chapter 26 (semi final)

2.8K 123 33
                                    


            Setiba saja Mona di kawasan tempat persemadian yang tidak jauh dari bandar, kakinya berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam kawasan semeteri itu. Batu nisan pusara-pusara yang berlumut tidak berwarna menyeramkan perasaannya. Bulu romanya meremang tatkala matanya terpandang setiap 'rumah tetap' orang yang sudah meninggal dunia. Tempat itu tersangatlah sunyi. Mahu tak mahu, terpaksalah dia berjalan ditepi kubur-kubur hanya untuk mencari kawan baiknya.

        "Aduh Eping.. harap-harap awak ada di sini. Hm.. seram pula. Sorry ya, saya cuma nak cari kawan saya.. bukan berniat nak ganggu kamu.." Mona berbicara kepada angin semasa melintasi beberapa buah kuburan.

Dengan badan berpeluk tubuh, dia mempercepatkan langkahnya menuju ke pusara mendiang Josh yang berada tidak jauh dari jalan besar. Nasibnya baik apabila terpandang sosok tubuh seorang wanita sedang berdiri meratap sebuah kubur. Orang itulah yang dicarinya. Sangkaannya tepat sekali bahawa Eping berada di sini.

         "Eping!" Mona lantas memanggil sambil berlari anak ke arah si balu.

Eping tersentak lalu menoleh ke belakang mengikut arah suara Mona. Air matanya dikesat sehingga kering. Tetapi mata putihnya tetap menunjukkan kesan menangis walaupun air matanya tidak lagi mencurah ke pipi.

Dengan perasaan hairan, si balu terus menyoal Mona sewaktu dia menghampirinya.

        "Mona? Apa awak buat di sini?"

Si andartu tercungap-cungap, dada ditepuk kemudian dia menyahut soalan Eping.

         "Huh.. huh.. saya yang patut tanya, apa awak buat di sini? Sudah-sudahlah tu Eping.. janganlah kenangkan perkara lalu. Tentu mendiang suami awak akan bersedih kalau awak terus macam ni,"  nasihat si andartu.

Eping mengetap bibir. Ditenungnya kawan baiknya dengan muka masam mencuka. Bila dia teringat semula ulasan Cullen tempoh hari, amarahnya tercetus! Kata-kata nasihat Mona tidak diendahkan, malah Eping terus mencercanya.

        "Apa awak cakap dengan Cullen masa hari jadi anak puan Sierra!? Awak berikan alamat rumah saya kepada dia ke!? Kan awak tahu saya tak suka orang ganggu privasi saya!? Kenapa awak sesuka hati buat macam tu Mona!?"

Mona terkesima! Mulutnya terbuka beserta mata membulat besar. Apa yang dikatakan Eping menyentap hatinya.

         "Apa yang awak cakap ni Eping? Bila masa saya berikan alamat rumah awak kepada si doktor miang tu?"

          "Jangan menafikan! Tiada sesiapa yang tahu di mana saya tinggal kecuali awak dan puan Sierra!" Bentak Eping.

          "Saya berani bersumpah yang saya tak pernah beri alamat awak kepada Cullen! Awak tak tahu apa yang terjadi pada malam tu. Dia cuba goda saya sebab nak dapatkan nombor telefon dan alamat rumah awak sebab saya tak mahu bagi! Dia lelaki gila yang tak siuman Eping! Saya tak nak bergaduh dengan awak pasal benda ni. Tapi saya nak tahu siapa yang guna nama dan fitnah saya?" Jawab Mona dengan hati yang panas akibat dipersalahkan.

Eping tersengih lalu membalas.

           "Cullen sendiri."

           "Ah! Jadi awak percaya!? Dia tipulah Eping! Walaupun saya ada sedikit rasa cemburu setiap kali ada lelaki sukakan awak, tapi saya tak kisah dan tak mahu kita berbalah pasal lelaki! You are my best friend.. awak rasa saya sanggup makan kawan sendiri ke? Tidak Eping! Lelaki tu paksa saya berhabisan sampaikan dia sanggup bayar hanya untuk dapatkan maklumat tentang awak. Tapi saya tak bagi sebab saya tahu awak tak suka diganggu.." terketar-ketar geram suara Mona menerangkan perkara sebenarnya yang telah terjadi.

Eping bagaikan tidak percaya tetapi dia tersentuh dengan ulasan yang Mona lontarkan. Si andartu tampak tidak berpura-pura atau berbohong.

         "Jadi.. macam mana dia tahu? Dia datang ke rumah bawa bunga, lepas tu saya halau tapi dia cium pula!" Balas Eping bernada geram dan sakit hati apabila teringat semula peristiwa hari kemarin.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now