BAB 6

302 31 0
                                    


" Nah." Dzar menghulurkan sepasang kasut sukan kepada Jija. Jija tidak pula menyambutnya. Dia masih berpeluk tubuh dia atas kerusi bas.

Lama tangan Dzar tergantung di udara. 2 minit berlalu dan akhirnya Dzar sudah hilang sabar. " Ambil kasut Nike yang mahal ni ataupun jalan kaki ayam dalam stadium. Take it or leave it." Jija mengangkat muka. Jelas riak wajah malu dan tidak rela tertera di mukanya. Detik memalukan beberapa minit lalu terimbas kembali di mindanya.

Dengan sepenuh tenaga dan kudrat Jija berlari menuju ke arah bas kolej yang baru sahaja bergerak meninggalkan garaj kolej.

" Tunggu!" Entah kali ke berapa dia mengulangi perkataan yang sama. Sakit tekak dibuatnya.

Nasib baiklah Dzar yang berada di dalam bas tergerak hati untuk menoleh ke belakang. Tersengih dia melihat Jija sedang berlari pecut selaju yang mungkin untuk mengejar bas.

' Dia ni comellah.' Desis hati Dzar.

Akhirnya bas kolej berhenti dan Jija sampai di pintu bas dengan nafas yang tercungap-cungap. Sudah tidak larat hendak menggerakkan anggota badan lagi. Lambat-lambat Jija masuk ke dalam bas dan mengambil tempat.

Nasib malangnya di pagi hari tidak berakhir begitu sahaja. Sudah separuh jalan barulah dia tersedar bahawa dia sedang memakai selipar tandas!

Dzar memetikkan jari. " Nampaknya kau pilih to leave it. So be it." Dzar menarik kasut sukan itu dan berura-ura hendak memasukkannya semula ke dalam beg sukannya. Jija cepat-cepat merampas kasut sukan berjenama Nike itu dari tangan Dzar. Dzar tersenyum menyindir.

" Tahu takut." Kata Dzar kemudian kembali ke tempat duduk asalnya.

Sebenarnya Jija bukan tidak mahu terima tetapi perasaan malu mengatasi segala-galanya. Siapa sahaja tidak malu. Mula-mula nyaris ditinggalkan kemudian tertinggal kasut sukan pula. Malang betul nasib diriku ini. Sentiasa ditinggalkan dan meninggalkan sesuatu.

*****

Bas berhenti betul-betul di hadapan pintu utama Stadium Terbuka Muar. Jija mencapai bagpack berjenama Nike yang selalu dibawa apabila bertanding sebarang acara sukan dengan malas.

Gedebang!

   " Sakitnya!" Jija memegang kepalanya yang terhantuk pada penghadang besi pada ruang meletak barang.

Dzar pula mentertawakan Jija terbahak-bahak. Tidak lama kemudian dia menghampiri Jija. Dzar menarik bagpack dari tangan Jija lalu disandangkan ke bahunya. Dzar menghadiahkan sebuah senyuman kepada Jija.

   " Ladies first." Kata Dzar sambil menunjukkan tangan kanannya ke arah pintu keluar.

Kesemua atlet yang terkandas di belakang disebabkan drama swasta di pagi hari tersenyum penuh makna. Jija pula entah kenapa tiba-tiba sahaja blushing. Bersorak satu bas dibuatnya. Terus Jija angkat kaki, melarikan diri daripada satu kemaluan yang nyata.

Selepas turun daripada bas, kesemua atlet elit Kolej Seri Permata mendaftarkan diri dan terus ke tempat yang telah disediakan untuk kontijen SPC. Sampai sahaja di khemah kontijen, Jija mengikat bendera rasmi Kolej Seri Permata pada tiang. Megah berkibar bendera kesayangan SPCians. Ceh.

Puad menepuk tangan tanda meminta perhatian. " L'etoiles, listen up! Jija, Amni, Dzar, Koyek, Arman and Syaji boleh pergi buat warming up and basic drilling. Ingat, lapor diri on time. Make sure ada dekat kawasan melapor 15-20 minit awal. Get it?"

Semua mengangguk. Jija mencapai kasut spike dan dua botol air mineral. " Gerak lu. Apa-apa roger." Dzar buat simbol thumbs up. Jija berlalu bersama-sama Etoiles yang lain ke kawasan regangan yang disediakan oleh pihak pengurusan stadium.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now