chapter 19

2.3K 105 32
                                    

             Sedang Eping dan Mona menjamah hidangan pada sebuah meja, Mark merenung si balu dari tempat dia berdiri. Perbualan di antara dia dan beberapa orang doktor lelaki bagaikan angin saja bila fikirannya melayang jauh.

Pak!

Satu tepukan dari belakang badan membuatkan lamunannya tergendala. Dia lantas memandang orang itu. Rupa-rupanya puan Sierra menegur cara kasar.

         "Tengok apa tu?" Dia bertanya padahal sejak tadi lagi dia perasan abang kembarnya asyik memandang Eping.

          "Tengok oranglah," balas Mark.

          "Siapa?" Kata puan Sierra sambil matanya turut pandang ke depan mencari siapakah orang yang dimaksudkan oleh Mark.

          "Hei.. tiadalah. Eh, sini kejap. Saya nak tanya sesuatu," Mark menafikan soalan puan Sierra lalu menarik tangan adik kembarnya jauh sedikit dari doktor-doktor tadi.

          "Apahal tarik-tarik ni? Nak tanya apa?" Puan Sierra berasa pelik pula dengan tingkah laku Mark kali ini.

          "Em.. awak kah yang jemput balu tu ke sini?" Tanya Mark.

           "Oh? Haha.. iya. Kenapa?" Adik kembarnya tersengih.

           "Ish! Kenapa tak beritahu awal-awal? Awak ni kan, suka sangat buat keputusan sendiri." Balas Mark.

Puan Sierra bercekak pinggang lalu menjungkit kening kirinya.

           "Eleh.. sejak bila pula saya kena berbincang dengan awak pasal tetamu jemputan? Suka hati sayalah nak jemput dia atau tidak. Yang awak takut sangat ni kenapa? Hari tu awak kata tak mahu ambil tahu lagi pasal Eping, tapi sekarang lain pula. Lagipun dia bukan penjaga awak lagi, jadi jangan nak masuk campur." Puan mula Sierra membebel.

          "Tapi sekurang-kurangnya saya tahu yang dia datang," jawab Mark.

           "Kenapa pula awak mesti tahu? Hah? Awak suka dia ke?" Puan Sierra menyambung lagi.

           "Cis! Se.. sejak bila pula saya sukakan dia? Saya cuma hairan tadi tiba-tiba saja dia muncul," Mark mengusap belakang kepala. Dia agak tergugup-gugup menafikan pertanyaan puan Sierra.

           "Hm.. kalau suka, cakap. Jangan putar belitkan cerita padahal simpan perasaan.. haha." Usik adiknya.

          "Ah, diamlah. Saya tak pernah pun.. erm.." Mark terhenti. Matanya lantas dialihkan ke arah lain. Dia tidak sanggup mengatakan bahawa dia tidak menyukai Eping.

          "Tak pernah apa?" Tanya puan Sierra.

          "Tiadalah. Lebih baik awak urus majlis ni," Mark mengusir adik kembarnya secara halus.

           "Heh.. mengada-ngada betul. Be gentleman lah Mark. Sampai bila nak membujang? Kalau dah suka, terus terang saja.. nanti melepas pula." Puan Sierra menyindir tapi berbaur nasihat.

           "Nonsense.." ego sungguh si bujang tua. Dia masih tidak mahu mengakuinya.

Puan Sierra menggelengkan kepalanya lalu meninggalkan Mark sendirian.

'Betul cakap Sierra, saya patut berterus terang. Tapi Eping kan dah tahu saya sukakan dia? Kalau saya pergi ke sana, tentu melalak lagi si balu ni.'

Dia menggumam dalam hati. Padamulanya Mark ingin ke tempat si balu, tapi semangatnya tidak cukup kuat. Peristiwa dia melafazkan kata ucapan suka tempoh hari membuatkan dia tidak berani bersemuka lagi dengan Eping. Hanya satu cara saja yang boleh diguna-pakai untuk menegur si balu, iaitu bersuara kasar dan garang padanya.  Mark menarik nafas dalam, dihembuskannya perlahan..

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now