-8-

1.3K 250 26
                                    

Yurin sudah masam mencuka. Hatinya memberontak.

"Angkat elok-elok sayang. Kang terjatuh susah pula." Seungcheol memberi peringatan padahal dia suka tengok Yurin terkedek-kedek membawa timbunan buku latihan kelas mereka.

"Senang la kau cakap. Kau bawak sikit, aku pula yang kena bawak banyak. Huh!" Yurin menghentakkan kaki. Marah betul dia.

Kalau tak disebabkan cikgu yang menyuruhnya untuk menghantar buku-buku latihan ke bilik guru, tidaknya dia nak berada bersama Seungcheol. Menyampah betul. Sudahlah angkat sedikit saja!

"Alala baik-baik. Aku tolong ang-"

Jatuh berselerakan semua buku yang dibawa Yurin akibat dia dirempuh seseorang.

"Ahh senior! M-maaf! Saya tergesa-gesa tadi." lelaki yang melanggar Yurin meminta maaf. Kalut dia menolong Yurin untuk mengutip semula buku yang jatuh.

"Maaf. Saya pergi dulu." usai memulangkan buku kepada Yurin, dia sempat meminta maaf sekali lagi sebelum berlari meninggalkan mereka berdua.

"Kau tak marah?" laju Seungcheol menyoal. Setahu dia, gadis di hadapannya itu bukanlah seorang yang penyabar. Ada saja kata-kata yang boleh menusuk hati yang keluar dari mulutnya.

"Tak. Nampak urgent sangat budak tu. Kesian." balas Yurin seraya menghapus debu-debu pada kulit buku.

Seungcheol sudah menarik senyuman di bibirnya. Masih ada satu sisi yang lain pada gadis itu. Sisi yang telah membuatkan dia jatuh cinta lagi.

"Jom cepat kita pergi hantar buku-buku ni. Lepastu ikut aku. Aku berbaik hati nak belanja kau aiskrim." Seungcheol segera menarik tangan Yurin agar mengikut langkahnya.

Yurin cuba melepaskan tangan namun makin dia cuba, makin erat pula pegangan Seungcheol. Akhirnya dia mengalah. Kekuatannya tidak sama dengan kekuatan seorang lelaki.

❁❁❁❁❁❁❁

"Nah aiskrim vanilla. Kegemaran kau kan?" Seungcheol menghulurkan kon aiskrim kepada Yurin.

"Hmm." malas melayan, Yurin mengambil saja huluran itu.

Seungcheol bersorak riang di dalam hati. Tak sia-sia dia menyoal rakan-rakan baik gadis itu. Paling tidak, ada juga maklumat yang dia dapat.

"Haih. Kenapa dingin sangat ni? Hm princess?" sengaja dia mengusik hati gadis itu.

Yurin sudah menjeling tajam. Jangan ingat ayat-ayat manis itu berkesan untuknya. Tidak sama sekali.

"Dingin macam aiskrim." selamba Seungcheol mengutuk Yurin sambil menjilat aiskrim yang berada di tangannya.

Berbakul Yurin menyumpah seranah si Seungcheol. Boleh gila rasanya kalau dia duduk lebih lama di situ.

"Tapi.." Seungcheol merapati Yurin. Makin gadis itu berundur, makin dia datang mendekati.

Gila. Dah kenapa dengan Seungcheol ni?

Yurin tidak senang duduk. Jejaka itu kelihatan lain dari dirinya yang tadi.

"Aiskrim memang dingin tetapi sangat manis. Macam kau." bibir Yurin yang agak comot dilapkan menggunakan ibu jarinya.

Merah membahang muka Yurin. Entah kenapa dia tidak mampu mengelak tatkala Seungcheol berbuat begitu.

Seungcheol, kau tengah cuba bermain dengan aku ke?

A/n: Ada orang rindu Yurin yang jahat tak? ╰(°ㅂ°)╯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/n: Ada orang rindu Yurin yang jahat tak? ╰(°ㅂ°)╯

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now