chapter 14

2.4K 99 15
                                    


          Dup.. dup.. dup..

           Beginilah rasa di dalam hati mereka berdua ketika ini. Huh! Mata bertentang mata, semakin kuat sentuhan jari jemari Mark pada pinggang Eping. Si balu pula bagai disantau kuasa cinta! Seperti hari itu, Mark mahu merasa lagi bibir lembap milik Eping yang digilakannya. Kepalanya mula menunduk dengan nafas berderau pantas keluar dari ruang mulut. Dadanya dicengkam oleh si balu dalam dakapan. Saat demi saat.. kelopak bibir mereka hampir bersentuhan sekali lagi! Eping lantas menutup mata dengan kening mengerut tajam. Pernafasan dalam dadanya pula turun dan naik akibat perasaan gelisah yang melampau. Ingin dia menolak saja lelaki itu, tapi separuh jiwanya seperti berkata 'lakukan saja'! Eping bingung! Namun dia menuruti kata hati, pelukan Mark tidak ditolak malah dia membiarkan saja si bujang tua lakukan apa yang dia inginkan..

   Tok! Tok! Tok!

         "Tuan Mark? Mbak Eping..? Hidangan tengah hari udah siap, ayoh turun.." suara Chuji yang berada di luar pintu bilik lantas mengejutkan mereka hinggakan kemesraan mereka berdua yang hampir terjadi tadi terhenti.

Buk!

Badan Mark terus ditolak kasar, Eping terpinga-pinga! Dia bagaikan hilang kewarasan diri!

'Hei..! Masa begini pula awak ganggu kami!'

Marah Mark di dalam hati sambil mengusap tengkuknya.

        "Y.. ya, cik Chuji.." Eping menyahut panggilan Chuji lalu dia berbicara kepada si bujang tua.

        "Kan saya dah kata jangan sentuh saya lagi? Awak dah keterlaluan! Awak cuba ambil kesempatan pada saya, kan!?" Katanya tapi tidak terlalu lantang. Eping cuba menepiskan rasa gundahnya dengan menengking Mark.

Mark membetulkan posisi berdirinya lalu datang menghampiri Eping.

         "No.. bukan macam tu. Sa.. saya pun tak tahu kenapa saya.. em.." sahut Mark tapi ayatnya tidak dihabiskan.

          "Alasan! Tentu awak bergurau saja yang awak suka saya, kan? Lepas tu sengaja nak goda saya konon!? Huh.." berdengus-dengus Eping ketika ini.

Mark tersengih.

         "Hm.. saya tak pernah goda awak pun? Kenapa? Awak tergoda pada saya ke?" Mark menjawab sinis.

         "Apa? Jangan perasanlah! Hei, buang masa cakap dengan awak! Lebih baik keluar sekarang, kalau tak saya akan suruh Chuji temankan awak di sini." Kata Eping sambil kakinya berundur jauh sedikit dari Mark. Pipinya kemerahan tanda malu setelah mendengar ulasan lelaki itu.

Si bujang tua pula semakin merapatinya. Dia sengaja membuka satu persatu butang baju kemejanya di hadapan Eping beserta senyuman manis yang boleh mencairkan hati setiap wanita yang melihatnya. Adakah ia adalah taktik menggodanya yang telah lama terkubur?

       "Eping, kalau awak tak tergoda, kenapa tutup mata tadi? Kenapa tak tolak saya? Kenapa tak menjerit minta tolong?" Mark menyoal lembut lagi dengan kaki melangkah setapak demi setapak ke hadapan si balu muda.

Bergetaran tulang belulang Eping ketika ini! Si lelaki bujang seakan-akan sedang angau terhadap dirinya. Chuji yang berada diluar telah dilupakan sejenak.

        "Eh.. eh... jangan dekat. Saya tak nak jawab semua soalan awak! Nampak tak penumbuk saya ni..!? Kalau awak dekat lagi, siaplah!" Bentak Eping. Buku limanya dijadikan pelindung diri.

Krakk..!!

Tiba-tiba pintu dibuka kasar, Mark dan Eping lantas menoleh ke arah pembukaan itu dan mendapati Chuji menjengah masuk tanpa kebenaran si bujang tua.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now