Seungcheol tersenyum senget.

"Oh ya? Baik-baik." buku itu terus diletakkan di bahagian paling atas pada rak buku.

Terlompong Yurin dibuatnya. Main kasar!

"Hey! Janganla letak kat tempat lain pula!!" Yurin terlompat-lompat cuba mencapai buku itu walaupun dia tahu ianya hanya sia-sia.

Seungcheol terbahak-bahak ketawa. Itula jual mahal sangat kan?

"Sayang, kau kena belajar terima pertolongan orang lain. Rendahkan sikit ego tu." disebabkan rasa kasihan yang menguasai diri akhirnya buku tadi diambil semula.

Kali ini hulurannya diterima. Hati Seungcheol bersorak riang.

"Macam ni kan bagus." tangannya perlahan didaratkan pada kepala Yurin tetapi laju ditepis kasar. Seungcheol terjerit kecil akibat pedih.

"Jangan sesuka hati nak sentuh anak orang." tegas Yurin kemudiannya meninggalkan Seungcheol keseorangan disitu.

Dalam diam Seungcheol mengukir senyuman penuh makna. Kim Yurin bukan saja mencuri perhatiannya namun hatinya juga turut ditawan oleh gadis itu dalam sekelip mata. Menarik betul.

Pencuri. Pencuri. Pencuri.

Seungcheol tekad. Si pencuri hati akan tanggung akibatnya.

Misi memikat hati si puteri ais bermula!

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now