BAB 22

178 22 0
                                    


Deru angin yang mendamaikan menyapa muka Jija yang sedang berpeluk tubuh. Dia berniat hendak mengambil udara segar seketika sebelum turut sekali 'berlabuh' bersama-sama dormmates yang di dalam feri. Semalam mereka tidur pada pukul 5 pagi. Pasrah sahaja mereka terpaksa bangun semula pada pukul 6 pagi disebabkan bas bertolak ke jeti pada pukul 7 pagi.

    " Teringin nak mandi laut ke?" Sapa Dzar tiba-tiba. Sejak bila Dzar muncul di situ pun Jija tidak perasan.

    " Tak pandai berenanglah."

   " Boleh belajar sampai pandai. Jom, belajar dengan aku?"

    " Tak nak. Tak pasal-pasal nanti headline berita seorang pelajar mati lemas di Pulau Tioman. Tak sanggup."

     " Watch it. Setiap yang keluar dari mulut itu satu doa."

Jija tersenyum kecil. Kini, hatinya menjadi lebih terbuka untuk menerima kesemua nasihat dan teguran Dzar. Tangan Jija diletakkan di atas palang feri. Sepantas kilat Dzar mengerling pergelangan tangan Jija. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

     " Kau pakai jugak charm yang aku bagi. Ingatkan tak sudi." Jija tersentak. Cepat-cepat dia menyembunyikan tangannya ke dalam saku jaket.

     " Memang tak sudi pun. Tapi kalau namanya charm, so kira unlucky kalau tak pakai. Tradition kolejlah katakan."

     " Kau percaya ke kalau tak pakai akan bawa bad luck?" Soal Dzar serius.

     " Of course not. Drunks would believe that." Jija mengukir senyuman ikhlas khas buat Dzar.

Dzar merenung Jija lama. " You know, you're the best 'girl friend' that I ever had. Kau lain daripada mana-mana perempuan yang aku pernah jumpa. Thanks for being my friend." Perkataan girl dan friend dipisahkan dan disebut satu persatu supaya tidak menimbulkan salah faham.

      " Then, you're the best manipulative boy friend I ever had. Thanks for always cherishing my day." Balas Jija seraya tersenyum simpul.

Pandangan mata Dzar membawa seribu makna. Pandangan matanya kali ini berbeza daripada pandangan-pandangan sebelum ini. Akhirnya Jija melarikan kedua-dua belah matanya.

     " Jija, kata nak tidur? Boleh pulak kau dating dengan mat tentera ni. Macam hari ni last jumpa gayanya." Sampuk Tqot secara tiba-tiba.

" Sebab aku nak tidurlah aku dating dengan mat tentera ni dulu." Balas Jija.

Jija dan Dzar saling bertukar pandangan. Lirikan mata yang aneh. Bagaikan membawa maksud terpendam yang tidak jelas. Senyuman terukir di bibir Jija.

    " Gerak lu, apa-apa roger." Kata Jija sebelum melangkah masuk ke bahagian dek penumpang di dalam feri.

Tqot menghampiri Dzar. Sebuah senyuman penuh bermakna diukirkan kepada Dzar.

    " Kalau suka jangan tunggu."  Hanya dengan 4 patah perkataan sudah cukup untuk membuatkan Dzar tersentak.

     " Mengarut, eh? Bila masa aku suka dia?" Nafi Dzar.

     ' Obvious sangat ke aku suka Jija?' Desis hati Dzar.

     " Heart will never lie. Grab the chance while you have it. " Pesan Tqot seraya menoleh ke arah Dzar.

Dzar terkedu. " Baru 16 tahunlah. Lek, sis." Dalih Dzar lagi. Tqot mendengus. " Kalau dah jodoh, budak umur 4 tahun pun boleh kahwin. Think and act wisely. If you happen to choose her, don't ever make her cry! Take a good care of her like other good man would do." Tambah Tqot lagi.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now