chapter 23

2.1K 97 16
                                    


Keesokan harinya..

          Eping bangun seawal jam 8 pagi. Entah mengapa dia turut berasa amat teruja yang dia dan Mark akan keluar bersama pada hari ini. Semalam dia berasa was-was menerima ajakan si bujang tua, tapi entah apa yang membuatkan dia menerima pelawaan Mark. Walaupun masih ada sisa cinta terhadap mendiang suaminya di dalam hati, tetapi Eping berpendirian tetap iaitu antara dia dan Mark hanyalah berkawan baik. Hari ini dianggapnya hari meluangkan masa bersama kawan barunya itu.

Jam pada dinding asyik dilirik. Rumah dikemas rapi, segalanya disusun dengan baik. Penyembur wangian juga disembur agar bau-bauan yang kurang enak hilang. Eping seperti dapat menghidu yang Mark akan datang ke sana untuk menjemputnya dan bukan menunggunya di bawah bangunan. Kelam kabut si balu menguruskan segalanya padahal rumah sewa kecil itu tidaklah kotor atau semak.

         "Eh..? Apa lagi nak buat ni? Erm.. erm.. orang tua tu mesti tiba-tiba saja datang. Lebih baik sediakan teh atau kopi. Tapi dia kan nak ajak saya keluar? Eee...! Awak ni dah kenapa Eping!? Aissh..! Menggelabah tak tentu pasal pula. Hei.." keluhnya.

Tidak berfikir panjang, Eping segera masuk ke bilik mandi untuk bersiap. 20 minit kemudian, dia keluar dan mencari pakaian sesuai untuk hari pertemuan mereka. Setiap pasang baju dibelek. Tidak tahu mengapa.. tapi dia ingin kelihatan segar dan menarik pula di mata Mark. Rambut diurai dan disikat kemas. Bibir dicalitkan gincu berona merah jambu beserta penyembur wangian berperisa Lavender. Tubuhnya dioleskan losyen wangian bunga ros. Huh! Harum semerbak badannya! Selesai saja dia menguruskan diri, Eping duduk pada bangku sofanya menanti kedatangan Mark. Tidak lama kemudian..

Tok.. tok.. tok..

Pintu rumah diketuk! Si balu tersentak diikuti denyutan jantungnya yang tiba-tiba berdegup pantas!

         "Fuh.." dia menghembus nafas gementar lalu datang ke muka pintu dan membukanya. Senyuman diukir agar tidak kelihatan muram.

Semasa dia membuka pintu itu, berdiri seorang lelaki lampai di hadapannya berpakaian segak beserta senyuman sambil memegang sejambak bunga ros merah segar di tangan. Bibir si balu yang tadinya melukiskan senyuman serta merta hilang!

          "Hai.. morning," sapaan itu terus dilontarkan padanya.

Lelaki itu bukannya Mark, tetapi Cullen yang dikenalinya semalam! Tombol pintu digenggam kuat, dengan perasaan hairan Eping lantas bertanya.

           "Cullen? A.. awak buat apa di sini? Macam mana awak tahu rumah saya?" Tanya Eping dengan penuh curiga.

Soalan Eping tidak dijawab, malah bunga ros yanh dipegang dihulurkan pula padanya.

           "Haha.. for you," katanya.

Eping menjejak selangkah ke luar pintu lalu matanya memandang kiri dan kanan kemudian dia menyoal Cullen semula. Bunga itu tidak disambut.

           "Jawab soalan saya doktor Cullen, macam mana awak tahu saya tinggal sini?"

Lelaki itu mengusap tengkuk seiring senyum sengihnya. Katanya semalam kepada puan Sierra, dia harus bertugas awal pada hari ini. Adakah dia menipu?

           "Erm.. sorry sebab datang tak beritahu. Lagipun saya tak ada nombor phone awak.. jadi saya datang saja ke sini." Lain pula yang dibalas Cullen.

Eping mengerut kening tajam, tangan berpeluk tubuh.

           "Sekali lagi saya tanya, siapa yang beritahu awak tempat tinggal saya?" Si balu mula berkasar.

           "Kenapa nak tahu? Bukan susah pun jejak awak.. haha.. kenapa ni? Awak marah saya datang ke?" Balas Cullen tanpa rasa bersalah.

           "Bukannya saya marah, tapi hairan. Puan Sierra yang bagi awak alamat saya ke?" Eping membuat andaian sendiri.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now