BAB 11

211 28 0
                                    



Seminggu kemudian

  " Dzar, kau angkat tak call Ustaz Mior semalam? Orang kanan dia dah bising-bising mesej aku nak confirm jadi ke tak." Adam melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Dzar di bangku kawasan riadah SPC. Hari ini barulah dia berkesempatan menemui Dzar secara face to face. Dzar sentiasa sibuk sehinggakan batang hidung lelaki itu pun tidak ditemui.

Dzar yang sedang menguruskan dokumen tersentak lantas menoleh ke arah Adam. " Dia ada call ke?" Soal Dzar bingung. Tangannya mula meraba-raba saku seluar kemudiannya dikeluarkan Iphone 6 miliknya.

Ustaz Mior
5 Missed Call

    " Allah, aku off phone semalam. Mesti dia nak confirm pasal event malam Sabtu depan." Dzar menoleh kembali ke arah Adam. " Ijat mana? Kau orang setuju tak? Kalau setuju aku nak confirm terus dengan Ustaz Mior. He must be waiting."

    " Aku dengan Ijat jalan je. Kau tu yang aku risau."

Dzar mengangguk kecil. " Aku sentiasa on. Now aku akan call Ustaz Mior and finalize the deal. Kau dengan Ijat tolong uruskan paperwork, boleh? Aku ada meeting dengan Abang Ashraf setengah jam dari sekarang."

Adam mengangguk tanda setuju. Biarlah dia ringankan sedikit tugas dan beban Dzar. Sejak dua tiga minggu ini kehidupan Dzar agak tidak terurus. Dia terlalu sibuk sehingga memaksa dia membawa kerjanya di luar kolej ke sini.

Dzar bangun lalu kemudian berlalu pergi. Dia bergegas menuju ke arah kafeteria bagi menghadiri perbincangan penting dengan Abang Ashraf merangkap sepupunya sendiri.

Ijar yang baharu sahaja tiba terpana. " Nak ke mana anak Tan Sri tu?"  Soal Ijat.

" Kerja biasalah, bro. Anak Tan Sri tu orang penting." Balas Adam. Ijat mengangguk faham. Selain daripada Ijat, Adam dan Puad, tiada sesiapu tahu tentang identity sebenar Dzar. Dzar tidak mahu kehidupan peribadinya diketahui ramai.

                                                                       *****

Dzar menyemak kembali dokumen-dokumen penting yang memerlukan tandatangannya sebagai tanda pengesahan. Dokumen-dokumen tersebut harus dihantar pada hari ini untuk memastikan usahanya selama ini tidak sia-sia.

     " Assalamualaikum."

Dzar tidak menoleh. " Waalaikumsalam. Saya tak nak tisu tu. Terima kasih." Ujar Dzar pendek.

     " Adoiii!!"

Lantas Dzar menoleh ke arah gerangan yang mengetuk kepalanya dengan pinggan tadi. Naik turun sekejap nafasnya. Siapalah yang berani menggangunya di saat dia betul-betul perlukan fokus yang maksimum sebegini? Memang cari nahas!

     " Adik manis, macha tak jual tisu. Macha nak jual hati."

Dzar terkedu. Lantas dia menoleh.

    " Hoi, mamat! Suka-suka hati kau je cakap aku jual tisu. Kau fikir ni Jalan TAR ke apa? Tengok sikit dekat gate kolej tepi pondok pak guard raver tu. 'No Salesman allowed'. Stres sangat ke, my prince?"

Dzar tergelak kecil. Reda terus kemarahannya mengenangkan bebelan gadis comel yang semakin hari semakin melekat di mindanya ini.

Dzar mempamit Jija agar duduk. Pinggan dan cawan berisi makanan bertukar tangan lalu diletakkan elok-elok di atas meja.

   " Nak beli." Ujar Dzar tidak semena-mena.

Jija buat muka seposen. " Kan aku dah kata aku tak jual tisu."

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now