BAB 10

220 35 1
                                    



" Kadet, bangun!" Jerit Jija, Jija mengetuk-ketuk palang besi katil menggunakan batang penyapu yang terdapat di dalam berek. Kesemua kadet masih lagi lena diulit mimpi. Bukan lena mana pun. Malas hendak bangun yang sebenarnya!

Setelah solat Subuh berjemaah tadi, dia membenarkan mereka tidur semula untuk merehatkan diri sebentar. Sementelah pertandingan bermula jam 9 pagi. Jadi tidak perlulah tergesa-gesa sangat. Tuan Zaid dan Puan Nisa juga telah pulang ke rumah seteleh puas menyeksa mereka semua. Mereka akan hadir semula pada hari ini jam 8 pagi. Setelah Jija sedar yang mereka tidak akan bangun, dia mula menggunakan taktik kotor.

   " Siapa yang tak ada dalam tandas sampai countdown habis kena lari keliling padang 20 pusingan!" Gertak Jija.

    " 3!" Jija mula mengira countdown. Dia sangat yakin yang countdown sahaja yang mampu menakutkan satu pasukan kawadnya.

    " 2!"

Terus bergoyang-goyang katil apabila semua kadet bangun secara serentak dan segera berlari menuju ke tandas. Nampak tak? Kuasa Jija yang tiada batas.

Jija yang sudah lama mandi bergegas menyiapkan diri. Uniform lengkap kawad KRS No. 4 disarungkan ke badan. Aksesori dipakai satu persatu. Tanda pangkat juga tidak dilupakan. Beret disengetkan 45 darjah. Stoking hitam disarung sehingga melepasi buku lali.

Kawasan tempat tidurnya dikemaskan. Sarung katil ditegangkan dan selimut dilipat biar kemas. Setelah puas, pintu loker pula ditutup dan Jija melangkah menuju ke pintu berek.

Dia berdiri di muka pintu kemudiannya menyarung boot yang hitam berkilat. Penat tau dia gilap semalam. Kemudian, dia menuju ke tandas. Jija bercekak pinggang di pintu utama tandas.

     " Kadet SPC, dalam masa 15 minit, aku nak semua dah berbaris bertiga-tiga dalam keadaan rehatkan diri di dataran kawad. Faham, kadet?"

     " Faham, cik!" Jawab kesemua kadet yang berada di luar bilik air mahupun yang berada di dalam bilik air.

Jija mengangguk puas. Kemudian, dia meninggalkan berek skuad Bravo dan menuju ke arah dataran kawad. Serasanya, Dzar sudah berada di situ.

*****

     " Baris, dari kanan cepat jalan!" Koman Dzar.

Jija terpana melihat Dzar. Tegapnya badan dia! Dadanya bidang dan bahunya lebar. Dari kejauhan boleh nampak tiga garis abs yang tersorok disebalik uniform yang dipakai.

     " Baris, berhenti!" Koman Dzar lagi.

Jija menapak ke arah Dzar.

     " Enjoy tengok body aku?" Soal Dzar cepu emas. Terus langkah Jija terhenti.

Dzar tergelak kecil. " Baru usik sikit." Jija menghantar jelingan tajam kepada Dzar. Dzar tergelak lagi. " Sampai bila kau nak terpacak dekat situ? Nak kata Agong lalu tak ada pun." Jija buat muka. Lambat-lambat dia mengatur langkah ke arah Dzar.

Jija berdiri di sebelah Dzar menghadap kesemua kadet-kadet putera.

    " Since when kau orang ada dekat sini?" Soal Jija. Jam tangannya dipandang sekilas. Baru pukul 7 pagi.

     "Sebelum Subuh lagi." Mata Jija terbeliak.

     " Kau ni, janganlah buat hal. Hari ni nak lawanlah. Kalau budak-budak ni mengantuk nanti macam mana? Sudahlah semalam laki bini tentera kau seksa budak-budak ini macam dah tak nak bagi dia orang hidup langsung." Soal Jija.

Dzar menoleh ke arah Jija. " Don't worry, my princess. Sebelum kau sampai tadi aku bagi dia orang tidur. Relaks." Jija menarik nafas lega. Mati-mati dia ingat Dzar tidak betul kepala otak sekejap.

OUR UNCONDITIONAL LOVETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon