chapter 16

2.1K 106 32
                                    


            Eping terkelu apabila Mark menyebut nama penuhnya bernada lembut. Ada sesuatu dalam diri lelaki itu yang membuatkan jantungnya berdebar-debar tatkala mereka bertentangan mata. Sekali lagi Mark cuba merapatkan bibirnya ke bibir Eping seperti sebelum ini.. si balu sukar untuk mengelak kerana timbulnya perasaan lain terhadap si bujang tua.

'Eping, kenapa dengan awak ni? Kenapa biarkan saja dia? Jangan biarkan badan awak jadi mainan orang lain! Tak ada lelaki lain yang boleh sentuh awak selain mendiang Josh!'

Dia menasihatkan diri sendiri pada waktu ini. Tetapi hatinya berbelah bagi. Saat demi saat, Mark semakin hampir mengucupnya! Oleh kerana risau dan takut akan mendiang suaminya, tiba-tiba..

Buk!

        "Ah!"

Eping menendang pula perut Mark hinggakan tangannya terlepas dari dipegang. Si balu melompat dari katil dan berlari menuju ke muka pintu. Sebelum dia berganjak pergi, dia sempat menengking Mark.

         "Miang! Kan saya dah kata jangan sentuh lagi!? Saya bukan murahan, bos! Mulai esok, saya takkan pijak ke dalam bilik ni lagi! Biar Chuji yang layan awak!" Marah sekali Eping padanya.

Sambil Mark mengusap perut yang sakit, dia terus menjawab.

         "Err.. sorry lah. Saya gurau pun tak boleh ke? Hm.." keluh Mark. Dia sedar dia telah melakukan hal melebihi batas terhadap Eping.

         "Gurau kepala otak! Ok, saya akan ajar Chuji pasal ubat-ubat awak, lepas tu saya nak keluar dari rumah ni!" Sekali lagi Eping mengaum.

         "Takkan serius sampai macam tu sekali? Kan saya dah minta maaf?" Mark mula gelisah. Rasa bersalah timbul lagi akibat tingkah lakunya sendiri.

         "Macam mana saya nak maafkan kalau awak tak hormat saya sebagai perempuan!? Walaupun saya ni balu, tapi saya bukan perempuan yang senang-senang saja awak nak sentuh dan cium macam pelacur!" Kemarahan Eping membuak-buak di dada, luahan hatinya ini lantas menyentap perasaan Mark!

Lelaki itu bangkit dari tilam dan turun dari atasnya. Dia berjalan ke arah Eping dengan muka berangnya.

          "Hei, awak ingat saya ni kaki perempuankah!? Saya kan dah kata sorry tadi!? Saya tak pernah anggap awak perempuan murahan, Eping!" Bentaknya.

         "Kalau macam tu kenapa sentuh saya!? Kenapa selalu nak cium saya!? Kenapa awak nak menggatal dengan saya!?" Bertubi-tubi soalan Eping ajukan pada Mark.

Si bujang tua agak tergugat dengan pertanyaan itu. Disebabkan panas hati dituduh miang, dia terus melontarkan satu baris ayat jawapan bagi kesemua soalan si balu.

         "Sebab saya sukakan awak!"

Dup!

Eping terkesima! Matanya terbeliak, lidahnya kelu! Tombol pintu dicengkam kuat. Tapak tangannya mulai berhaba dingin menyebabkan ia berpeluh. Tubuhnya tiba-tiba saja menggeletar! Waktu ini Mark menghembuskan dengusan nafasnya dengan laju semasa memandang Eping. Tapi dia cuba mengawal emosi dan cuba menyejukkan bara api pertengkaran antara mereka.

         "Huh.. Eping.."

Belum sempat dia memujuk, pintu biliknya lantas dibuka seseorang.

Krakk..!

Kedua-dua mereka terkejut dengan kehadiran Chuji yang seraya masuk tanpa izin ke dalam.

          "Apa sudah terjadi mas..!? Saya dengar suara jerit-jerit kayak ada sesuatu yang berlaku di sini. Aduh.. kamu ngapain?" Muka risau si pembantu rumah jelas ketara beserta tangan menepuk dada.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now