BAB 9

189 27 0
                                    



Tamat Cuti Persekolahan

Akademi Tentera Diraja

Jija berlari-lari anak. Dia sudah lewat! Tadi, dia berbaring seketika selepas memaklumkan SP girls platoon supaya berkumpul di dataran kawad. Akhirnya baring itu bertukar menjadi tidur. Sekarang sudah jam 9:40 malam! Dia sudah lewat 25 minit!

Jija menambah kelajuan lariannya apabila terdengar jeritan Dzar di dataran kawad. Sudah! Apa pula yang dia buat kali ini? Sudahlah esok hendak bertanding. Cukup-cukuplah seksa budak-budak itu.

Jija sampai di dataran kawad. Langkahnya terhenti. Mulutnya ternganga. Perlahan-lahan Jija menapak ke arah Dzar.

    " Kenapa ni? Apa yang kau buat dengan dia orang?" Soal Jija. Dzar menoleh ke arah Jija. Seukir senyuman diberikan.

    " Bukan aku." Jija memandang Dzar dengan muka pelik.

Jija terkejut bukan kepalang apabila melihat kesemua pasukan kawadnya sedang berlari-lari mengelilingi dataran kawad dengan sebatang sudu dan sebiji bola ping-pong di mulut.

    " Habis tu, siapa yang suruh?" Soal Jija.

    " Entahlah, Kamal kot." Loyar Dzar. Jija buat muka tidak berminat.

     " Oh, yeke? Kamal oh Kamal. Aku seru kau keluar sekarang juga." Loyar Jija pula. " Come on, joking time is over. Siapa?" Soal Jija.

Dzar menjuihkan bibirnya ke arah penjuru dataran kawad. Mata Jija membulat. Terus dia melarikan pandangan matanya.

     " Apa dia orang buat dekat sini?" Bisik Jija ke telinga Dzar.

Dzar mengangkat bahu. " Tangkap kau, maybe." Jija menjeling Dzar. Dzar masih dengan reaksi selambanya.

Jija dengan takut-takut melirik Cik Nisa dan Encik Zaid sekali lagi. Malangnya, Cik Nisa dengan serentaknya menoleh ke arah Jija.

Mati!

    " Waran 2 Ayin Zanny Zatasha, ke sini!" Jerit Cik Nisa. Tidak!

Perlahan-lahan, Jija menuju ke arah Cik Nisa dan Encik Zaid.

Dzar menahan langkah Jija. " Bagi tabik. Dia orang sekarang Leftenan dengan Leftenan Muda. Dua-dua tentera." Jija mengangguk kecil. Kepala otaknya cuba mentafsir maklumat yang diberikan Dzar.

Leftenan? Leftenan Muda? Semakin berkuasalah syaiton dua ekor ini. Cik Nisa dan Encik Zaid dahulu merupakan pegawai latihan senior Jija semasa dia berada di tingkatan 1. Nisa dan Zaid sentiasa hadir ke kolej hampir setiap petang atas permintaan Tuan Ariff supaya membimbing pasukan kawad kaki SPC.

Mereka juga merupakan bekas pelajar SPC. Siapa sahaja di SPC yang tidak kenal mereka? Lagenda kawad kaki KRS tersohor atas kemenangan mereka selama 4 tahun berturut-turut sebagai Komandan Terbaik Kawad Kaki Kebangsaan! Malahan mereka berdua telah diangkat sebagai komandan kawad SPC seawal tingkatan 2.

Semasa Jija berada di tingkatan 1 mereka berdua berusia 24 tahun dan masing-masing berpangkat Pegawai Waran 1 sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan. Sepanjang tempoh setahun mereka menerajui tampuk pemerintahan sewaktu latihan, 'kesetanan' dua manusia ini tidak terperi. Kini, 3 tahun sudah berlalu dan kedua-duanya berkerja sebagai tentera. Cepat betul kedua-duanya naik pangkat. Seingat Jija, semasa dia berada di tingkatan 1, mereka hanyalah anggota LLP yang berpangkat Sarjan dan Staf Sarjan.

Anggota LLP = Anggota Lain-lain Pangkat. Terdiri daripada anggota berpangkat prebet sehinggalah Pegawai Waran 1.

Apabila senior setan kembali. Alah, kau orang sendiri tahu perasaannya macam mana, kan? Akward, menyampah, annoyed. Takut pun ada.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now