-37-

1.2K 202 32
                                    

"Jimin.."

Jimin yang berdiri sendirian itu terkejut. Rasanya dia ada terdengar suara seseorang memanggil namanya. Suara itu tidak ubah seperti Yurin.

"Jimin.." sekali lagi Jimin mendengar namanya dipanggil.

Tidak syak lagi suara itu milik Yurin. Jimin pasti! Mungkinkah Yurin berada di dalam stor tempat dia berada sekarang? Lagi pula suara itu sememangnya datang dari arah dalam stor.

Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, Jimin cuba berjalan ke arah suara itu. Dia menggagau sekelilingnya dek keterbatasan penglihatan. Biarpun buta, pendengaran Jimin cukup tajam. Jimin merasakan pintu stor itu tidak berkunci kerana dia tidak menghadapi sebarang masalah dalam setiap langkah yang diambil. Tiada suatu objek pun yang terkena dirinya. Mungkinkah stor ini hanyalah sekadar stor kosong yang tiada isi?

Namun Jimin tidak tahu, setiap langkahnya ke dalam stor itu, diperhatikan oleh Seungcheol.

"Jimin, bawa aku pergi dari sini. Aku tak suka tempat ini!" rayu Yurin yang mengenggam kemas baju Seungcheol.

Langkah Jimin terhenti. Yurin berada berhampirannya! Suara gadis itu betul-betul berdekatan dengan tempat dia berdiri sekarang.

Namun mengapa Yurin bercakap seolah-olah dia sedang bersama Jimin sekarang? Walhal tiada siapa di sampingnya.

"Sabar Yurin. Saya akan bawa awak keluar dari sini." Seungcheol mengambil jari-jemari Yurin lalu dibawa ke dalam genggamannya.

Jimin berdiri stastik. Suara Seungcheol? Kenapa Seungcheol berlakon seolah dia ialah Jimin? Apa yang sedang berlaku sekarang?

"Y-Yurin?" panggil Jimin dengan teragak-agak.

Yurin yang sibuk menatap wajah Seungcheol itu menoleh. Dahinya berkerut seribu.

"Kau siapa? Jimin, siapa dia?" Yurin menyoal seraya menggoncangkan lengan Seungcheol.

Seungcheol tersenyum sinis lalu cepat-cepat tangan Yurin dilepaskan secara drastik dari pegangannya.

"Kenapa Jimin?" Yurin menyoal kerisauan apabila dia melihat tubuh Seungcheol menggigil ketakutan.

"Yurin tolong! Dia Seungcheol! Dia nak bunuh saya!" jerit Seungcheol dengan lakonan yang dibuat-buat.

Jimin menggeleng-geleng. Dia kembali menapak ke arah suara Seungcheol dan Yurin.

"Tidak! Yurin jangan percaya kata-kata dia!" selangkah Jimin menapak namun langkah terhenti lagi.

"Berhenti!" Yurin mendepakan kedua-dua belah tangannya dengan sepantas kilat. Cuba untuk melindungi Jimin.

"Yurin tolong.. saya takut. Dia nak bunuh saya. Dia jahat!" hasut Seungcheol yang bersembunyi di balik tubuh Yurin.

Dalam hatinya Seungcheol sudah bersorak jahat. Buat apa dia susahkan diri kalau Yurin boleh tolong hapuskan musuhnya? Dia tidak perlu bersusah payah menggotorkan tangan dengan darah Park Jimin. Biarkan Yurin yang lakukan semuanya untuk dia.

"Yurin pedang!" Seungcheol menunding jari ke arah longgokan pedang berhampiran mereka.

Stor ini adalah tempat penyimpanan senjata. Seungcheol membeli rumah banglo itu daripada seorang ketua gangster di daerah berkenaan. Kebetulan tuan rumah yang asal terlupa mengambil barang-barangnya sewaktu berpindah keluar.

Dan Seungcheol tahu, Kim Yurin handal bermain pedang. Yurin mewarisi bakat ibunya. Ibunya juga yang melatih Yurin sejak kecil. Swordman skill adalah warisan turun-temurun keluarga Soojin. Tidak hairan jika Yurin cekap bermain objek yang tajam itu.

Pantas Yurin mengambil sebilah pedang. Sarungnya yang sudah lusuh dicampak ke tanah. Sekarang mata tajam pedang itu menghala ke arah Jimin yang berdiri di hadapannya.

"Yuu, sedarlah! Dia menipu awak!" kata Jimin dengan nada yang agak tinggi.

"Diam! Kau yang kurung aku di sini! Kau yang seksa aku!" jerkah Yurin. Tangannya menggeletar.

Sebenarnya sudah lama dia tidak memegang pedang. Dan untuk kali pertamanya dia menghunusnya pada orang yang dipanggil musuh.

"Yurin!" Seungcheol terus mendesak.

Lalu pedang tajam setajam mata helang itu menusuk tubuh Jimin. Nafas Jimin mula tidak teratur. Mulutnya juga sudah tergetar-getar menahan sakit di bahagian yang terkena tusukan pedang tadi.

Airmata Jimin menitis. Dia sakit. Terlalu sakit.

Jeritan pihak polis dan siren dari kereta polis mula kedengaran di muka pintu stor. Pihak polis bersama Yoshio baru tiba di sana setelah mereka tidak menemui Seungcheol dan Yurin di dalam rumah.

"Jimin!!" Yoshio yang baru sampai terus meluru ke arah Jimin yang sudah basah bajunya dengan cecair merah.

Yoshio juga terlihat Yurin yang terkaku sendirian dengan pedang di tangannya. Fahamlah Yoshio akan situasi itu.

Pedang yang berada dalam genggaman Yurin terlepas darinya. Dunianya terasa berpusing sekali lagi. Seketika penglihatannya kembali pulih sebelum dia rebah menyembah bumi.

"Jimin.." panggilnya apabila retina matanya menangkap jasad Jimin yang terbaring kaku di sebelahnya dengan darah yang berlumuran.

Perlahan-lahan Yurin menutupkan mata. Dia tidak sedarkan diri.

"Hahaha! Aku dah kata! Kalau aku tak boleh miliki dia, tiada siapapun boleh miliki dia! Padan muka kau Jimin! Mati mati! Hahaha!" Seungcheol ketawa menggilai.

Suka hatinya melihat kedua-dua tubuh yang terbaring di tanah sejuk itu. Pihak polis bertindak menangkap Seungcheol sebelum lelaki itu menjadi di luar kawalan. Kedua-dua tangan Seungcheol digari dengan kemas. Seungcheol diheret masuk ke dalam kereta polis.

"Mati mati! Aku benci dua-dua sekali! Hahaha!" Seungcheol ketawa lagi sebelum dia dibawa pergi dari situ.

Yoshio memangku tubuh Jimin di ribanya. Dia teresak-esak menangis.

"Jimin, Yuu.. tolong bertahan. Abang akan selamatkan korang berdua. Abang janji."

Wajah Jimin yang pucat disentuh lembut. Airmata Yoshio jatuh di atas permukaan wajah putih suci jejaka yang berada di pangkuannya.

Tolong selamatkan mereka, Ya Tuhan.



A/n; Update sebab Kedah menang😋😂

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now