BAB 12

180 28 1
                                    


Tuan Haji Zaki Bin Zakaria
Walid Pengetua Kolej Seri Permata

Tok! Tok! Tok!

     " Masuk!" Laung orang yang di dalam. Dzar lantas membuka pintu lalu memberi salam.

Dzar, Adam dan Puad berdiri sebelah menyebelah di hadapan meja Tuan Zaki. Tuan Zaki pula kelihatan sibuk dengan dokumen-dokumen yang bertimbun di atas mejanya. Dia menoleh sekilas ke arah kumpulan pelajar yang memasuki pejabatnya kemudian dia kembali fokus dengan kerjanya.

15 minit kemudian

Tuan Zaki meletakkan pennya. Kepalanya diangkat lalu ditiliknya ketiga-tiga pelajar yang sekian lama berdiri di hadapannya tadi.

Tuan Zaki mengajukan tangannya ke arah sofa di dalam pejabatnya. " Duduk." Pelawa Tuan Zaki sepatah.

     " Terima kasih, Walid. Tapi kami lagi rela berdiri." Tolak Dzar lembut. Yalah, dah buat salah tak akanlah nak senang-senang duduk pula?

Tuan Zaki mengangguk kecil. " Baik, kalau itu yang kamu mahu." Dia menyandarkan badan pada kerusi pejabatnya. Kedua-dua belah tangannya dipeluk erat pada dada.

     " Baik, saya nak tahu keseluruhan cerita. Story teller? Anyone?" Ujar Tuan Zaki. Dia sedaya upaya cuba untuk mengenali personaliti pelajar-pelajarnya ini hanya walaupun hanya menggunakan pandangan mata kasar.

Dzar menapak beberapa langkah ke hadapan sebelum dia menceritakan secara terperinci perjalanan hidup mereka semalam. Tuan Zaki pula kadangkali menganggukkan kepala tanda faham.


*****

Kelas 4S

     " Ada sesiapa nampak Dzar, Adam dengan Puad?" Soal Ijat selaku ketua kelas. Dia perlu melaporkan kehadiran kelas kepada guru kelas mereka namun ada 3 lagi ahli kelasnya tidak dapat dikenal pasti kedudukan semasa.

     " Aku nampak budak tiga orang tu masuk office Walid lepas perhimpunan." Ujar Tqot.

    " Kenapa office Walid?" Soal Jija.

    " Tak tahu ke?" Soal Koyek kembali. " Semalam Dzar, Adam dengan Puad kena tangkap dengan Puan Raisya balik outing lambat and aku dengar dia orang ada buat sesuatu yang menyalahi rules kolej. Kesalahan sederhana." Sambung Koyek selaku ahli dorm Puad.

Kesemua ahli kelas 4S terkejut.

      " Dzar bukan top student ke?"

      " Merokok?"

      " Aku rasa dia orang on drugs la." Ujar Erik.

      " Boleh jadi!"

      " Sekejap, kira full attendance, kan?" Soal Ijat kembali kepada topik lama.

      " Yelah, Jat! Lambat compute budak ni!"

                                                                 *****

Pejabat Walid Pengetua.

Krik.Krik.

Pejabat Tuan Zaki sunyi sepi setelah Dzar menghabiskan penerangan berkenaan kejadian semalam. Tuan Zaki bangkit dari duduk. Dzar menapak kembali ke belakang menyertai dua lagi rakannya.

Tuan Zaki menghampiri mereka bertiga.

Tap!
Tap!
Tap!

Dub Dab! Dub Dab!

Jantung Adam dan Puad bagai hendak gugur! Hanya Dzar yang masih tenang dan cool.

Tuan Zaki menepuk perlahan bahu ketiga-tiganya. Dia berhenti betul-betul di hadapan Dzar. Telapak tangannya diletakkan di atas bahu Dzar.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now