chapter 1

6.4K 141 22
                                    



DING DONG... DING DONG..

           Bunyi penggera jam pada telefon bimbit berbunyi menandakan pukul lima pagi. EIRINE SWAN ataupun nama samarannya EPING, tersedar dari tidur dalam keadaan mamai. Kelopak mata digosok, nguapannya berlangsung selama beberapa saat. Kepala digaru-garu, rambutnya berserabai bagai baru saja ditiup angin kencang. Kerja adalah rutin hariannya. Balik rumah pada lewat petang, masak, makan dan menyiapkan diri untuk tidur. Dia telah lama membujang semenjak suaminya meninggal dunia 3 tahun yang lalu akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya. Perasaan sedih itu sentiasa ada, tapi Eping tahu jika dia terus bersedih, mendiang suaminya tidak akan kembali lagi..

Tidak pernah sekalipun dia berhasrat ingin mencari pengganti mendiang suaminya kerana hatinya telah tertutup untuk lelaki lain walaupun usianya masih muda. Dia adalah seorang balu yang tidak mempunyai zuriat. 2 tahun perkahwinannya terdahulu, dia dan mendiang suami terlalu mementingkan pekerjaan hinggakan tidak ada niat pun ingin menimang cahaya mata. Setelah suaminya meninggal dunia, barulah Eping berasa sangat menyesal kerana tidak ada hasil dari perkahwinan lalunya.

 Eping bekerja sebagai pembantu farmasi sahaja asalkan dapat menampung kehidupan sehari-hariannya sendiri. Dia tidak lagi tinggal bersama keluarganya dan tidak mahu berharap satu sen pun duit dari mereka.

******

         Dia datang ke farmasi sebelum ia mula beroperasi dengan berpakaian kemas. Rambut disanggul rapi, gincu berwarna peach dicalit pada bibir. Dia tidaklah secantik wanita lain, tapi wajahnya sedap mata memandang. Statusnya sebagai balu selalu disalah anggap oleh orang yang baru mengenalinya. Mereka selalu mengatanya dari belakang. Tetapi Eping tetap tabah. Dia cuma seorang balu yang kematian suami, bukannya janda yang bercerai dengan suami. Besar perbezaannya di situ. Faham? 😂

          "Eping, hari ni awak nampak cantiklah.. hehe.." rakan sekerjanya yang bernama Mona menegur.

Eping tersengih lalu menjeling.

          "Hm, awal pagi dah mengampu. Nak minta belanja sarapan lah tu," balas Eping.

Dia cukup mengenali Mona yang suka memuji tapi ada niat disebaliknya.

          "Hehe.. saya tak cukup duitlah.. boleh tak belanja? Please?" Kata Mona pula. Tangan Eping digoyang-goyangkan tanda merayu.

          "Hei Mona, awak ni bujang.. Pandai-pandailah cari makan. Asyik minta belanja saja, awak ingat saya cop duit ke?" Eping menyindir.

           "Eleh.. tak apalah. Hari ni awak nampak buruk," perli Mona. Ia hanyalah kata gurauan tetapi dia sebenarnya berkecil hati dengan apa yang Eping katakan tadi.

          "I know i'm ugly. Dan awak pula, si bodoh." Eping membalas semula perlian Mona.

Mona si wanita andartu (anak dara tua) mencebik bibir, cermin matanya dibetulkan lalu dia bercekak pinggang.

          "Sanggup awak kata saya bodoh? Baiklah.. mulai sekarang, kita bukan kawan!" Katanya.

Eping tergelak kerana perangai kawan baiknya itu mengalahkan kanak-kanak. Mona berusia 35 tahun, tetapi masih membujang. Eping pula baru menginjak 27 tahun, namun sikapnya lebih matang berbanding Mona.

Eping memegang bahu Mona dan mengurutnya perlahan dari belakang.

         "Tengoklah anak dara tua ni, merajuk.. hahaha!" Eping menambahkan sakit hati si andartu.

         "Cakap biar baik sikit ya? Melekat penampar saya ke muka awak tau?" Jawab Mona.

          "Aduh Mona.. ok, jomlah saya belanja sarapan. Tapi esok awak belanja saya pula," Eping memujuk.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now