chapter 9

2.3K 104 7
                                    


            Sebelum Mark datang ke farmasi sebenarnya dia telah dihubungi doktor peribadinya tentang temu janji di hospital pada hari ini. Mark terlupa pula dia sepatutnya datang ke sana. Oleh sebab dia mudah lupa, Mark datang ke premis puan Sierra untuk mengajak Eping menemaninya berjumpa doktor kononnya si penjaga harus bersama ketika dia diperiksa.

Eping menjeling tajam padanya. Mona terus berbisik pada telinga kawan baiknya.

         "Siapa dia?"

         "Abang puan Sierra.." jawab Eping.

Mona terkesima! Dia segera merapikan rambut dan baju. Senyuman lebarnya lantas terlukis semasa memandang Mark. Dia bagaikan tidak percaya bahawa lelaki itu berusia 40 tahun! Ia kerana lelaki itu tampak muda dari umurnya. Bergetaran tulang rusuk si andartu.

          "H.. hai.." Mona membalas sapaan Mark. Eping pula segera masuk ke kaunter pura-pura tidak mengenali si bujang tua. Sapaan Mark tidak dibalas langsung.

Anak mata Mark tidak memandang Mona, tetapi ia asyik mengekori Eping yang sengaja menyibukkan diri. Dengan langkah perlahan-lahan Mark datang ke kaunter. Jarinya mengetuk permukaan meja dengan renungan tajam. Rimasnya si balu diperhatikan!

         "Hai," sekali lagi Mark mengucapkan kata yang sama meminta perhatian.

Eping tidak melihatnya tapi Mark tahu wanita itu tidak selesa dengan kedatangannya.

         "Nak apa?" Eping menjawab kasar.

         "Hai," Mark masih ucapkan ayat yang sama dari mulut. Dia mahu Eping menyahut sapaannya dahulu.

          "Awak buat apa di sini?" Geram sekali Eping dengan sikap si bujang tua.

         "Greet me first," kata Mark.

Hilang senyuman manis si andartu begitu saja bila tidak dilayan oleh Mark. Tangannya berpeluk tubuh, dia pun bergerak dan berdiri di sudut farmasi sambil memerhatikan lelaki bujang itu mengusik Eping. Cemburunya dia ketika ini!

Eping menjeling Mark, dia berdengus.

          "Hm.. hai. Apa hal tiba-tiba datang ni?" Jawab si balu.

          "Saya perlukan bantuan awak," jawab Mark.

          "Ceh," Eping mencebik bibir.

          "Ikut saya keluar kejap," ajak si bujang tua.

Eping seraya memandangnya beserta kening mengerut tajam.

           "Eh bos, suka hati saja awak arah-arah saya kan? Saya cuma dengar arahan puan Sierra, bukannya awak. Lagipun sekarang ni saya bekerja di sini, bukan di rumah awak." Eping menjawab tegas.

            "Tapi awak masih penjaga saya, dan awak kena ikut ke mana saya pergi." Mark menegakkan diri.

           "Aik? Bukankah awak kata yang awak tak suka diekori sesiapa? Awak sendiri cakap yang awak tak selesa saya ikut ke mana saja awak pergi, tapi kenapa sekarang lain pula? Gila," jawab Eping. Dijelingnya Mark sekali lagi.

Si bujang tua membetulkan kot baju dan posisi berdiri lalu membalas..

            "Saya nak pergi hospital. I nearly forgot about the appointment today. Saya perlukan seseorang untuk ingat jadual temu janji saya yang akan datang. Awak kan penjaga saya? Mestilah awak kena ikut saya sekali," alasan kukuh Mark berikan.

          "Bos, saya penjaga sementara saja, bukan selamanya. Dua minggu lagi tamatlah perjanjian antara saya dengan puan Sierra. Lepas tu bos boleh lakukan apa saja tiada gangguan. Awak tulislah di dalam reminder handphone untuk temujanji yang akan datang. Bukan susah pun.." ulas Eping.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now