chapter 11

2.3K 128 44
                                    


         
            "Hai bos.. dah makan ubat?" Sapa Mona dengan suara lembut ayunya beserta gaya manja.

Hampir dia menjejakkan kaki ke dalam bilik Mark tanpa arahan. Tapi dengan pantas Mark menolak bahunya dengan kasar!

            "Apa yang awak nak buat dalam bilik saya!? Hah!? Kenapa pakai baju tak senonoh di rumah ni!?" Mark terus menengking Mona kerana terlalu geram.

Biarpun wanita itu cukup menggiurkan tapi ia tidak dapat menawan hati Mark yang hanya terpaut pada Eping seorang saja.

Mona terpinga-pinga lalu berlakon lagi.

           "Sorry lah bos.. saya tak biasalah pakai baju tebal malam-malam macam ni. Panas.."

Mark menjeling.

            "Tolong tukar pakaian awak sekarang!" Bentak si bujang tua.

Terjungkit bahu Mona ditengking sebegitu rupa! Dia sangkakan Mark akan tergoda dengan tubuh badannya, tetapi ia tidak sama sekali berlaku. Dengan keberanian yang kuat, Mona sekali lagi cuba memancing Mark menggunakan taktik perempuan jalang. Dada lelaki itu disentuh dengan jari jemari, tapi Mark mengelak! Mona tidak menyerah kalah, sekali lagi dia mencuba. Kali ini tali baju tidurnya dilucutkan dari bahu! Kain longgar dan nipis yang mula terjatuh itu hampir menyerlahkan kedua-dua aset tembamnya di hadapan Mark!

          "Hei! Awak nak buat apa ni!? Nak cuba goda saya ke!?" Jerkah Mark. Betapa bencinya dia melihat wanita yang tidak menghormati diri sendiri.

Mona lantas menarik semula tali baju tidur pada bahu lalu bersuara perlahan.

         "Bos.. saya dah lama idamkan lelaki macam awak. Hari ni.. saya sanggup serahkan mahkota suci saya kepada awak. I'm.. a virgin.." katanya kemudian mengetap bibir cara menggoda.

Si bujang tua amat terkejut mendengar kata-kata Mona tentang dirinya yang masih perawan! Bertambah sakit lelaki itu dibuatnya!

         "Dah gila ke!? Saya tak nak tahu pun pasal diri awak! Tolong berambus dari rumah ni sekarang! Pergi!" Kemarahan Mark meletus serta merta. Dihalaunya si andartu dari situ.

Mona menggelabah tidak tentu arah. Tangan Mark terus dipegang.

           "Bos janganlah halau saya.. sorry sebab berkelakuan tidak sopan, erm.. lagipun awak kan perlukan penjaga? Saya sudi dan sanggup kerah diri untuk jaga awak.." dia merayu.

Zap!

Mark menarik kasar tangannya dari dipegang. Ayat rayuan Mona tidak diterima langsung.

           "I said get out now! I don't need bitch in this house! Get out!!" Suaranya bergelombang memecahkan ruang yang sunyi.

           "Bos.." sekali lagi Mona cuba merayu tapi apakan daya, Mark menolak-nolak badannya dari berada di kawasan bilik.

            "Saya kata keluar!!" Mark menjerit sepenuh tenaga! Berdentam dentum degupan jantungnya menandakan penyakitnya mulai terjadi! Nafasnya bagai tersekat di kerongkong tapi dia menahan sakit itu.

Mona kepanikan dalam ketakutan! Badannya menggeletar seperti bertemu singa bengis. Dia berlari laju menuruni anak tangga lalu masuk ke bilik dan menukar pakaian. Mark pula berdiri di atas tangga menanti Mona meninggalkan rumah banglonya. Dia menggenggam penghadang tangga apabila tubuhnya mulai lemah. Keringat dingin mengalir membasahi dahi, dia perlukan ubat!

Sesudah Mona keluar dari rumah itu dalam keadaan tergesa-gesa, Mark berlari pantas mengunci pintu agar si andartu tidak masuk lagi.

Brak..!

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now