chapter 25

2.5K 110 24
                                    


          
           Mark tidak berkata-kata sepanjang berada di hospital sementara dia ditemani adik kembarnya. Ingin dia menghubungi Eping untuk memujuknya tetapi niatnya terpaksa dibatalkan dahulu. Pada petang itu, masuk seorang wanita muda ke dalam wad Mark ditempatkan. Si bujang tua agak terkilan kerana dia tidak mengenali siapa gerangan wanita berkasut tumit tinggi dan berpakaian kemas itu. Puan Sierra lantas menyapanya dengan mesra lalu datang ke arah katil Mark.

         "Mark.. kenalkan cik Leena Weasly. Dialah doktor peribadi yang saya katakan tu." Puan Sierra memperkenalkan si wanita kepada abangnya.

Mark membetulkan posisi duduk pada tilam dengan raut wajah serius. Wanita berjawatan doktor dan bernama Leena itu pula tersenyum lalu menadahkan tapak tangan tanda perkenalan. Si bujang tua sebenarnya malas menyambut salam itu, tetapi oleh kerana puan Sierra memerhati, dia terpaksa lakukannya.

        "Just call me, Leena.." kata si doktor peribadi.

        "Mark." Itu saja balasan si bujang tua. Dia segera melepaskan tangannya.

        "Ha.. cik Leena ni berpengalaman luas dalam bidang kedoktoran. Saya kenal dia sewaktu melawat sebuah hospital, waktu tu dia sedang menjalani kursus. Sekarang dia memiliki klinik persendirian di bandar, jadi awak tak payahlah susah-susah datang ke hospital berjumpa doktor lagi. Sebab dah ada cik Leena uruskan." Ulas puan Sierra.

         "Hm, ok." Pendek sahutan Mark.

         "Erm.. jadi bila saya boleh mula bertugas?" Tanya Leena kepada puan Sierra.

          "Hari ni," jawab si kembar.

Mark lantas memandang adiknya.

           "Eh, takkan kenal terus jaga? Lusa ke, minggu depan ke?" Mark memotong.

           "Abang perlukan penjaga mulai hari ni, faham? Ah, jangan cakap banyak." Tegas sekali cara puan Sierra bercakap.

          "Hei.." Mark mengeluh.

Jika melawan, pasti membebel lagi adik kembarnya itu. Tidak lama selepas itu, puan Sierra meminta diri dan berharap Leena akan menjaga Mark dengan baik sewaktu di hospital. Setelah dia pergi, Mark terus mencapai telefon bimbit kemudian menghantar pesanan ringkas kepada si balu.

📱 "Hai,"

Mark menanti balasan sapaan itu selama beberapa minit. Tiba-tiba..

📱 "Hai juga,"

Eping membalasnya.

📱 "Maaf pasal tadi. Awak ok?" Tanya Mark.

📱 "Ok.." pendek saja balasan Eping.

Ia membuatkan Mark gusar dan tidak percaya akan jawapan itu.

📱 "Sorry.. disebabkan saya, awak dimarah."

📱 "Saya yang patut minta maaf, tuan."

Kening Mark mengerut tajam setelah membaca petikan itu. Bibir diketap lalu dia menjawab.

📱 "Boleh tak jangan panggil saya tuan? Kita kan berkawan? Kalau bukan pasal Cullen tak guna tu, saya tak akan masuk ke sini. Kita tentu dah bergembira sekarang,"

📱 "Terima kasih sebab anggap saya kawan. Saya ada kerja sikit, lain kali chat lagi."

Jawapan Eping menyentap hati si bujang tua. Dia seperti ingin mengelak dari terus berhubung dengannya.

📱 "Kenapa ni? Saya cuma nak berbual dengan awak.." pilu hati Mark ketika ini.

📱 "Maaf.. saya betul-betul sibuk. Jangan lupa makan ubat ya? Bye.."

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now