BAB 20

177 19 1
                                    


3 bulan kemudian

Jija berdiri di balik tangga blok Emerald. Kakinya dihentak-hentakkan perlahan ke lantai. Sekejap dia mengerling jam tangan. Semakin laju kakinya dihentakkan ke lantai.

    " Emerald 2, cepatlah! Semuanya anak raja ke?" Laung Jija dari tangga. Mujurlah dorm dia berada paling hampir dengan tangga.

Seminit selepas itu, pintu dorm Emerald 2 dibuka. Dihempas sebenarnya. Kesemua ahli dorm Emerald 2 berlari keluar. Sudah kenapa?

    " Weh, tak lawaklah!"

    " Siapa yang kentut ni?!"

    " Tak 'cebok' sebulan ke apa dow!"

Jija yang berada di sebalik tangga tergelak besar. Dormmates dia sememangnya gila-gila. Jika blok Emerald bising malam-malam buta bukan kerja orang lainlah tetapi kerja ahli dorm Emerald 2. Suara seorang-seorang kalah mak rimau kuatnya.

     " Ada orang kentut baru reti keluar. Sekejap lagi kena 'kentut' dengan cikgu and boys baru sedap. Kita dah lambatlah!" Jija mengerling jam tangannya sekali lagi.

     " Hoi, mak cik! Boleh berlenggang lagi? Dah 8:15 tahu tak? Kita dah lambat 15 minit!" Jerit Jija memohon supaya dormmates sedar diri.

    " Hah!?"

    " Weh, dah 15 minit?"

    " Tak lawak!" Serentak satu dorm menjerit. Kasut yang baru sahaja dicapai dan dikira mahu disarungkan ke kaki seelegan si putera raja menyarungkan sepatu kaca ke kaki Cinderella terus dipegang di tangan dan dibawa lari. Bagai hendak roboh blok Emerald apabila satu dorm Jija berlari turun seperti segerombolan gajah lapar mengejar mangsa.

Hari ini merupakan hari penting untuk kesemua pelajar tingkatan 4. Pada keesokan hari akan diadakan Perkhemahan Perdana Batch VASTAR 1519 bertempat di Kem Perkhemahan Pulau Tioman. Kesemua pelajar tingkatan 4 diwajibkan mengambil bahagian. Jadi, pada hari ini akan diadakan sesi taklimat menyeluruh tentang perkhemahan esok.

Jija yang merupakan seorang atlet mendahului di hadapan. Ahli dormnya yang lain masih lagi berlari dengan kepantasan masing-masing menuju ke blok akademik. Semputlah mereka semua apabila sampai di blok akademik nanti. Jarak tidak rasmi antara sub block Emerald dan blok akademik lebih kurang 0.5 kilometer. Gila tak jauh?

    " Geng, cepat sikit! Aku boleh dengar bunyi mic dari dalam hall!" Jerit Jija dari jauh.

Jija berhenti mengambil nafas sementara menunggu dormmates yang lain tiba di hadapan hall.

     " Cop, cop. Nak pakai kasut sekejap." Kata Nunun termengah-mengah. Jija memandang kaki semua ahli dormnya. Ya Allah, bare feet ke?

    " Jom, kalau cikgu tanya pandai-pandailah hidup." Ujar Nunun selamba. Satu dorm tergelak kecil. Sememangnya satu hakikat bahawa SPCians kesemuanya mengamalkan prinsip 'pandai-pandai hidup' untuk meneruskan hidup di SPC.

Jija and the gang melangkah masuk ke dalam dewan. Secara tidak langsungnya tumpuan satu dewan terus tertumpu pada mereka berenam. Uish, rasa macam artis pula. Hai, saya Kim Kardashian. Love you, muah!

Jija menyiku lengan Ajay. " Benda?" Soal Ajay.

Jija menjuihkan bibir ke arah seorang guru yang sedang memegang mikrofon. " Shot." Spontan Ajay tercarut.

Satu dorm sudah kecut. Guru yang incharge taklimat hari ini ialah Puan Ainon. Siapa sahaja tidak tahu garangnya cikgu ini kalah semua jenis haiwan yang ada di dalam hutan sana. Bukan setakat haiwan di dalam hutan, haiwan-haiwan yang berada di dalam laut dan di langit pun kalah dengan dia.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now