BAB 3

313 37 5
                                    

Preet!!

' Time is up! Attention to all newbies please stop whatever you are doing, now!" Suara Amir Erfan a.k.a Erik bergema di satu kawasan asrama. Suasana semakin hiruk pikuk. Semua newbies semakin tegesa-gesa untuk melakukan sentuhan terkahir untuk Pertandingan Memasak Hostel Style. Pertandingan ini termasuk dalam salah satu slot untuk aktiviti Bonding Newbies.

" Okay semua! Dengar sini!" Erik menjerit sekuat-kuat hati untuk meraih perhatian semua peserta. Erik berdehem. Eh, over pulak mamat ni. " Pertandingan Memasak dah tamat. Sekarang, mari kita jemput juri-juri khas pada hari tak lain dan tak bukan Cik Ayin Zanny Zatasha Shamsul Zainal, Cik Ainna Sazarin Ahmad Mizan a.k.a Ajay dan Encik Fakhrul Ashraf Muhd Fuad. Mereka bertiga ini pakar dalam bidang masakan dari batch VASTAR 1115! Tepukan gemuruh untuk mereka!"

Sorakan dan tepukan bergema di setiap sudut. Budak-budak hotlah katakan. Seorang terkenal dengan kehebatan dalam Husnol Khatimah, seorang lagi lelaki jadian dan seorang lagi ustaz tarbiah sentap yang sangat menginsafkan jiwa.

Husnol Khatimah = Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam aspek Korikulum, Akademik, 3K dan Sahsiah secara tahunan.

Sedar tidak sedar sudah tiga minggu berlalu dan newbie bonding slot diteruskan seperti biasa. Seperti yang dirancang, hari ini diadakan pertandingan memasak cara hostel.

Jija memulakan sesi pengadilan markah dengan bertandang ke dapur mini newbie tingkatan 2 bernama Lily. Jija bergerak dari satu meja ke satu meja. Satu pun tidak menarik perhatian dia.

" Hambar."

" Kosong."

" Tak sedap! Tak cukup gula!"

" Kau nak aku kena darah tinggi ke?"

Itulah komen-komen yang sangat pedas daripada Jija. Ajay juga tidak kurangnya. Bukan main laser lagi mulutnya mengkritik segala jenis masakan cara hostel yang dirasakan simple olehnya. Itu tak kena. Ini tak kena. Pendek kata memang newbie bonding slot ni satu azab untuk semua newbies.

Sebenarnya, newbie 'bonding' slot ni tak adalah bonding sangat pun. Slot ini lebih kepada kesempatan terbesar untuk senior tingkatan 4 membuli newbies. Senior tingkatan 5 sudah bertaubat. Tangan kotor sudah bersih ikut hati tinggalkan benda jahil. Tahun SPM lah katakan. Sudah kalau namanya budak hostel, buli-buli orientation time memang satu kewajipan lagi menyeronokkan. Fun gitu.

" Woi, dari mana kau belajar masak style hostel guna kayu? Kau nak aku mati awal ke apa?" Terkejut Jija tengok sepinggan nasi goreng asrama dihiasi dengan kayu. Kayu? Gila ke apa budak ni?

Newbie yang diherdik oleh Jija mendiamkan diri. Relakslah. Bukan marah betul pun. Marah saja-saja. Ada ke marah saja-saja? Ada je. Jija gelak sendirian dalam hati. Seronoknya buli orang!

Fakh dari tadi hanya mendiamkan diri. Kalau komen pun yang baik-baik saja. Orang stok masjidlah katakan. Sepadan sangat dengan Sai. Bila Sai dengan Fakh bergabung, pergh! Kepedasan tarbiah sentapnya tak mampu untuk dilawan dan didengar! Sai dengan cara lembut dan tenang, Fakh dengan ayat sinis tetapi berkesan.

" What is this?" Tanya Jija sambil menundingkan jari telunjuknya tepat pada sepinggan cekodok, tak! Lepat? Goreng pisang? Argh!! Apa benda tu?

Ajay dan Fakh juga buat muka pelik. Apa benda tu? Rupanya macam telur mata kacuk dengan cekodok kacuk dengan goreng pisang. Pelik tak? Jija membelek-belek makanan alien itu.

Cuba teka siapa tukang masaknya? Ya, anda betul! Khairul Dzar Raiqqi. Dia ini, kalau tak buat benda pelik-pelik memang tak sah. Reaksi Dzar? Hambar, seperti selalu. Tak ada senyum, tak ada takut, tak ada resah. Rasa nak bagi dia makan penampar pulak. Sakit hati!

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now