chapter 20

2.3K 108 28
                                    


           Bukan mudah Eping menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di majlis itu yang hanya dihadiri oleh orang-orang berpelajaran dan berpangkat tinggi. Keluhannya sentiasa terjadi akibat kegusaran melampau. Mark dari tadi cuba berkepit dengannya sehinggalah semua hadirin dijemput untuk menyanyikan lagu hari lahir buat anak kembar puan Sierra.

          "Ha.. acara baru nak mula ni. Jom ke sana?" Ajak Mark pada Eping.

Si balu tidak menyahut malah dia berdiri dan terus berjalan bersama Mona ke arah sebuah meja khas yang dipenuhi kek. Mark mencebik bibir. Cullen pula segera mengekori Eping dari belakang. Waktu ini Mark berdengus tidak puas hati. Kakinya juga lantas bergerak mengekori mereka.

          "Cullen," tegur Mark.

Lelaki berjawatan doktor itu memperlahankan langkah lalu memandang ke belakang beserta senyumannya.

           "Yes?" Dia menyahut.

           "Erm.. tiadalah," Mark seperti si dungu pula.

Cullen tersengih lalu berjalan semula.

'Hei Mark, awak cemburu ke? Ah!'

Bisik hati kecil Mark yang dipenuhi rasa iri terhadap Cullen si kacak. Sejak di meja makan lagi Mark perhatikan tingkah laku Cullen yang sering melirik pada si balu. Itu membuatkan Mark goyah dan tidak mahu mengaku kalah!

Cara percakapan Eping padanya juga berbeza sekali. Lemah lembut, tidak sekasar ketika mereka berbual.

Saat Eping berdiri bersama tetamu di hadapan meja berlapiskan kain berona merah jambu, Cullen merapatinya. Mark pula sengaja berdiri di belakang mereka dengan pandangan tajam.

         "Erm.. awak tinggal di mana?" Tiba-tiba Cullen berbisik di tepi telinga si balu.

Eping tersentak lalu menjarakkan badannya sedikit dari si lelaki. Selendang dikemaskan agar bahunya yang halus tidak terserlah di mata lelaki itu.

          "Ke.. kenapa nak tahu?" Balas Eping bernada perlahan.

Mark yang berada di belakang mereka terdengar bisikan-bisikan itu, tapi dia berpura-pura tidak endahkan. Padahal.. ingin saja dia menolak Cullen ke tepi.

           "Haha.. saya boleh hantar awak balik nanti kalau awak tak kisah.." kata Cullen.

Kelopak mata Mark menajam memandang Cullen setelah terdengar ayat berbaur godaan itu!

'Hei.. saya yang akan hantar dia balik nanti! Awak jangan macam-macam doktor.. huh!'

Bentak hati si bujang tua, tapi dia masih menahan bibirnya dari berbicara.

Eping mengusap lengan, rasa curiga terhadap si doktor semakin pelik. Baru saja berkenalan, tapi lelaki itu berani sungguh mengambil hatinya.

'Nak mengoratlah tu. Ehh.. maaflah doktor kacak, saya tak berminat pun dengan awak. Lebih baik awak hantar Mona balik.'

Kalau boleh, Eping ingin berkata seperti apa yang terucap dalam hati. Tapi dia tidak mahu menyakitkan hati Cullen.

         "Err.. rasanya.. tak perlulah. Sorry.. saya naik teksi saja nanti." Lembut saja tolakan si balu.

         "Tak salah kan kalau saya volunteer? Lagipun saya nak tahu lebih banyak tentang awak.. dan tak baik perempuan balik seorang diri malam-malam macam ni. Anggap sajalah saya bodyguard awak.. ok?" Pujuk Cullen.

Walaupun Eping sudah menolak namun Cullen masih cuba merembat hatinya.

         "Hm.." keluhan kecil Eping terjadi.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now