chapter 4

2.6K 111 26
                                    


            Dalam masa satu minggu saja Eping sudah mulai terbiasa di dalam rumah banglo itu. Tetapi sememangnya dia dan Mark kerap bertengkar tentang perkara yang remeh apalagi bila berkaitan dengan ubat-ubatan. Mark yang keras kepala selalu saja ingkar akan arahan Eping dan menyebabkan balu itu melawannya.

Hari ini Eping seperti kebiasaannya akan melakukan kerjanya termasuk membersihkan rumah banglo itu walaupun ia bukan sebahagian dari tugasnya. Mark tiba-tiba turun ke bawah lantas menyapa si balu yang sedang mengemaskan ruang tamu.

        "Hoi, saya nak keluar. Jangan masuk bilik saya. Faham?" Kasar sekali teguran Mark hinggakan Eping tersentak dibuatnya.

Si balu berhenti sejenak lalu memandang Mark dengan pandangan tajam.

        "Ke mana? Awak sihat ke nak keluar?" Tanya Eping.

        "Saya pergi ke mana tak ada kaitan dengan awak. I'm healty and ready to go to work," balas Mark.

Pakaiannya yang kemas serta memegang beg kerja di tangan menunjukkan dia tidak berbohong. Eping mencebik bibir kemudian bercekak pinggang.

       "Healthy? Kalau tiba-tiba pengsan di tempat kerja macam mana? Saya nak ikut," kata Eping pula.

Mark agak tersentap dengan kata-kata Eping. Dengan kening yang mengerut tajam, dia pun menjawab semula.

        "Apa hal pula awak nak ikut saya ni? Awak tu siapa?" Mark tidak berpuas hati.

        "Eh bos, saya penjaga awak. Ke mana saja awak pergi, saya kena jaga dan ikut. Get it? Jangan cakap banyak, saya nak ikut juga. Kejap, nak ambil beg dulu." Eping langsung tidak gentar berbicara dengan lelaki itu, malah dia berlari naik ke tingkat atas untuk mengambil tas tangannya.

Mark berdengus keras, tetapi dia terus keluar dari rumah tanpa menunggu Eping. Dengan larian laju bagai dikejar anjing ke perkarangan rumah, dia segera membuka pintu kereta dan masuk ke dalam. Pada masa yang sama Eping keluar dari rumah dan terus berlari ke arah kenderaan mewah Mark yang baru saja ingin digerakkan.

       "Hei! Saya kata saya nak ikut!" Bentak si balu ketika berada di tepi tingkap kereta lelaki itu.

       "Ah shit! What's wrong with this widow!?" Keluh Mark.

Tingkap pintu dibuka, dia terus menengking Eping.

        "Eh perempuan, boleh tak jangan ganggu saya!? Tugas menjaga cuma di rumah ni, bukan sampai di tempat kerja saya! Get out of my way! Saya langgar baru tahu!" Jerkahnya.

Eping menjadi berang apabila ditengking. Dilawannya semula bos besar itu.

        "Jangan nak mengada-ngadalah bos, kerja saya jaga awak, bukan orang gaji di rumah ni! Lebih baik awak buka pintu, kalau tak saya naik atas kereta awak! Cepat!" Eping mengarah bagaikan dia pula majikan.

Pak!

Stereng kereta dipukul oleh Mark kerana terlalu geram dengan sikap Eping yang menyakitkan hati. Kerlingan matanya pada wanita itu tajam sekali.

         "Kurang ajar betul.." Mark memerli Eping tetapi dengan nada perlahan.

         "Buka pintu ni.. cepat.." Eping memaksa.

Mark tidak tahu bagaimana lagi ingin mengelak dari diekori wanita itu, dengan terpaksanya dia membuka kunci pintu kereta. Eping bergegas masuk ke dalamnya dan duduk bersebelahan dengan bangku pemandu. Tali pinggang keselamatan dipasang, matanya tidak memandang Mark langsung. Mark tersentap dengan sikap berani wanita itu.

         "Hm, lain kali saya akan keluar senyap-senyap. Rimas betul lah ada penjaga," bebel Mark lalu kereta itu dipandu keluar dari perkarangan rumah banglonya.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Kde žijí příběhy. Začni objevovat