chapter 22

2.1K 103 27
                                    

Sebentar tadi di kediaman milik adik kembar Mark..

         Cullen duduk berpeluk tubuh seorang diri di meja makan tempat dia, Eping, Mark dan Mona berbual tadi. Mukanya masam tidak menunjukkan reaksi ceria selepas bertengkar dengan Mark tadi. Melihat saja keadaan muram Cullen, puan Sierra datang dan menyapanya.

        "Cullen, are you ok? Kenapa nampak muram ni? Mana Eping dan Mark?"

Doktor itu membetulkan posisi duduknya, dia berdengus sinis setelah ditanya mengenai Eping dan abang kembarnya.

         "Heh.. i'm ok. Mereka dah pergi tadi." Dia membalas acuh tak acuh.

         "Ala.. ingatkan mereka nak masuk balik ke sini. Hei Mark ni kan.. suka sangat buat hal. Tapi kenapa awak duduk seorang diri sini? Jomlah ke sebelah sana." Ajak puan Sierra sambil tangannya menunjuk ke arah sekumpulan doktor yang sedang berbual sakan.

Cullen tersenyum palsu lalu menggelengkan kepalanya.

        "Erm.. tak apalah. Saya nak bersendirian kejap. Sorry," dia menolak lembut.

Raut wajahnya yang muram diperhatikan puan Sierra. Tapi dia tidak mahu bertanya banyak. Tentu dia fikirkan Eping, kata hati puan Sierra. Sejak Eping berada di sini tadi, semuanya telah dilihatnya. Kelakuan Cullen tampak berminat sekali pada si balu. Puan Sierra memeluk dada, kemudian dia berkata..

         "Kalau macam tu, makanlah dulu," pelawanya lagi.

         "Eh, saya tak lapar. Thanks.." balas Cullen sambil matanya membaca waktu pada jam tangan Rolex-nya.

          "Oh ya, nampaknya hari dah lewat. Terima kasih sebab jemput saya ke sini. Esok saya kena bertugas awal pagi. Sorry sebab tak boleh terlalu lama di sini," tambah Cullen. Punggung diangkat, kot baju dikemaskan.

           "Kan malam masih awal?" Puan Sierra kehairanan.

          "Ya, awak tahu kan saya ni jenis yang suka tepati masa? Kalau lewat tidur tentu saya terlambat pula esok," jawab Cullen.

Sebenarnya dia mahu bertanya tentang Eping tapi disebabkan puan Sierra itu adik kepada Mark, dia lantas membatalkan niatnya. Lebih baik mencari jalan sendiri bagaimana cara untuk mendekati Eping tanpa bantuan puan Sierra.

          "Oh.. oklah Cullen. Terima kasih sebab sudi datang.." ucap puan Sierra.

          "Alright, we'll meet again next time. Beritahu suami awak yang saya dah balik," kata si doktor.

          "Ok, see you soon." Balas puan Sierra diiringi senyuman.

Cullen berganjak dari bangkunya lalu beredar. Tetapi sebelum itu dia tidak menyedari seseorang berada di belakangnya tadi. Ketika dia menoleh, badan mereka terus bertembung!

Buk!

        "Ah!"

       "Aduh!"

Rupanya orang itu ialah Chuji si pembantu rumah dan selaku pengasuh anak kembar puan Sierra. Sambil menggosok-gosok bahu yang sakit, Chuji lantas mendongak memandang Cullen. Huh! Matanya terbeliak, bibirnya bergetaran diikuti mulut ternganga kecil.

         "Ma.. ma.. maaf.." tergugup-gugup mulutnya berbicara tatkala wajah doktor tampan itu amat memukau pandangan.

          "Eh? It's ok.." Cullen tersenyum semasa membalasnya. Tetapi dia segera meninggalkan Chuji selepas itu.

Puan Sierra tergelak. Chuji memintal-mintal kain lap basahnya tanda malu. Matanya mengekori Cullen sehinggalah lelaki itu keluar dari rumah tersebut.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now