chapter 13

2.3K 109 18
                                    


          Buk!

Eping menghempaskan diri di atas tilam sejurus selepas masuk ke dalam bilik. Dia kerap mengeluh gundah bila teringatkan suara Mark memanggilnya 'sayang' tadi.

         "Tak guna betul.. macam orang gila saja lepas keluar dari hospital. Ni mesti terlampau banyak makan ubat. Tapi.. dia kan baru sembuh, takkan nak biarkan dia memasak? Aduh Eping.. nak turun atau tak ni? Lain macam pula rasa hati saya. Ni semua si bujang tua punya pasal lah!" Dia membebel seorang diri. Fikirannya bercelaru ketika ini.

Hampir beberapa minit dia berfikir, lalu si balu bangkit dari katil. Disebabkan risau menganggu, dia pun turun ke bawah meninjau keadaan Mark. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki, Eping mengintip lelaki itu diluar pintu dapur.

Nampaknya Mark benar-benar menyediakan makanan untuknya! Dia tampak sibuk sekali.

        "Orang kaya sepatutnya ada orang gaji. Jadi selama ni takkan dia masak sendiri? Hm.. boleh tahan juga orang tua ni. Nak tolong atau tak? Eii.. segan pula. Tapi kenapa pula saya nak takut? Ah! Lantaklah!" Dia berkata seorang diri. Dia berasa dua hati ingin membantu Mark ataupun tidak di situ.

Bila difikirkan, Eping yang patut menjaga kebajikan Mark bukannya lelaki itu yang menjaganya. Si balu tidak mahu makan gaji buta saja, lalu dia masuk ke dalam dan lantas menegur si bujang tua.

         "Eh bos," sapanya.

Mark tersentak dengan teguran kasar itu kemudian menoleh ke arah pintu.

         "Em? Nak minum ke? Saya boleh buatkan untuk awak," terus saja Mark melayan si balu.

          "Bukan nak minum.. saya nak tolong. Nanti apa pula puan Sierra kata kalau tahu awak buat macam ni. Hei, awak berehatlah. Biar saya uruskan semua ni." Balas Eping.

Sambil Mark mengesat tangan yang basah pada apron, dia bergerak perlahan-lahan ke arah Eping.

           "Risau juga awak dengan saya, ya? Tak apa Eirine, awak duduk dan tunggu sampai saya siap. Boleh?" Katanya. Nama sebenar Eping tiba-tiba saja disebut.

            "Tak boleh bos. Awak baru sembuh, nanti kalau asap tu masuk ke dalam mulut awak macam mana? Manalah tahu boleh buat awak sesak nafas. Betul atau tidak? Ha, sekarang awak naik atas baring-baring, biar saya masak. Nanti saya panggil awak." Walaupun cara Eping bersuara agak kasar, ia tidak menjejaskan perasaan Mark langsung.

           "Who cares about the smoke? Awak kan ada? Boleh buat CPR mulut ke mulut kalau saya sesak nafas, haha.." sengaja Mark bergurau. Padahal ingin dia merasa bibir si balu lagi.

Eping mengetap kelopak bibir bawah. Entah mengapa Mark seringkali melontarkan ayat yang sensitif untuk didengar.

            "Tak payah CPR, inhaler awak kan ada? Ehh.. merapu saja. Naiklah cepat!" Bentak Eping.

Mark merapatinya diiringi ketawa halus.

             "No," jawabnya di hadapan Eping.

             "Naik.." arah Eping lagi.

             "No.." jawapan sama Mark berikan.

              "Saya kata naik!" Eping menjadi bengis.

              "I said no!" Mark menjawab kasar juga.

Eping berdengus geram!

               "Huh! Orang tua bodoh!" Cemuhnya.

Mark tidak sakit hati langsung diperli sedemikian, malah dia tergelak.

                "Awak pun bodoh juga!" Balasnya.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now