BAB 16

190 23 0
                                    


Pintu kereta bahagian penumpang dibuka oleh Jija lalu dia terus melabuhkan punggungnya.

" Abah, ada request." Pinta Jija.

Encik Shamsul menoleh ke belakang. Hujan lebat diluar menghehadkan pendengarannya.

" Ada apa?" Soal Encik Shamsul kembali.

" Request. R.E.Q.UE.S.T." Satu persatu ejaan perkataan itu disebut supaya jelas.

Encik Shamsul membulatkan mata. Dia dan isterinya saking bertukar pandangan. Ini permintaan pertama Jija sejak kematian kembarnya 4 tahun yang lalu. Malahan, ini kali pertama mereka mendengar suara Jija terlebih dahulu sebelum mereka sendiri bertanyakan soalan kepadanya semata-mata untuk memastikan dia berinteraksi dengan keluarga walaupun sepatah.

" Apa dia?" Soal Encik Shamsul.

" Kita pergi KPJ Specialist Hospital sekejap, boleh?" Soal Jija. Encik Shamsul buat muka pelik.

" Angah sakit ke?" Soal Puan Sara.

" Aah. Angah sakit hati. Hati angah sakit nak pergi melawat hati yang sakit dekat sana." Balas Jija berbelit-belit.

Encik Shamsul dan Puan Sara saling berpandangan. Ini satu perkembangan yang bagus!

" Angah, mama tak ambil kelas sastera. Sila jelaskan." Kata Puan Sara.
Jija tergelak kecil.

Puan Sara dan Encik Shamsul sekali lagi saling berpandangan. Jija yang selama ini tidak suka bercakap dengan keluarga mampu tergelak riang bersama mereka?

" Angah nak lawat kawan angah. He fractured his leg." Terang Jija.

" Oh, anak Tan Sri Amin tu, ya?" Soal Encik Shamsul.

Jija terkejut. " Mana tahu?"

" Ilham dari Allah." Balas Encik Shamsul bersahaja. Jija mengetapkan bibir. Dia tahu kalau bapanya membalas soalannya dengan cara main-main, dia tak akan menjawab soalan itu sampai kesudah. Walaupun sudah 4 tahun dia bersikap dingin dengan keluarganya, dia masih kenal dan ingat personaliti ahli keluarganya sendiri.


*****

KPJ Specialist Hospital

" Raiqqi, bangun. Ayin dengan keluarga dia datang melawat." Puan Sri Aini mengejutkan Dzar daripada tidur. Dia tidak tidur pun sebenarnya.

Jija dan keluarganya mengambil tempat di bahagian tepi katil Dzar.

' OMG, he looks so pathetic, helpless gila!' Kata hati Jija

Dzar memerhatikan Jija lama. Naik rimas pula Jija dibuatnya. Encik Shamsul dan Puan Sara yang menyedari hakikat itu membiarkan sahaja adegan itu berterusan.

" Rindu aku, eh?" Soal Dzar.

" Rindu." Balas Jija sepatah. Dzar mengukir sebuah senyuman manis. " Dalam mimpi." Sambung Jija dengan nada hambar tanda dia sememangnya tidak berminat hendak berbual dengan Dzar. Dzar tersenyum semakin lebar.

" Oklah tu. At least kau rindu aku. Mimpi aku apa sampai bawak kau datang sini?" Dzar. Jija mengetap bibir. Dia pula yang terkena.

" Walid, bila dia boleh keluar?" Soal Jija kepada Tan Sri Amin. Soalan Dzar dibiarkan sepi. Dzar memandang Jija agak terkejut disebabkan gelaran 'Walid' yang digunakan oleh Jija.

Tan Sri Amin menoleh ke arah Jija. " Tak tahulah, Ayin. Mungkin seminggu. Mungkin 2 minggu." Balas Tan Sri Amin agak pasrah.

Jija memandang Dzar buat kesekian kalinya. Betis kanan Dzar yang dipasang dengan cast diperhatikan.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now