chapter 15

2.3K 96 27
                                    


           Sepanjang hari ini, Chuji asyik berkepit dengan si bujang tua. Eping berasa tidak senang hati bila gelagat dua manusia itu bagaikan merpati dua sejoli padahal mereka baru saja mengenali satu sama lain. Sewaktu Eping ingin naik ke atas menuju ke bilik Mark, dia terserempak pula dengan pembantu rumah itu. Senyum sengih Chuji jelas sekali, tapi Eping berbuat bodoh.

         "Mbak Eping mau ke mana?" Chuji menegur.

         "Nak bagi tuan Mark makan ubat," balas Eping. Entah mengapa dia berasa geram bila berhadapan Chuji.

         "Oh.. biarin saya uruskan hal itu. Kamu rehat aja.. ok?" Chuji mengarah.

Eping terpinga-pinga. Sesuka hati saja wanita itu mengarahnya padahal kerjanya cuma menguruskan rumah, bukannya kebajikan Mark.

         "Cik Chuji, sorry.. hal ubat-ubatan Mark, saya yang kena uruskan. Awak tak ada kaitan dengan tu semua," Eping membalas balik.

          "Hm.. gitu ya? Baiklah mbak.. saya turun dulu. Jangan diberi racun pula ya?" Sindir Chuji.

Eping tergelak palsu padahal berdentam dentum jantungnya menahan sakit hati. Dia terus melangkah lebih pantas meninggalkan Chuji. Tapi disebalik gurauan wanita asia itu, dia tergelak. Sikap Eping yang endah tak endah ketara sekali sedang rasa terancam.

Krakk..!

Pintu bilik Mark dibuka ganas, lelaki itu tersentak dengan kedatangan Eping ke dalam biliknya.

          "Hoi, kenapa tak ketuk pintu dulu?" Mark menegur.

          "Lupa," pendek sekali jawapan Eping.

Gelas berisi air diletakkan pada meja kecil, ubat-ubatan Mark lantas dikeluarkan dari laci penyimpanan. Si bujang tua merenungnya dari jauh. Dalam hatinya..

'Cis.. muram saja? Haha..'

Digelaknya Eping yang bermuka masam.

          "Are you ok?" Sengaja Mark bertanya tapi Eping tidak menyahut.

Malah biji-biji ubat dihulurkan kepada Mark begitu saja.

          "Makan ni," tegas sekali cara Eping menyuruh.

          "Kalau saya tak mahu?" Mark sengaja lagi mencari hal.

          "Ok, tak apa. Saya keluar dulu." Sahut Eping.

Mark terkilan dengan sikap Eping yang bagaikan angin. Tapi dia tidak mahu wanita itu keluar begitu saja.

          "Eh, bawa ubat tu ke sini. Hei.. panas baran betul," kata Mark.

Eping tidak membalas langsung. Ubat yang ada pada tapak tangannya dihulurkan semula. Mark mencapai dan terus menelannya. Air diminum sehingga habis selepas itu. Selesai saja kerjanya, Eping segera berganjak pergi dari bilik si bujang tua tanpa sepatah ayat lagi.

          "Cepatnya nak keluar? Itu saja?"

Teguran itu menghentikan Eping dari berjalan. Dia menoleh ke arah Mark dan berkata..

          "Kerja saya cuma bagi awak makan ubat, bos. Kalau awak rasa saya tak diperlukan lagi di rumah ni, saya boleh pergi bila-bila masa saja yang awak nak." Ketara sekali Eping berkecil hati.

         "Siapa kata awak tak diperlukan lagi di sini? Awak seorang saja yang tahu pasal ubat-ubatan saya sekarang, faham?" Balas Mark.

          "Awak ajarlah Chuji hafal semua ubat tu, awak kan lebih senang bersama dengan dia berbanding saya?"

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now