chapter 24

2.3K 102 16
                                    


-Imbas semula peristiwa pada malam majlis hari jadi anak kembar puan Sierra..-

           Semasa Cullen sedang memandu keluar keretanya dari perkarangan rumah puan Sierra, dia terlihat teman sekerja Eping iaitu Mona berada di luar pintu pagar. Wanita itu sepertinya sedang menunggu teksi. Cullen menghentikan keretanya lalu sengaja menyapa si andartu.

          "Hai, tunggu teksi?"

Mona tersentak sedikit. Dia membongkokkan badan untuk melihat pemandu kereta itu dari luar pembukaan cermin.

          "Oh hai doktor. Ya, saya tunggu teksi." sahutnya bersama senyuman.

          "Saya boleh tumpangkan awak, jemputlah masuk." Baik sungguh pelawaan doktor itu.

Apalagi si andartu, akibat teruja dan suka, dia terus menerima pelawaan Cullen.

          "Betulkah ni? Boleh juga, haha.." katanya lalu masuk ke dalam kenderaan mewah itu dengan segera.

           "Tak takut balik seorang diri?" Cullen memulakan perbualan sambil kereta itu dipandunya.

           "Eh, apa nak takut? Lagipun saya dah biasa, hehe.." balas Mona. Dia tersipu malu pula bersama si doktor kacak.

Cullen tersengih. Kemudian dia mengubah topik.

            "Erm.. boleh tak saya tanya sesuatu?"

            "Oh boleh. Tanya apa?" Sahut Mona.

Bibir diketap, lalu Cullen menyuarakan hasratnya.

           "Boleh tak.. saya minta nombor phone kawan awak?"

Mona tersentap. Senyumannya hilang lalu matanya menjeling si doktor.

            "Hm.. rupanya awak tumpangkan saya sebab nak minta nombor telefon Eping saja. Ceh.. turunkan saya di tepi tu," sinis sekali jawapan Mona. Dia menyangka lelaki itu ingin memikatnya.

            "Haha.. sorry lah. Tapi saya berminat pula dengan dia.. erm.. boleh bagi?" Sekali lagi Cullen meminta. Kereta itu tidak dihentikan selagi Mona tidak memberikan nombor telefon bimbit Eping padanya.

            "Encik Cullen, kalau awak nak tahu.. Eping tak suka bagi nombor telefon dia kepada sesiapa dan tak suka diganggu. Saya harap awak faham. Hei.. hentikan kereta, saya nak turun." Tegas sekali Mona berbicara.

            "Kalau macam tu, bagi alamat rumah dia." Tambah Cullen lagi.

            "Awak tak faham bahasa ke? Kan saya kata tadi Eping tak suka diganggu sesiapa, apalagi kalau awak datang ke rumah dia. Hei.." geram pula Mona terhadap Cullen.

            "Mustahil dia tak suka saya ke sana. Cik Mona.. please.. give me her address." Cullen memaksa halus si andartu dengan suara lembutnya.

Rambut Mona diusik, telinganya disentuh mesra. Mona terpaku dengan kelakuan Cullen yang mencurigakan. Dia lantas mengelak dari disentuh.

           "Yang awak sentuh saya kenapa? Hentikan keretalah!" Bentak Mona. Rasa minatnya terhadap si doktor kacak hilang serta merta akibat perbuatan kurang sopan lelaki itu tadi.

            "Geez.. alright. Tapi sebelum awak keluar, bagi dulu alamat dia.." kata Cullen lagi.

Kereta itu dihentikan pada bahu jalan, Mona segera ingin membuka pintu tapi Cullen menghalangnya!

            "Cik Mona! Ok.. maaflah sebab berkasar. Hm.. awak berminat pada saya, kan?" Kali ini Cullen menggunakan taktik godaan pula.

Lirikan anak mata dan senyum kecilnya yang manis kepada Mona jelas sekali ingin memancing wanita berumur itu agar dia memberikan alamat rumah Eping.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now