BAB 19

167 21 0
                                    



Sebulan sudah berlalu pergi sejak Puan Sara meninggalkan dunia yang fana ini. Pemergian Puan Sara meninggalkan Jija dalam keadaan yang tidak tenang dan sentiasa bersedih. Namun, di sebalik setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jija sedar bahawa tiada yang lebih berharga dalam dunia selain daripada mengasihi dan menjaga hubungan sesame ahli keluarga sebaik mungkin. Dia sudah gagal terhadapa ibunya namun yang pasti dia tidak akan gagal untuk kali kedua terhadap bapanya, abang susuannya dan mungkin....Dzar.

    " Jija?Jija?"

Seruan daripada Encik Shamsul mengembalikan Jija ke dunia sebenar. Jija terkedu. Dia menoleh ke arah bapanya.

     " Jija, the performance tonight is specially brought for you by a special guest." Ujar Encik Shamsul.Jija buat muka tidak faham.

Khas untuk dia? Ok, agak pelik tapi tak apalah, enjoy saja!

Sekumpulan penyanyi muda yang sebahagiannya berjubah dan sebahagian lagi memakai kurta mula mengambil tempat dia atas pentas. Konsep persembahan mereka sangat simple, hanya dengan duduk di atas kerusi dan memegang mikrofon.

      " Assalamualaikum diucapkan kepada semua tetamu yang hadir hari ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Shamsul yang telah menjemput kami ke sini. Persembahan ini merupakan satu persembahan khas atas permintaan Encik Shamsul dan ini juga merupakan persembahan khas yang saya tujukan buat seseorang yang cukup istimewa." Ujar pemuda yang sedang berucap pada mikrofon.

Jija terkedu. Lantas dia menoleh ke arah Encik Shamsul. " Abah?" Encik Shamsul hanya tersenyum kecil.

Majlis ini sepatutnya merupakan satu majlis makan malam amal dalam usaha Encik Shamsul dan rakan-rakannya mengutip dana untuk Tabung Palestin. Selain itu, malam ini juga merupakan sesi kedua Boutique Walk De Passion bagi mempamerkan koleksi fesyen terbaru. Jika dirujuk dalam tentatif majlis, persembahan ini tidak tersenarai.

' Eh sekejap, suara ini macam aku kenal.' Detik hati Jija.'Eh, jangan-jangan.'

Jija melihat kesemua penyanyi yang berada di atas pentas seteliti yang mungkin. Puad? Apa dia buat di sini? Alunan suara penyayi solo kumpulan tersebut cukup menggangu fikirannya. Setelah dilihat seteliti yang mungkin, Jija terjerit kecil.

    " Eh,kenapa?" Soal Encik Shamsul sambil dia mencuba untuk menyembunyikan senyuman yang tergaris di bibir.

Jija menudingkan jari ke arah penyanyi solo tersebut. " Apa dia buat dekat sini?" Soal Jija. Encik Shamsul hanya tersenyum.

    " Cuba nak impress Jija kot." Ujar Encik Shamsul kemudiannya dia tertawa senang.

       " Hah?" Balas Jija.

*****

Backstage.

Jija sudah siap sedia menanti di belakang pentas. Ini sudah lebih. Dia tidak pernah berikan apa-apa kata putus soal hubungannya dengan Dzar. Berani dia? Sudahlah sampai libatkan Abah sekali. Kelihatan bayang-bayang kumpulan tadi sudah menghampiri bahagian belakang pentas. Terus Jija terjah mereka tanpa sebarang notis.

    " Hoi, kau buat apa kat sini? Mengapa? Bagaimana? Nak apa?" Soal Jija bertalu-talu. Kumpulan nasyid Dzar hanya tergelak lalu cepat-cepat meninggalkan mereka berdua.

     " Firstly, aku kat sini atas jemputan Abah. Secondly, sebab Abah suruh aku datang so aku datang la ni. Thirdly, aku datang naik Grab. 30 minit dari rumah. Lastly, aku nak....."

     " Nak impress aku? Tolong la. Tak jalan." Potong Jija pantas.

Dzar terus gelak terbahak-bahak.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now