BAB 5

272 32 2
                                    



Malam masih hidup walaupun angka jam sudah berganjak ke pukul 12:30 pagi. Malam tadi telah berlangsungnya majlis penutupan newbie bonding slot bagi tahun 2018. Majlis ini bertujuan khas untuk meraikan keberanian dan kehebatan fizikal dan mental newbies yang berjaya mengharungi bulan oreintasi yang sangat teruk lagi menakutkan.

Sepanjang dua bulan orientasi, sememangnya kesemua newbies dibuli dengan teruk oleh senior tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ada yang kena bagi salam tanpa henti, ada yang kena cuci baju, ada yang kena tiup lampu pendaflour sampai terpadam. Tetapi percayalah, selepas oreintation month dah tak ada lagi benda-benda macam ini. Janji!

" Jija, tak payahlah nak menyorok lagi. Ramai yang dah balik. Keluarlah." Jerit Ajay. Jija pula masih teragak-agak hendak keluar dari tandas. Malu hendak bersemuka dengan semua orang.

Ajay mengetuk pintu tandas berulang-ulang kali. Hesy, minah seorang ini. Kalau tak berkeras memang sampai lusalah dia tak keluar dari tandas. Akhirnya pintu toilet terbuka. Jija keluar dengan muka yang dibuat-dibuat selamba.

Kadangkala Ajay tidak faham akan perangai dan perwatakan Jija. Jija boleh jadi seorang yang pemalu, garang, tegas, hambar, lawak, selamba dan menyedihkan dalam satu masa yang sama. Kadangkala perwatakannya berubah dari hari ke hari. Jika semalam Jija sangatlah sempoi dan selamba tetapi hari ini dia berubah menjadi seorang yang sangat pemalu. Tetapi hanya ada satu perangai yang kekal sehingga sekarang iaitu gelabah.

Mata Jija meliar ke kiri dan ke kanan. " Mamat tu dah balik, kan?" Tanya Jija. Ajay mengangguk. Mamat yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan ialah Dzar. Jija menarik nafas lega. Tidak perlulah dia teragak-agak lagi untuk melangkah ke sana dan ke sini.

" Jaga gerak mata kalau kau tak nak sesiapa tahu kau tengah malu."

Pap! Kaki Jija terpaku.

" Sorry for that unexpected incident." Nada Dzar hambar. Gayanya tidak seperti orang sedang meminta maaf. Reaksi wajahnya, emotionless.

Jija menyepi. Kejadian memalukan beberapa jam yang lalu terimbau kembali di mindanya.

Dewan Besar Kolej Seri Permata dihias cantik untuk meraikan Majlis Penutupun Newbies Bonding Slot. Faizal, si pengacara tetap kolej ini sedang mengacarakan majlis.

" Sekarang, mari kita umumkan Newbie King dan Newbie Queen pada tahun ini!" Sorakan dan tepukan menodai satu dewan. Ketukan drum dan gendang bergema di segenap penjuru. Buat tambah sound effect tak berbayarlah katakan.

" Diumumkan, gelaran Newbie Queen jatuh kepada, Aini Syamila Mohd Kamal!" Tepukan gemuruh diberikan kepada Aini.

Aini dipakaikan tiara berwarna perak dan diberikan sejambak bunga ros. Satu penghormatan besar apabila diberikan gelaran Queen pada malam penutupun oreintasi. Ini bermaksud, King dan Queen yang dipilih merupakan favorite senior kerana dia mampu mengharungi semua bulian dan cabaran.

Faizal bedehem. " Newbie King pada malam ini jatuh kepada Khairul Dzar Raiqqi Khairul Amin!" Semakin kuatlah sorakan dan tepukan bergema di dalam dewan. Newbie hotlah katakan.

Dzar bangun dan naik ke atas pentas lalu dipakaikan makhkota dan selempang ungu putih, warna rasmi Kolej Seri Permata. Semua mata kini tertumpu pada Dzar.

" Handsomenya!"

" Dia memang layak!"

Jija menoleh ke belakang ke arah suara jeritan sumbang tadi. " Kalau Dzar ni dikatakan sangat handsome apatah lagi ketampanan Nabi Yusuf yang menyebabkan ramai perempuan Arab yang terpotong jari sendiri sebab terlalu asyik melihat baginda. Dzar is just a percent of ketampanan Nabi Yusuf A.S. Jadi, janganlah nak didambakan sangat mamat Dzar ni." Sindir Jija pedas. Terus mati senyuman di bibir pelajar tingkatan 3 yang terlalu fanatik akan Dzar.

OUR UNCONDITIONAL LOVETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang