chapter 10

2.3K 108 36
                                    


            Eping tidak memberitahukan kepada puan Sierra tentang Mona yang mahu menggantikan kerjanya sebagai penjaga Mark. Walaupun dia tahu puan Sierra akan berang, tapi Eping sengaja melakukannya agar dia tidak dipercayai lagi oleh kembar berada itu. Si balu sebenarnya takut akan sesuatu.. dia takut terjatuh cinta pada Mark!

******

         Seminggu kemudian, puan Sierra telahpun balik ke rumah bersama anak-anaknya. Betapa berdebar-debar hati Mark menanti kedatangan Eping di rumah bujangnya. Dia sengaja tidak datang ke syarikat pada hari ini hanya kerana mahu bertemu semula dengan si balu.

Sebelum itu, dia telah mengupah pekerja pembersihan untuk membersih dan mengemaskan segalanya supaya Eping tidak perlu mengerah tulang melakukan kerja itu semua.

Beberapa hari yang lalu selepas dia ditemani Eping berjumpa doktor, Mark tidak lagi menghubungi atau berjumpa dengannya. Dia berbuat seperti itu agar si penjaga tidak berasa rimas setiap kali diganggu. Namun di sudut sanubari Mark, bergolak-golak rasa rindu terhadap Eping. Mahu tak mahu, terpaksalah dia bertahan selama seminggu berturut-turut tanpa menganggu privasi si balu.

Hari ini Mark sendiri menyediakan makanan tengah hari buatnya dan merancang untuk mengajak Eping makan bersama nanti. Dia menyangka Eping akan datang sebentar lagi, tapi sebenarnya dia langsung tidak tahu bahawa tugas Eping digantikan oleh Mona.

~~~~~~

         Jam 12 tengah hari.. Mark mundar mandir pada ruang tamu sambil memegang telefon bimbit. Ingin saja dia menghubungi Eping dan bertanya di mana keberadaannya sekarang, tapi Mark menahan diri.

        "She will come.. just wait," dia menenangkan diri.

Tidak lama kemudian, lonceng pintunya ditekan seseorang. Mark melonjak kegirangan! Dia segera berlari ke muka pintu dan terus membukanya seiringan senyuman ceria di wajah.

         "Finally you come!" Serunya ketika pintu dibuka.

Tetapi wajah cerianya tadi lantas berubah masam. Bibirnya tidak lagi tersenyum. Matanya meliar memandang kiri dan kanan luar rumah, namun wanita yang dinantikannya tidak ada di situ. Malah dia terkejut kerana Mona berada di hadapannya sambil membelai rambut yang terurai dan memegang beg besar pada tangan.

          "Hai bos.." ucap si andartu.

          "Hai.. tunggu kejap. Awak siapa?" Tanya Mark padahal dia tahu Mona ialah kawan sekerja Eping di farmasi.

          "Erm.. biar saya kenalkan diri. Nama saya Mona Glenn, pengganti Eping. Sayalah penjaga baru awak, bos." Terang Mona.

Terbungkam mata si bujang tua mendengar ulasannya! Pintu dipegang kuat, dia seakan-akan tidak mahu mengajak wanita itu masuk ke dalam.

          "What? Penjaga baru? Siapa arah awak ganti tempat Eping?" Soal Mark yang masih tidak percaya.

Mona mengetap bibir lalu menjawab.

           "Eping kata dia tak mahu jaga awak lagi.. sebab tu saya gantikan dia. Lagipun.. saya memang mahukan kerja ni, bos.." kata Mona tetapi ada niat disebalik kedatangannya.

Mark merengus tidak puas hati! Tanpa menjemput andartu itu, pintu lantas ditutup kasar!

Bam!

Mona tersentak bila ia berlaku! Dia terpinga-pinga di luar rumah sambil menekan butang lonceng berkali-kali.

          "Shit! Saya ingatkan awak datang.. kenapa tipu!? You've hurt my feeling, Eping..!" Bentak Mark sendirian.

Betapa sakit hatinya ditipu oleh si balu! Dia terus menghubungi wanita itu dalam keadaan marah!

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now