-19-

1.2K 232 28
                                    

Suasana kelas riuh seperti biasa. Cuma Yurin kehairanan, mana pergi kawan-kawannya yang lain? Lesap terus. Mentang-mentang tinggal setengah jam saja lagi sebelum mereka dibenarkan pulang, boleh pula mereka menghilang. Tahulah cikgu tak masuk kelas.

Lepak tak ajak. Desis hati kecilnya.

"Yurin! Yurin!" namanya dilaung dari jauh. Macam kenal saja pemilik suara itu. Laju Yurin memandang ke arah pemilik suara.

Ternyata ianya Liz dan Crystal. Kelihatan mereka tercunggap-cunggap mengambil nafas seolah baru menamatkan marathon.

"Kenapa?" Yurin menyoal kebingungan.

"K-kau kena tolong Jimin. Tolong dia." dalam semput, Liz berbicara. Hati Yurin sudah tidak sedap.

Kenapa pula dengan Jimin?

Tiba-tiba bunyi buku yang terjatuh menarik perhatian mereka. Yurin menoleh, rupanya Zhen Yu yang menjatuhkan bukunya. Zhen Yu membuat muka terkejut. Sepantas kilat dia menerpa ke arah Liz.

"Jimin kenapa?!" soalnya lantang. Risaunya bukan kepalang lagi. Biarlah satu kelas nak mengata dia pun.

"J-jimin.."


✾✾✾✾✾✾✾


"Zhen Yu tunggu!" Yurin menjerit kuat sebelum tangan Zhen Yu dipegangnya.

"Apa kau nak?! Cepatlah Jimin—"

"Sabar dulu! Kau tak boleh terjah melulu. Ingat diorang lelaki! Memang kita boleh lawan tapi cukup ke kekuatan kita?" kata Yurin. Zhen Yu memberhentikan langkahnya. Ada betulnya apa yang Yurin katakan itu.

"Okay jadi apa plan kita?" Zhen Yu menatap Yurin dengan muka pasrah. Ingat senang ke dia nak berbaik dengan musuh? Waktu kritikal macam ni baru boleh! Tu pun kalau betul-betul terdesak.

"Telefon abang kau. Abang kau ada geng kan? Cukup lah tu. Sampai je dekat dewan tu, biar aku masuk dulu. Nanti kau backup. Boleh?" cadang Yurin. Zhen Yu tidak membantah lalu telefon bimbit segera dikeluarkan dari poket baju sekolah.

Sebenarnya Yurin awal-awal lagi sudah beritahu Yoshio tentang perkara ini. Kes Jimin diculik pasukan bola sepak dari sekolah Yoshio. Entah apa yang mereka mahu dari Jimin. Yurin tidak pasti. Dia juga menyuruh Yoshio untuk datang ke dewan tertutup sekolah. Kata Liz, mereka ada di sini.

Tak lama kemudian mereka sampai di perkarangan dewan. Yurin dan Zhen Yu memerhati sekeliling sebelum langkah dibawa ke pintu masuk dewan. Mereka meletakkan telinga di pintu, mana tahu boleh dengar 'maklumat' dari dalam.

"Kau tunggu sini, aku masuk dulu. Kalau dalam 5 minit kau tak dengar apa-apa, terus kau masuk. Okay?" arah Yurin mengacah seperti seorang penyiasat. Zhen Yu mengangguk setuju.

Ada baiknya dia tunggu di luar. Kalau diorang serang, Yurin yang kena dulu. Idea jahat tiba-tiba terlintas di fikirannya. Apalah.

Yurin mula memasuki dewan. Suasana yang agak sunyi membuatkan bulu romanya meremang. Seram betul. Dia mencari-cari susuk tubuh Jimin.

Itu dia! Sedang duduk di atas pentas. Nampak macam perangkap tapi Yurin kesah apa?

Perlahan dia menghampiri Jimin. Hairan juga, mana si penculik?

"Jimin." Yurin memanggil nama Jimin dengan nada berbisik.

"Yurin?" Jimin terkejut dek sapaan suara gadis itu.

"Jom ikut aku. Kita keluar dari sini cepat." arah Yurin yang menarik lengan Jimin untuk bangun.

Dia harus cepat sementara si penculik munculkan diri. Susah nanti.

"Tapi—"

"Nak bawa dia pergi mana tu?" satu suara garau tiba-tiba menegur menyebabkan langkah Yurin terhenti. On time betul.

"Bukan urusan kau." Yurin membalas sinis.

Lelaki itu menjeling tajam lalu beberapa orang lagi kawan-kawannya muncul. Ramai rupanya. Dalam lapan orang juga.

"Eh kejap. Macam kenal je." salah seorang dari mereka merenung wajah Yurin.

"Kim Yurin kan?" dia menyoal.

Yurin tidak membalas. Jimin ditarik agar lebih rapat dengannya. Tangan Jimin turut dipegang erat.

"Betul lah tu." lelaki tadi mula menghampiri Yurin dan Jimin. Secara drastik Yurin menapak ke belakang.

Jimin pula masih tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Tangan lelaki tadi cuba mencapai tangan Yurin namun ditepis kuat. Tidak cukup dengan itu, lengannya dikilas ke belakang membuatkan dia mengaduh sakit sebelum dia ditendang sekuat hati. Masing-masing sudah menelan air liur. Betul lah apa yang mereka dengar mengenai gadis yang selalu diceritakan oleh kapten mereka.

"Apa niat korang sebenarnya?!" lelaki di tengah tadi dicekik kemas lehernya. Mata mereka membuntang. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Kami tak berniat jahat!" jerit mereka. Yurin mengangkat kening. Apa?

"Betul tu! Tujuan kami bawa Jimin ke sini cuma nak minta dia ajar beberapa soalan yang kami tak reti." terang mereka. Yurin terus melepaskan cengkamannya.

"Kenapa Jimin pula? Kenapa tak minta tolong Yoshio? Dia pun boleh tahan pandai." ujar Yurin.

"Yoshio selalu cerita pasal korang berdua. Masa kami sampai di sini pun, nama korang sentiasa meniti di bibir para pelajar. Lagi pula, Jimin kan top student. Sebab tu kami nak minta dia ajarkan." terang lelaki berkaca mata yang tinggi lampai itu dengan panjang lebar.

Semuanya hanya salah faham. Yurin mendiamkan diri. Tak lama kemudian Zhen Yu pun meloloskan diri ke dalam dewan setelah dia mencuri dengar apa yang berlaku dari luar. Dia bersyukur Jimin tidak cedera.

"Wow ramainya." Yoshio melambai dari tingkat atas pentas dewan. Mereka mendongak ke atas. Rupanya sudah lama dia di situ. Seronok juga menjadi pengintip tidak berbayar ni.

Yurin mengigit bibirnya. Adakah ini semua cuma sebuah rancangan?

Lantas Yurin mengheret langkah meninggalkan semua orang di dalam dewan itu. Angin satu badan.

Dia mengutuk diri sendiri. Kenapa dia perlu bersusah payah datang ke sini semata-mata demi Jimin? Kenapa kakinya membawanya ke sini? Kenapa dia risaukan orang yang selama ini dibenci sepenuh hati? Kenapa tak biarkan Zhen Yu saja yang datang?

Oh hati, kenapa?




A/n: Hambar:'(

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now