BAB 7

196 27 2
                                    


" Sekarang, dijemput Cik Ayin Zanny Zatasha Shamsul Zainal untuk menyampaikan pengunguman beliau." Umum si pengacara majlis. Bukan majlis besar pun, perhimpunan pagi sahaja.

Jija mendaki anak tangga satu persatu. Setiap langkah diatur dengan teliti. Kalau jatuh, memang malu sampai mati!

Jija berdehem pada mikrofon.

" Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada, Puan Hajah Ainun Mohd Khairi, bonda pengetua Kolej Seri Permata, Encik Hairi Zamri, Guru Penolong Kanan Kokorikulum, guru-guru serta para pelajar sekalian. Pada 14 April yang lalu, Kolej Seri Permata telah menghantar pasukan L'etoiles untuk mewakili kolej dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Daerah Muar untuk kali ke-55. "

Jija menarik nafas sebelum meneruskan ucapan. " Alhamdulillah, pasukan kolej telah berjaya dinobatkan sebagai johan keseluruhan untuk kali ke 20 secara berturut-turut. 5 daripada pelajar kolej telah berjaya dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati terbaik untuk setiap kategori dan olahragawan dan olahragawati keseluruhan kejohanan. Mereka ialah Shamsul Firdaus Husni, Ainna Hanani Laiful, Hassan Al-Mutakir, Ayin Zanny Zatasha Shamsul Zainal dan Khairul Dzar Raiqqi Khairul Amin. Pada 15 April yang akan datang, ahli l'etoiles yang terpilih akan bertanding di Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Negeri Johor." Tepukan bergema di dataran perhimpunan SPC.

" Sekarang, dijemput Tuan Haji Zaki bin Zakaria, Walid pengetua Kolej Seri Permata, diiringi oleh Encik Hairi Zamri, Guru Penolong Kanan Korikulum Kolej Seri Permata untuk menyampaikan sijil dan pingat kepada para pemenang." Walid dan Encik Hairi turun dari pentas utama beriringan menuju ke arah seorang pengawas yang menatang dulang pingat.

Satu persatu peserta mengambil pingat dan sijil masing-masing. Kemudian mereka bergambar kenang-kenangan.

Selesai perhimpunan, Jija dan Dzar telah diminta untuk tunggu sebentar di tapak perhimpunan. Kenapa dia? Kenapa mesti dia dengan Dzar? Nak tak nak terpaksalah dia berdiri terpacak di tengah-tengah tapak perhimpunan itu menunggu insan yang memanggil mereka. Haih, sudahlah insan bertuah itu yang menyuruh mereka berdua stayback. Selepas itu dia pula yang lambat. Ambil masa orang satu hal. Lama menunggu satu hal lagi.

" Kadet, sedia." Terus tegak bulu roma Jija dan Dzar. Masing-masing segera berada dalam posisi sedia.

    " Kamal ke yang panggil kita?" Bisik Jija. Dzar memberikan anggukan kecil sebelum kedua-duanya bertukar karakter menjadi serius.

" Senang diri." Kemudiannya disusuli dengan hukuman rehatkan diri. Jija dan Dzar hanya menurut. Menakutkan!

Encik Kamal mengelilingi Jija dan Dzar sebelum dia berhenti betul-betul di hadapan Jija. Wajah Jija direnung lama-lama oleh Encik Kamal.

' Hish, dia ni dah kenapa? Pagi-pagi buta dah nak tunjuk setan. Tunggu petanglah.' Desis hati Jija.

' Tenung-tenung anak dara orang. Aku cungkil biji mata tu karang baru tahu. Tak tahu jaga adab!' Desis hati Dzar pula. Haih, jauh beza betul pemikirin dua manusia ini.

Akhirnya Encik Kamal membuka mulut.

" Arahan daripada Tuan Ariff mengatakan Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 15 Mei di Akademi Tentera Diraja Malaysia. Jadi, kamu berdua diarahkan bergabung tenaga dan mengukuhkan lagi latihan serta mengetuai skuad pada hari pertandingan. Aku tak akan ikut serta sebab aku dah form 5. Faham kadet?

" Faham, encik!"

     " Sebarang pertanyaan, boleh jumpa Tuan Ariff atau aku. Faham, kadet?"

     " Faham, encik!"

Encik Kamal mengangguk kemudian memberi hukuman keluar baris. Jija dan Dzar saling berpandangan.

" Panggil budak turun petang ni kasi pengsan tak bangun-bangun." Kata Dzar. Jija mengukir senyuman penuh makna disusuli degan satu anggukan tanda bersetuju.


                                                                       *****

Jija melangkah masuk ke dalam kelas. Baru sahaja Jija melabuhkan punggung, Dzar melangkah masuk ke dalam kelas. Dzar terus menarik kerusi dan duduk di tempatnya. Technically, di sebelah Jija.

     " Praktis kawad start 3:30, princess." Kata Dzar perlahan. Agak kuat sebenarnya. Cukup kuat untuk seisi kelas mendengar apa dia katakan.

Puad yang duduk berhampiran mereka terkejut. Nunun pula segera menoleh kea rah Jija untuk memeriksa reaksi gadis tersebut. Normal saja rekasi dua orang ni!

     " Princess gitu. Sweetnya you!" Kata Man. Terus satu kelas memberikan tumpuan kepada Man. Man pula tersenyum-senyum malu.

     " Apa you all ni? Malulah I macam ni." Muka Man bertukar menjadi merah.

     " Blah la kau!!" Jerit satu kelas serentak.

Jija dan Dzar menggeleng kepala serentak. Man kalau dilayan berlebih-lebihan, inilah jadinya. Geli geleman aku yang mendengarnya.

Dzar memandang Jija. " You know what, 'princess' title suits you well. We are going to be the prince and princess throughout the year." Jija buat tak kisah. Dia tahu Dzar hanyalah bergurau tetapi tidak untuk pelajar-pelajar 4S.

    " Great news!"

    " Drum roll, please!"

Bunyi ketukan di meja kedengaran. Tidak cukup dengan menghentakkan meja, kaki pun dihentakkan sekali. Bergegar satu kelas dibuatnya

     " Here we go, the prince and princess of  VASTAR 1519, Khairul Dzar Raiqqi and Ayin Zanny Zatasha!" Bergema satu kelas dengan tepukan.

Jija dan Dzar buat tidak kisah. Satu persamaan antara mereka berdua, terlalu selamba dan relaks. Eh, tak. Selamba sahaja. Kalau nak kata relaks, Jija telah pun dinobatkan sebagai Kaki Gelabah Antarabangsa.

*****

Ajay duduk seorang diri di atas bangku. Bosannya petang ini. Jija ada latihan kawad. Sai ada latihan syarahan. Nunun pula sibuk dengan latihan tarian. Dormmates yang lain menghilangkan diri buat Khidmat Bakti. Latihan taekwando Ajay pada hari pula ini dibatalkan.

     " You, lonely ke?" Sergah Man secara tiba-tiba. Terlompat Ajay dari bangku dibuatnya. Terus sikunya dihalakan ke muka Man. Man pula menutup mukanya dengan tangan.

Ajay membunyikan buku limanya. " Kau sangat bernasib baik aku tak lanyak kau. Kalau tak, memang dah tergolek kau dekat sini." Man menjelirkan lidah. Ajay membuntangkan biji matanya.

     " Kau nak apa datang sini?" Soal Ajay.

     " Hmm, saja. You loner sangat. I pun datanglah untuk tukarkan loner jadi together. Tak boleh?" Balas Man. Ajay terkejut. Mata Man direnung lama-lama.

Man menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Ajay. " I mean it. Nanti bila taraf loner tu dah hilang, make sure you bagitahu I tau." Ajay terkedu lagi. Kebiasaannya dia akan melenting tetapi entahlah. Hari ini, dia seperti tidak berupaya untuk memarahi Man.

Man bangun dan meninggalkan Ajay seorang diri. Kini dia kembali menjadi loner. Entahlah, hatinya berasa pelik. Kenapa dia tidak pernah rasa begini sebelum ini? Rasa bagaikan ada peneman.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now