BAB 4

296 37 4
                                    


           
" 10!"

   " 9!"

   "8!"

Semakin kuat bunyi derapan tapak kaki berkasut boots berlari menuju ke arah dataran kawad. Gila tak pecut? Kau nak kena telan hidup-hidup dengan Encik Dzar ke? Jija yang berada di samping Dzar hanya mendiamkan diri. Entahlah, malam ini dia langsung tak ada mood hendak tunjuk kuasa. Biarlah Si Dzar, budak RMA ini berkuasa sepenuhnya.

   " 3!"

   " 2!"

   "1!"

Pak! Pak!

Serentak semua kadet menghentakkan kaki tanda masuk baris. Mengah seorang-seorang tak usah dicerita. Muka masing-masing macam burger tak sempat siap!

Staf Sarjan Faizal memulakan sesi pengiraan. Dari kanan sehinggalah habis.

   " Apabila saya melapor, semua hendaklah berada dalam keadaan rehatkan diri, diam, muka sombong! Faham, kadet?"

   " Faham, encik!" Faizal berpusing menghadap Dzar dan Jija sebelum maju ke hadapan.

Faizal si ketua platun berkawad menuju ke arah Dzar. Tiga kali hentak Faizal sudah berada betul-betul di hadapan Dzar. Tangan diluruskan. Badan ditegakkan.

    " Assalamualaikum, encik! Kedua-dua Platun Utama Kolej Seri Permata dengan kekuatan anggota seramai 60 orang termasuk saya siap sedia untuk latihan, encik!" Laung Faizal sekuat yang mungkin. Dzar pula masih dengan reaksi serius. Faizal ditilik dari atas ke bawah. Pyscho betul komandan KRS SPC yang satu ini. Kecut perut, weh!

Dzar berdehem. " Baiklah, mulakan dengan kawad statik dan dinamik." Arah Dzar.

    " Baik, encik! Terima kasih, encik!" Tabik hormat tidak diberikan pada Dzar kerana pemegang pangkat Pegawai Waran masih belum layak ditabik. Hanya pegawai yang bertauliah sahaja yang layak diberikan tabik hormat.

Faizal berkawad masuk ke dalam barisan sebelum memulakan 'warm up' kawad untuk malam ini. Dzar pula memerhatikan setiap pergerakan dengan teliti. Mamat ini pantang kalau ada salah silap sikit. Prefectionist sangat!

Jija pula masih termenung. Dzar menghampiri Jija.

Kepala Jija diketuk sesuka hati. Terus Jija mengangkat muka. " Kau apahal ni? Semangat sikit boleh tak? Macam mana anak buah kau nak respect kalau kau buat perangai macam ni?" Bebel Dzar. Hish, kacaulah daun betullah. Jija menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Dzar.

Pelik bin ajaib! Bukan dia yang takut sebaliknya Jija sendiri. Seram dow! Jija bagi dia jelingan dia bagi Jija senyuman yang sangat menakutkan. Rasa macam baru jumpa dengan perogol bersiri. Sudahlah tengah-tengah malam buta! Naik pulak bulu roma Jija.

Dzar senyum lagi. " Kalau tak mampu nak sakitkan hati orang, jangan buat. Nanti hati sendiri yang sakit."

Sepantas kilat Jija menoleh ke arah Dzar. Ayat itu...

" Ammar..." Kata Jija sepatah.

Berdiri di hadapannya sekarang ini ialah Ammar Zaqwan Zathafar, kembar tidak seiras yang amat dirinduinya. Ammar tersenyum kepadanya. Semakin lama senyumannya semakin lebar.

" Ammar..." Suara Jija semakin sayu dan bergetar.

' Kalau tak mampu nak sakitkan hati orang, jangan buat. Nanti hati sendiri yang sakit, okey kembar?' Kata-kata Ammar terbayang di minda Jija.

Ilusi di mindanya semakin memuncak. Ammar menghampiri Jija. Tubuh Jija dipeluk erat.

    " Ammar tak akan selalu ada, sayang." Bisik Ammar ke telinga Jija.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now