BAB 18

195 21 0
                                    


Tamat cuti persekolahan

Dewan makan hingar- bingar dengan suara-suara sumbang 700 orang pelajar secara serentak. Pelbagai kisah dan gosip yang hangat dibincangkan oleh pelajar tanpa surut.

Jija melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Serabut betul kepala otaknya menghadapi kebisingan dewan makan tidak pasti penghujungnya. Ajay menarik kerusi lalu duduk.

     " Der, asal?" Soal Ajay pendek. Jija menongkat dagunya menggunakan telapak tangan kirinya.

      " Bising macam pasar. Serabut." Balas Jija ringkas.

Ajay hanya mengangguk. " Weh, aku dengar cerita ada orang confess love pada kau cuti hari tu. Tak nak story ke?" Soal Ajay tidak semena-mena. Lantas Jija tersentak.

     " Apa? Confess apa? Aku ni bukan ada orang minat pun." Balas Jija cuba menyembunyikan kebenaran. Yalah, kalau dia cerita pasti satu kolej tahu nanti. Lebih baik diam sahaja.

Ajay tergelak kuat. " Ja, kalau kau nak tipu bukan aku. I have eagle eyes." Ujar Ajay.

Jija menggelengkan kepala berkali-kali.

      " Eh, betul apa. Aku kan tak laku. Mana ada orang yangg....." Ayat Jija tergantung begitu sahaja. Pandangan matanya tertumpu pada kotak pengunguman yang berada bersebelahan dengan pintu masuk utama dewan makan.

Ajay yang terpinga-pinga turut menoleh ke arah yang sama.

Abang Ijat dan Abang 'Atiq!

Kedua-dua abang sesusuan kembarnya sedang bertanyakan sesuatu kepada pengawas yang bertugas di kotak pengunguman. Lantas wajah pengawas yang merupakan rakan setingkatannya bertuar riak. Mikrofon dicapai lalu pengunguman dibuat.

' Assalamualaikum, Ayin Zanny Zatasha Shamsul Zainal of form 4, please be at the announcement box now. Thank you."

Jija yang sedari tadi memerhati pantas mengatur langkah ke arah kotak pengunguman. Hatinya berdebar-debar. Kedua-dua abang sesusuannya tidak akan muncul di kolej ini tanpa sebab, lagi-lagi pada waktu sebegini.

Abang Ijat mendapatkan Jija. Didakap gadis comel itu seerat mungkin. Jija pinga-pinga. Mindany sudah mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. Dipanjatkan doa keapda Ilahi agar bukan perkara buruk yang bakal didengarinya. Abang Ijat meleraikan dakapannya. Wajah Jija dipandang sayu.

Abang 'Atiq menghampiri Jija lalu memeluk bahunya.

     " Mama dah tak ada."

Jija terpaku. Lidahnya kelu. Mindanya beku. Sesaat kemudian dia terus jatuh longlai ke lantai.

Abang 'Atiq dan Abang Ijat lantas mendapatkan Jija lalu menenangkannya. Lolongan dan raungan Jija memenuhi segenap ruang dewan makan. Tangisannya bak hujan lebat dinihari yang mengelami bumi. Basah dan sayu dilihat mata, sembilu menghiris tajam di dalam jiwa

Satu dewan makan terdiam sepi. Masing-masing menumpukan perhatian kepada Jija. Semuanya ingin tahu konflik yang sedang terjadi.

   ' Assalamualaikum saya ucapkan kepada warden dan para pelajar sekalian. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kepada seorang pelajar tingkatan 4, Ayin Zanny Zatasha yang baru sahaja kembali ke rahmatullah petang tadi. Al Fatihah.'

Satu dewan makan membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan buat arwah. Hanya kedengaran tangisan Jija yang cuba untuk ditahan. Sebak mata yang memandang.

Jija masih lagi menangis teresak-esak. Segala kenangan dan salah silapnya terhadap ibu tercinta terimbau kembali di mindanya. Ya Allah, aku terlambat. Aku terlambat!

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now