chapter 21

2.1K 100 23
                                    


              Jawapan Eping tadi sebenarnya tidak jujur. Jari jemarinya asyik bersentuhan, pandang Mark juga tidak berani. Nafas si bujang tua kedengaran tersekat-sekat tanpa suara. Hati Eping mula gelisah.. dia rasa bersalah pula.

'Dia.. menangiskah? Erm.. aduh.. bukannya saya tak suka awak bos.. tapi.. saya takut..'

Perlahan-lahan leher si balu menoleh ke arah Mark untuk mencuri pandang. Dia tersentuh tatkala Mark asyik mengesat air matanya.

            "Fuh.." Eping menghembuskan nafas lalu bersuara lembut padanya.

            "B.. bos.."

Mark tidak menyahut. Bajunya menjadi sapu tangan, ia lantas membersihkan kelopak matanya yang berair.

            "Maaflah.. tapi saya tak nak awak.. berharap. Saya pasti.. suatu hari nanti, awak akan temui seseorang yang lebih baik dari saya. Saya ni.. tak layak untuk awak.." ulas Eping. Tali tas tangan dicengkam kuat.

Si bujang tua langsung tidak memandangnya tapi dia tersengih. Dengan hati yang duka, dia pun membalas kata-kata Eping.

           "Yup.. you're right.. mungkin ada seseorang yang lebih baik dari awak.. tapi itu tak bermaksud saya akan mencari orang tu.. selain awak seorang,"

Eping bertambah gementar! Sekarang dia sudah pasti bahawa lelaki itu benar-benar menyukainya dan ia bukan hanya sekadar ayat penenang.

           "Lu.. lupakan semua tentang saya.." tambah Eping lagi.

          "Kenapa saya perlu lupakan awak? Ya.. saya sangat sakit hati sekarang, tapi itu tak bermakna yang saya akan berputus asa.. i will fight to win your heart, Eping.. I don't care about your past, i don't care about anything. Because.. i'm so in love with you.." ini adalah kali yang ketiga Mark mengungkapkan rasa cintanya kepada si balu!

Meremang bulu tengkuk Eping saat mendengar suara ikhlas si bujang tua untuknya! Air liur ditelan-telan, tali tas tangan dicengkam kuat sekali. Kalau diikutkan hati, sudah lama tali itu putus akibat terlalu resah.

            "A.. awak dah gila.." cemuh Eping. Kepalanya terus memandang ke luar tingkap.

Dengan suara yang masih kedengaran serak akibat menangis, Mark pun membalas cemuhan si balu tapi bernada halus..

            "Ya.. saya gila sebab awak.."

Hati Eping bagai dicuit-cuit. Bibirnya hampir mengukirkan senyuman, tapi dia menahan dan berbuat muka serius saja. Jari jemarinya tidak keruan, ia asyik menggaru telapak tangan. Semua itu diperhatikan oleh Mark. Tangis si lelaki mulai surut. Akhirnya dia berasa lega kerana sudah meluahkan apa yang tersirat dalam benaknya selama ini. Walaupun Eping tidak menerimanya sekarang, tetapi Mark tahu wanita itu menyimpan perasaan terhadapnya! Mungkin Eping perlukan lebih banyak masa untuk berfikir. Jika dipaksa, tentu Eping akan bertambah benci padanya. Maka si bujang tua membuat keputusan..

          "Awak.. tak kisah kan, kalau kita berkawan?"

Eping yang tadinya berhati ceria lantas bertukar muram tidak tahu mengapa setelah Mark ajukan soalan itu. Kawan? Soal hatinya.

          "Erm.." lidah Eping terkelu.

          "I wanna start again.." Mark menyambung kata.

           "Start apa..?" Tanya si balu. Mark segera dipandangnya dari tepi.

           "Mulakan semula perkenalan kita.." sikap Mark yang berterus terang ini mewujudkan perasaan gemuruh dalam diri si balu.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon