chapter 8

2.3K 117 28
                                    

           Selepas saja makan malam bersama puan Sierra dan dua anak kembarnya, Mark duduk pada bangku sofa di ruang tamu sambil bergurau senda dengan anak-anak buahnya. Tercuit sungguh hatinya bila adik beradik kembar itu bergelak tawa. Puan Sierra yang sedang membawa teh panas, seraya menegur Mark.

          "Saya perasan awak nampak sihat dari biasa. Pandai Eping jaga awak, kan?"

Soalan itu menyentak hati si bujang tua. Senyum sengihnya terukir begitu saja.

          "Mungkin uncle nak kahwin," Micha menyampuk.

Mark tersentap.

          "Eh.. pandai-pandai buat cerita. Uncle mana ada girlfriend, macam mana nak kahwin? Haha.." Mark menyangkal lalu mengusap kepala Micha si kembar montel.

         "Ada ke?" Puan Sierra menyampuk.

Mark lantas memandang adik kembarnya dnegan muka agak menggelabah.

         "Apa yang ada?" Soalnya.

         "Eleh.. girlfriend lah.." usik puan Sierra.

          "Hei.. awak tahu kan saya tak berminat cakap pasal perempuan? Ada-ada sajalah kamu ni," jawab Mark.

          "Manalah tahu dalam diam.. ehem.." sekali lagi puan Sierra mengusik sambil tergelak.

          "Ish, janganlah cakap pasal ni." Malas pula si bujang tua bercerita tentang hal peribadi.

Sambil puan Sierra menghirup teh panas, dia berkata lagi.

           "Tadi Eping ada cakap sesuatu pada saya."

Mark terus memasang telinga setelah mendengar nama si balu disebut.

          "Apa dia?"

          "Dia kata.. awak tak suka dia berada sini sebab awak rimas. Dan dia nak berhenti jaga awak.." ulas puan Sierra.

          "Dia cakap macam tu ke? Erm.. tapi tadi awak kata minggu depan dia datang balik?" Mark mula berasa tidak sedap hati.

Mungkin apa yang telah dia katakan kepada Eping pagi tadi semasa di pejabat mengguris perasaan si balu. Fikir Mark.

         "Ya.. dia kata lagi kalau awak nak dia teruskan jadi penjaga, dia akan datang. Tapi kalau awak tak mahu.." belum sempat adik kembar Mark meneruskan kata, si bujang tua terus memotong.

          "Suruh dia datang balik," pantas sekali Mark menjawab.

Puan Sierra tersenyum geli hati pula.

           "Haha.. tadi awak cakap dia tu bising dan kuat membebel, tapi mahu juga dia datang balik. Ada apa-apa ke ni?"

Tengkuk diusap, teh dihirup. Pandangan Mark lantas beralih ke arah lain. Dia tidak mahu puan Sierra merenung matanya.

           "Erm.. mana ada apa-apa. Memang dia bising. Tapi.. em.. saya tak sukalah orang lain keluar masuk rumah ni. Lagipun dia dah biasa di sini. Saya malas nak ajar orang baru apa yang perlu dibuat," ulas Mark.

          "Ok, nanti saya beritahu Eping.." balas puan Sierra.

Dari raut wajah abang kembarnya, puan Sierra dapat membaca sesuatu yang disembunyikan disebalik muka bengis itu. Selepas saja mereka berbual, tidak lama kemudian Mark naik ke tingkat atas. Tapi sebelum dia masuk ke bilik, muka pintu bilik tempat Eping inapi direnung seketika. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu perlahan-lahan. Wangian seorang wanita menusuk ke sekali dalam lubang hidungnya. Bilik itu ditinggalkan dalam keadaan kemas dan barang-barang tersusun rapi. Mark bersandar pada dinding sambil matanya mengamati seluruh ruang kamar beradu itu.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now